Follow je lah..


Jumaat, 7 Mac 2008

Esok Kita Ubah

Cukuplah. Cukuplah segala temberang dari SPR dan BN. Padan muka jugalah buat Rashid Pengerusi SPR yang rumahnya dilemparkan cat merah. Cukuplah BN yang telah memerintah negara dengan korupnya dari segala segi dengan 1001 masalah. Tidak cukupkah lagi segala harta kami yang telah anda gunakan untuk kepentingan sendiri? Sekiranya anda terus rakus dan tamak, masanya sudah tidak lama. Rakyat sekarang tertekan. Namun tekanan ini adalah tekanan positif sebagai lambang perpaduan rakyat. Melayu, Cina, India, dan bangsa lain di Malaysia bersama berpegangan tangan membawa agenda perubahan.

Bukanlah seperti perpaduan yang digembar-gembur BN, hanya lakonan yang boleh dibikin. Mudah sahaja pembikinannya, wajibkan rakyat sertai ceramah mereka , sediakan bas percuma, panggil media televisyen rakamkan yang ramai-ramai orang berkumpul, pemimpin BN salam dengan pemimpin bangsa lain, dan bergelak tawa sedikit adalah satu lakonan semata-mata. Betapa bosannya melihat BN yang banyak cakap tetapi tidak jujur dan korup.

Rakyat perlukan pemimpin yang adil bukan hanya yang selamat, aman dan makmur. Keadilan adalah perkara asas dalam semua perkara. Selamat mungkin selamat, tetapi keselamatan yang diberikan mungkin tidak adil. Manifesto BN pada masa ini terus dilihat lesu dan lemah seperti Abdullah@Dolah. Disamping itu, pemimpin BN memanglah bacul dan hanya suka berpencak silat di dalam kubu sahaja. Apabila diajak berlawan, mereka lari. Dolah, Najib, Khairy dan yang lain lagi adalah bacul, apabila diajak berdebat mereka cabut. Adakah ini pemimpin sebenar yang kita mahukan? Pemimipin bacul, sikap seorang bacul amatlah membahayakan negara. Boleh jadi jika berlaku peperangan, merekalah dahululah yang lari tinggalkan rakyat.

Apabila BN telah kalah teruk dalam kempennya, setelah mereka di'boo' oleh rakyat semasa kempen mereka, BN terdesak. BN lagi terdesak dengan kes orang kuat calon BN yang mencabul puteri UMNO. BN terdesak apabila rahsia peribadi pemimpin mereka dibongkar, akhirnya BN terpaksa mengotorkan lagi PRU-12 ini dengan macam-macam perkara. Apabila dakwat kuku dimansuhkan. BN senyap. Senyap mereka bererti redha mereka. Dalam senyap-senyap, lebih menakutkan lagi mereka menghantrar 60 000 ekor hantu memasuki Kelantan untuk mengundi BN. Inilah hantu yang akan dilaknat oleh ALLAH kerana berusaha untuk menjatuhkan daulah ISLAM di Kelantan. Hantu ini adalah hantu yang diizinkan oleh SPR.

Sehubungan itu, hantu-hantu laknat ini mendapat jaminan keselamatan pula dari PDRM yang bersekongkol dengan BN. Polis berkata, mereka akan memastikan pengundi layak datang mengundi kerana mereka kononnya layak mengundi. 'Citizen arrest' yang halal di dalam perlembagaan cuba diharamkan pula oleh polis atas kehendak BN. Namun kuasa rakyat lebih berhak. Kita akan bertindak untuk menggagalkan rancangan kotor BN bagi pilihanraya esok setelah dilihat SPR 'mati' dalam menjadi badan yang dihormati. Ingin mengadu kepada SPR, SPR tipu, ingin mengadu kepada polis, polis berkomplot, ingin mengadu kepada media, media putar belit, maka rakyat akan bangkit dan bertidak sendiri.

Perubahan dan perubahan dan itulah yang kita hendaki di sini. Kita mahukan pemimpin yang jujur dan amanah, minyak yang murah, pendidikan dan rawatan hospital percuma. Maka kita akan memastikan BA menang besar dalam PRU-12 ini sebagai lambang perubahan mood rakyat. Kita boleh menang dengan bergaya, usaha-solat-doa-tawakkal adalah rantaian yang dipakai oleh semua agen perubahan. Kita merubah dari yang telah terlalu teruk kepada yang lebih sempurna. Dolah lemah, kita ubah. Esok adalah 'Harapan Baru' untuk Malaysia.

Santai Kartun(5)

Poster Tak Nak

Alhamdulillah, akhirnya kita lihat banyak poster berkaitan kekorupan (dengan izin) BN di terjemahkan kedalam imej seperti poster. Poster ini sememannya menarik dan ada maklumat.


Khamis, 6 Mac 2008

Nenek-nenek Pilihanraya

Mungkin ramai memanggil calon bebas Maimun sebagai nenek, oleh kerana penampilannya yang sederhana, kurus, dan tua. Tetapi tahukah anda, bahawa Rafidah Aziz juga seorang nenek...Tetapi kerana dia berpangkat dan berjawatan, maka dipanggil Datuk Seri, bukannya nenek Rafidah. Alahai...

Nenek Maimun

Nenek Rafidah

Tak Nak Nenek!


Selasa, 4 Mac 2008

Biar Nyawa Melayang



"Biar nyawa melayang, jangan negara ku hilang!

Bukan bererti darahku murah atas jasa yang ku sembah.
Tetapi aku, adalah antara tentera bermaruah!"


Setiap tentera mempunyai maruah yang berharga kerana mereka adalah wira yang berada di garisan hadapan dalam pertempuran. Jiwa dan raga termasuklah aqal dan iman mesti dijaga. Logo angkatan tentera jelas menyanjungi ALLAH dan Nabi Muhammad. Maka logo itu adalah satu kemuliaan yang diletakkan di setiap hujung kepala parajurit. Berkorban nyawa bukanlah mudah jika tidak dibawa bersama kecekalan dan ketabahan. Bahkan bukan sahaja nyawa yang ditaruhkan, malah maruah seorang tentera adalah yang teragung.

Panglima Tentera mesti mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan sebuah tenteranya. Jika kita diserang dengan senjata, kita pertahan dengan senjata tetapi jika kita diserang pada maruah, kita mesti bangkit seperti singa yang kelaparan terjaga dari tidur angkara seekor keldai yang membuat bising. Singa itu mesti mengamuk dan merantah daging keldai malang.

Kini bukan mainan lagi, jelas di mata, maruah anggota tentera tercalar demi kesinambungan sebuah kezaliman. Mereka yang hina memanipulasikan tentera untuk kepentingan mereka. Mereka itulah BN, yang keji lagi keji pada perbuatannya. Tergamak menggunakan institusi ketenteraan negara untuk mendapatkan undi haram mereka. Berdasarkan undi pos seorang tentera, BN mengambil kesempatan untuk menyeleweng dalam undi pos tentera seperti pertindihan nama.



Sekali lagi kita ditipu oleh SPR. SPR yang merupakan kuda tunggangan BN adalah suruhanjaya yang sehina-hinanya. SPR membuat pelbagai angkara, dari nama bertindih dalam undi pos, kad pengenalan palsu, senarai nama pengundi hantu, pengundi tertua, hatta yang terkini membatalkan dakwat kuku mencorotkan lagi reputasi SPR. BN yang merancang untuk mereka menjadi hina dina! Anda bakal berhadapan dengan balasan atas kekejian anda.

Seluruh saf pejuang akan berusaha sehingga ke akhir hayat kami mempertahankan keadilan dan kebenaran, biar nyawa melayang. Kita akan mengadu kepada ILLAHI dan memohon bantuanNya.

"Ya ALLAH, bantulah ISLAM dan umat ISLAM, dan bantulah kami yang berada dijalanMU. Perbuatan BN dan SPR membibitkan kemarahan dan mengancam keselamatan negara. Bantulah kami agar terus kuat dan tidak menyerah"

Isnin, 3 Mac 2008

Kini Dolah, Bukan Pak Lah

Jangan pandai cakap sahaja dan beretorik: bekerja bersama saya, cemerlang gemilang terbilang, selamat aman makmur, Islam hadhari bestari, saya pantang dicabar atau sebagainya lagi wahai Presiden BN, Abdullah@Dolah(panggilan oleh Anwar Ibrahim). Sudah muak telinga rakyat mendengar kerana semuanya retorik. Seumpama tin kosong sahaja. Kalau bukan kaki temberang rakyat siapakah lagi anda? Sukar untuk memanggil lagi dengan gelaran 'Pak'. Panggilan 'Pak' bagi orang melayu adalah sebagai tanda hormat, tetapi jika hormat mu pada prinsip yang anda katakan sudah tidak dihormati lagi, siapakah yang hendak hormat dengan Dolah?

Mengapa bila dicabar oleh Presiden PAS untuk berdebat, Dolah senyap bagaikan tikus. Bukankah semangat mu tinggi wahai Dolah? Lebih 48 jam, tiada sebarang jawapan oleh Dolah. Jangan cabar Dolah lah.

Dolah lemah. Berbeza dengan Tun Dr. M. Walau sejahat-jahat Tun ketika dahulu, Tun tidak lemah malah lawan dengan lawan. Tetapi Dolah kian lemah dalam pentadbiran, menikus. Harga barang naik, harga minyak naik, harga tol naik, menantu naik, jenayah naik dan semuanya naik kepala. Kini Tun turut menyelar Dolah yang lemah, Tun menyifatkan UMNO telah lumpuh sepenuhnya. Di manakah maruah mu wahai Presiden UMNO Dolah?

Pilihanraya ini kotor atas restu mu Dolah. Rakyat kecewa dengan kelemahan tadbir Dolah. Silalah sahut cabaran kalau benar anda pantang dicabar. Belajarlah dengan Bush bagaimana cara berdebat kerana di Amerika(negara kafir) mereka menjulang demokrasi dan berani berdebat seperti pilihanraya presiden. Perhatikan gambar di bawah ini, Bush boleh mengajar Dolah:


Dolah Imam Islam Hadhari, pencinta,dan penggerak. Kini terkapai dalam kekusutan masalah hasil kelemahan Dolah. Kita bina sejarah baru, Dolah Perdana Menteri yang paling sementara memerintah. Ya, kita bina sejarah itu!



Wajah Siapakah Ini?


Wajah siapakah yang tiba-tiba terbentuk itu? Kelihatan seperti wajah manusia yang sedang memejamkan mata kerana menahan kesakitan yang perit sekali. Mulut pula terkapit rapat antara giginya. Benarlah 'dia' sedang sakit. Tetapi siapakah 'dia' itu?(video)

Tidak lain dan tidak bukan gambar itu sebenarnya adalah gambar Masjid Kristal dan tiada sebarang edit dilakukan. Sesungguhnya masjid mempunyai 'roh' bahkan mulia di sisi ALLAH. Masjid adalah bererti tempat sujud kepada ALLAH. Masjid haram dibina untuk perpecahan dan haram dirobohkan untuk menghalang manusia mengimarakkannya.

Masjid Kristal apakah statusnya? Masjid Dhiror? Masjid Dhiror direncanakan dalam Al-Qura'n dalam surah At-Taubah. Namun masjid itu diarahkan roboh oleh Rasulullah (sila buat rujukan). Paling sesuai kita katakan masjid atau rumah ALLAH ini telah salah fungsinya. Kerajaan Haji Idris (BN) menzalimi masjid ini. Akhirnya masjid terpaksa 'menahan' pedih kezaliman mereka. Bagi kerajaan Haji Idris masjid ini lebih kepada tarikan perlancongan semata-mata. Subhanallah.

"Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta."
At-Taubah: 107

Masih ingat pada perisitwa 9-11? Peristiwa yang menggemparkan dunia dengan runtuhnya World Trade Center (WTC) di Amerika. Kejadiaan itu juga terdapat bentuk wajah manusia yang misteri. Sila perhatikan:



Renunglah kedua-dua gambar ini dan fikirkan kebesaran ALLAH. ALLAH tidak menciptakan sesuatu itu secara sia-sia. Segalanya adalah peringatan untuk kita sebagai hamba abdi ALLAH.

"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?"
Al-Ana'm:6

Sabtu, 1 Mac 2008

Eksperimen Yang Sudah Berjaya

Sebenarnya BN adalah parti yang telah kehabisan modal sejak awal lagi. Malah parti itu sendiri menghadapi banyak masalah-masalah seperti perpecahan dalaman. Hishamuddin ketua pemuda UMNO baru-baru ini, memberi amaran akan memecat ahli mereka sekiranya ada yang protes setelah digugurkan dari pencalonan pada saat-saat akhir untuk bertanding pada pilihanraya ke12 ini. Sekiranya ditimbang-timbang secara logik akal, kebiasaannya keputusan yang dilakukan secara mendadak dan di saat-saat akhir adalah keputusan yang penuh sangsi dan misteri. Selain itu juga, awal-awal lagi Najib memberitahu kepada semua anggota parti, agar bersatu padu, yang mencerminkan kepada kita sebenarnya dari kenyataan itu bahawa BN ada perpecahan atau retak yang menanti masa untuk pecah.

Ketika penamaan calon, BN bergelut sesama mereka. Kemudian, ketika pencalonan, Abdullah telah meletakkan pula calon yang hakikatnya tidak layak kerana terdapat rekod yang tidak baik dan bersih. Di Kedah, calon BN Dun Bukit Pinang menggelapkan wang koperasi guru dan ada juga calon yang tergamak memakan wang zakat sebanyak RM400 000.00. Menteri-menteri yang 'muntah kedarah' memakan duit rakyat menjadi calon. Calon-calon gangster BN (MB Pahang ,calon BN DUN Paloh, dan 'ustaz sepak tong' di Permatang Pauh) pun bersama bertanding kerusi.

Jelas memang terdapat barah yang serius dalam BN sendiri dan kurangnya modal semasa berkempen. Manifesto BN yang dikeluarkan juga agak lambat seolah-olah hanya ingin menunjukkan mereka juga ada manifesto. Manifesto 'Selamat, Aman, Makmur' sukar difahami malah begitu panjang dan tidak jelas isi utama mereka. Apakah perubahan dan kemajuan yang jelas hendak BN lakukan? Seperti BA, jelas nampak isinya bahawa mereka hendak menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, kesihatan percuma dan lain-lain lagi.

Selain itu, percaturan atau permainan lemah BN pada kempen kali ini lebih bermain sebagai seorang defender(penahan) daripada seorang striker(penyerang). Mereka yang sudah kehabisan modal kini hanya bercakap untuk menafikan sahaja setiap butir kata yang dikeluarkan oleh BA. Contohnya ketika manifesto BA diisytiharkan, BN mempertahankan partinya dengan menafikan keupayaan BA. Samalah juga apabila BA menyeru rakyat agar memberi mandat untuk BA mentadbir negara, BN bertahan juga dengan mengingatkan rakyat jangan eksperimenkan negara.

Di Kelantan, PAS telah memerintah 18 tahun dengan bersih dan amanah. Kerajaan Kelantan berjaya meletakkan kedudukan negeri ke-enam dalam senarai kedudukan negeri berhutang pada kerajaan persekutuaan. Ini maknanya, bahan, radas, dan kaedah eksperimen PAS adalah benar dan keputusan eksperimen sudah berjaya. Mereka yang sebnarnya takut hilang kekayaan jika kalah dalam PRU-12, suka memomok-momokkan rakyat akan perancangan pembangkang bahawa negara mungkin bankrup, hancur, dan punah setelah BA mengambil alih pemerintahan BN.

BN sudah kehabisan modal dan mereka tidak ada apa-apa lagi yang boleh mereka cakapkan kerana dalam semua bidang mereka adalah koruptor-koruptornya. Umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan sekiranya BN berkata mereka memperjuangkan rakyat. Hari demi hari kepala pemimpin BN kian berserabut dengan hujah-hujah dari BA disamping masalah dalaman mereka sendiri.

Wahai rakyat yang masih setia kepada BN, buka hati dan buka minda. Berpikul-pikul wang anda mereka dah rompak untuk menantu, anak-bini, dan membina mahligai-mahligai. Sukarnya untuk menyedarkan ahli UMNO-BN ini. Kita tidak halalkan walau se-sen pun wang rakyat digunakan oleh BN untuk kerja-kerja kempen mereka. Kini adalah masa untuk menukar. Menukar parti yang bobrok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan