Follow je lah..


Ahad, 4 Januari 2009

Anti Israel Memuncak



Israel ini satu bangsa yang degil. Biarpun seluruh dunia Islam mengecam, mengutuk, membantah akan tindakan kezaliman mereka kepada umat Islam, telinga mereka tetap pekak sepekak-pekaknya. Cadangan gencatan senjata ditolak mentah-mentah selagi operasi senjata mereka tidak berjaya. Senjata terkini lagi tercanggih diuji dengan sewenang-wenangnya ke bumi Palestin.

Dengan berbekalkan sokongan padu dari Amerika, mereka terus rakus dan kejam membunuh insan yang tidak berdosa. Amerika sentiasa menghalalkan kezaliman Israel sekalipun sepuluh kali Presiden Amerika bertukar ganti. Apa jua parti yang menang dalam kempen pilihanraya US, parti yang kafir tetap berdarah kafir.

Adakah anak kecil yang dibunuh itu kerana mereka mengancam Israel? Bagi Israel, bumi itu mesti dibersihkan dari orang yang memperjuangkan kalimah ALLAH. Mereka ini sedang berperang dengan Islam, oleh sebab itulah permusuhan ini akan terus selamanya berkekalan.

Telah ditakdirkan bumi Palestin ini sebagai bumi jihad. Sejak dari zaman kenabian dahulu sehinggalah saat ini, seruan jihad tidak pernah terhenti. Pertumpahan darah adalah dari darah yang suci lagi wangi sebagai bayaran ke atas kecintaan mereka terhadap Islam. Kita berjuang dengan harta dan nyawa demi memastikan Islam tidak mudah dipunah-ranah dengan bedilan roket dan tembakan peluru mereka.

Seluruh negara dan negeri berhimpun bagi menzahirkan kemarahan mereka kepada Israel. Tiadalah yang paling penting di saat ini ialah untuk umat Islam bersatu dan berjuang memerdekakan Palestin. Insya-ALLAH, dengan pertolongan ALLAH kita mampu mencium bauan syurga nan harum dari jauh lagi.

"Pertolongan dari ALLAH, dan kemenangan yang hampir!"
ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR

Khamis, 1 Januari 2009

Mensampahkan Masyarakat


Sambutan tahun baru pada setiap tahun tidak lebih hanyalah satu manifestasi kegembiraan yang bersifat sementara sahaja. Keseronokan dan ke'gila'an pada malam sambutan itu adalah satu perkerjaan yang sia-sia seumpama membuat sampah.

Sampah itu tiada nilai dan harga. Sesiapa pun tidak mahu hidup dalam gelumang kekotoran dan kejelikan. Sambutan di Dataran Merdeka dan di mana sahaja semata-mata menunggu detik 12 malam adalah kerja yang sia-sia lagi tiada faedah. Malah dalam Islam, kita tidak dipernah diajar mengira detik masa untuk meraikan sesuatu. Tidak lain ajaran menyambut tahun baru ini hanya satu pengaruh dari barat.

Jika menteliti sejarah sepanjang tahun 2008, betapa banyak kesukaran dan kesedihan yang tersusun buat kita. Ini termasuklah dalam perkara antarabangsa, politik, dan kekeluargaan. Sedar atau tidak sedar kita saksikan bahawa nyawa umat Islam di Palestin menjadi 'hidangan' tahun baru bagi tentera Israel Laknatullah. Mereka membunuh hampir 400 nyawa saudara kita tanpa peri kemanusiaan. Akhirnya kita bergembira menyambut labuhnya tirai tahun 2008.

Inilah masalahnya apabila mentaliti rakyat telah diset oleh mereka yang berkuasa. Kerajaan menhalalkan sambutan ini yang jelas tidak menambahkan pun 'modal insan ala Abdullah' itu. Ketika dunia sedang gawat, mereka yang hadir pada sambutan itu gawat dengan bising dan percampuran bebas. Di sini membakar mercun yang berharga ribuan ringgit, tetapi kita lupa di sana ada insan yang hidup papa dan serba kekurangan.

Banyak peringatan Tuhan telah beri kepada kita. Kita hanya berasa insaf dua tiga hari sahaja selepas sesuatu bala itu turun dan kelak kita lupa semula. Selagi tidak nampak malaikat maut di hadapan kita selagi itulah tidak akan timbul rasa benar-benar insaf pada diri kita. Adapun jua sambutan ini sebenarnya ingin menutup kelemahan mereka semasa mentadbir negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan