Follow je lah..


Selasa, 6 Oktober 2009

Bantu Pesakit Ini Segera


Sayu melihat penderitaan yang dialaminya. Beliau mengidap penyakit misteri yang sehingga kini tidak tahu apa dan siapakah puncanya. Keadaan menjadi teruk apabila terpaksa memakai bengkung leher. Badan beliau agak besar dan ini sudah pasti membebankan beliau.

Beliau mempunyai banyak tugasan lagi memandangkan mengidap penyakit ini, beliau dinasihat bercuti atau balik kampung tanam jagung. Pakar perubatan seharusnya berusaha merawat beliau agar beliau dapat kembali ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan kerja beliau yang telah tertangguh.

Sesiapa yang bersimpati bolehlah datang ke Bagan Pinang untuk berkempen meminta bantuan kewangan untuk beliau supaya dapatlah sekurang-kurangnya meringankan beban yang beliau tanggung.

Ahad, 4 Oktober 2009

Bagan Pinang Bukan Untuk Isa


Penamaan calon sudah berlalu. Kini perlawanan kempen antara dua parti sedang sengit. Seperti biasa PAS bukanlah pasukan under-dog sebaliknya gelaran itu sesuai untuk BN yang telah kalah 7-1. Sasaran kita pula adalah 8-1, insya-ALLAH.

Isa adalah bekas MB Negeri Sembilan yang paling lama dan mungkin paling kaya. Pernahkah anda melawan Negeri Sembilan dahulu dan kini? Pastinya keadaan tiada mana berubah, Bukit Putus dalam era pentadbirannya telah membunuh banyak nyawa dan sampai kini tempat itu belum ada perubahan sepangjang era beliau.

Calon yang kontreversi ialah Isa. Beliau telah ditolak oleh orang UMNO sendiri dan kini kerana desakan pengikut taat beliau, beliau dipilih menjadi calon. Orang yang mempunyai rekod tidak baik amat malang untuk dijadikan teladan walaupun boleh. Apakah dalam UMNO sudah tiada calon lain yang lebih bersih darinya?

Isa mengamalkan 'personal touch'. Rakyat tak tahu apalah pendekatannya itu yang katanya ia adalah satu pendekatan paling mujarab. Apakah pendekatan ini sama seperti 'touch&go' yang bermaksud apabila ada pilihanraya barulah melawat rakyat di kawasannya dan selepas itu blah.

Apa jaminan dan janji Isa sendiri sebagai mewakili BN dalam pilihanraya kecil ini. Kalau BN menang pun dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, tak jauh mana BN akan berubah. Mungkin pemimpin BN kata rakyat sudah sedar dan insaf betapa pentingnya BN membela nasib rakyat.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Bencana Kiri Dan Kanan


Angka kematian hanya menjadi angka sahaja buat kita yang tidak ada hubungan langsung dengan rakyat yang telah mati akibat bencana di negara lain. Selain hari-hari kita mengemaskini pengetahuan diri kita tentang bilangan orang yang telah mati akibat bencana seperti Selsema Babi dahulu, kita tetap terus dengan makan minum dan gelak ketawa kita disisi keluarga atau sahabat handai.

Bencana alam adalah satu malaptetaka yang tidak mampu dihalang biarpun dengan senjata nuklear sekali. Apabila ia datang, kita tidak dapat menghalangnya melainkan untuk kita lari dari bahana itu. Akan tetapi berapa langkahkah boleh kita lari dari menerima azab yang begitu perit itu? Inilah apa yang berlaku di Pulau Samoa, Amerika dan Padang, Indonesia.

Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam tempoh yang dekat. Jika dibilang orang yang telah mati pada setakat artikel ini ditulis, hampir menjangkau angka seribu lebih! Adakah sedikit seribu orang itu? Kalau seribu orang datang berkunjung ke rumah terbuka, nescaya tidak menang tangan kita dibuatnya.

Kita perlu ambil iktibar. Itupun bagi hati yang sentiasa takut kepada ALLAH. Mereka ini lah di dalam hatinya sentiasa ada rasa tidak tenteram dan tenang kerana bala Tuhan boleh turun pada bila-bila masa sekalipun langit cerah dan lautan tenang. Maka setiap waktu dan ketika, mereka akan beringat kepada ALLAH dan berwaspada.

Kematian, kehancuran dan kesusahan bukanlah idaman. Tetapi jika ia hendak berlaku, lahirlah di hati kita rasa pasrah yang tidak henti. Harta tidak dapat membuat apa jika saat malapetaka ini benar-benar berlaku di hadapan kita. Maka ambillah pengiktibaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan