Follow je lah..


Sabtu, 7 Jun 2008

Menjadi Keperihatinan Tuanku


Daulat Tuanku. Dalam satu titah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) malam semalam di kaca televisyen, baginda telah menekankan beberapa perkara yang menjadi perhatian umum. Dari perkara kerajaan sehinggalah kepada urusan rakyat. Jelas dan padat isinya yang harus diambil berat dan dijayakan.

Perkara pertama adalah mengukuhkan institusi kehakiman. Memandangkan kehakiman adalah paksi keadilan, maka sebarang bentuk kerosakan badan itu boleh menjejas keadilan negara malah menhiruk-pikuk kan keamanan. Apabila orang yang salah dikira benar dan orang baik dikira salah, maka sudah tiada ertinya lagi keadilan. Bencana inilah yang perlu ditakuti kerana di situ akan menjadi proksi kezaliman. Orang yang jahat itulah orang yang berwang, berkuasa, dan bermaharaja.

Rasuah masih belum betul-betul dapat ditangani di negara kita. Mereka yang rasuah pada peringkat bawahan akan dikena hukuman tetapi pada peringkat atasan, bermacam alasan dikeluarkan agar si durjana itu terlepas dari tindakan. BPR bidang kuasa yang terhad dan masih bermain-main dengan karenah birokrasi tanpa henti. Akhirnya rasuah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kata Ezam, UMNO perangi rasuah.

Akhbar, berita TV, dan media kembalilah kepada kebenaran dan etika kewartawanan. Janganlah apabila tiba pilihanraya, etika mudah dibeli dan kejujuran senang dijual. Habis pilihanraya barulah mahu membuat liputan adil, itu tidak profesional. Dasar dan etika sudah cantik dan baik, tetapi dirosakkan oleh golongan keparat.

YDPA menyeru agar rakyat bersabar dalam menghdapi kenaikan harga minyak. Kerajaan memerintah kini adalah kerajaan yang tidak stabil. Pelbagai perkara yang sukar perlu diterima mungkin tiba-tiba. Tiada siapa dapat menduga kenaikan harga minyak yang begitu melonjak tinggi. Mereka berkata harga minya naik bulan Ogos, tetapi belum sempat pertengahan Jun, harga minyak melambung tinggi.

Inilah sebahagian perkara menjadi keperihatian YDPA kepada masalah rakyat. Sultan Mizan dijulang rakyat. Selamat hari Keputeraan Tuanku Baginda.

Jumaat, 6 Jun 2008

فذکر ان الذکر تنفع المومنین- ٩

Rambut yang panjang ini telah disisr rapi setelah semua badan segar kembali dari mandi. Air yang mengalir membasahi badan tadi digosok perlahan oleh tangan. Setiap sudut anggota dicucuri air dan setiap kelipat juga dibasahi juga. Kekotoran yang ada pada badan jatuh mengalir ke bawah bersama air mandian itu. Inilah mandian terkahir bagiku.

Badan yang berat ini diiring ke kanan dan ke kiri kerana badan ini sudah terbujur kaku. Perlahan demi perlahan perut diurut-urut agar sisa najis di dalam perut ini keluar dengan lancar. Malah cerita-cerita pelik yang pernah ku dengari dahulu tentang wujudnya ulat yang keluar dari badan ketika diurut menjadi aku berasa takut. Namun apa lagi yang boleh dilakukan, jika ulat yang keluar sekalipun dari rongga hidung,telinga dan mata, aku sudah kaku dan kelu.

Sungguh sejuk air yang mengalir dan betapa malunya aku tatkala dibukakan pakaian dan hanya berlapik kain kasar menutup aurat ku sahaja. Jika ditiup angin, pasti terungkaplah keaiban diriku. Tukang mandi, segerakan mandi ku ini kerana aku begitu sakit. Peralahan-lahanlah menggerakkan tubuh ku ini kerana kesakitan sentapan nyawa masih aku terasa.


Sehelai kain putih sedia menanti sebagai pakaian ku. Kini pakaian yang ada dalam almari tidak ada satu pun yang sudi menemaniku seorang diri dalam kubur. Hanya kain kafan inilah menjadi temanku. Sebanyak 3 helai menjadi balutan. Pakaianku ini tiada sebarang jahitan melainkan hanya ikatan.

Pakaian putih ini kemudian berdebu dan bersalut tanah dan lumpur tatkala aku dimasukkan ke dalam kubur, rumah baruku, Ak dihantar ke sini dan tiada kuasa untuk aku melarikan diri mahupun melwana mereka yang beriya-iya menghantarku ke perkuburan. Sudah tiada indahnya lagi pada pakaian ini melainkan hanya menanti untuk dirobek oleh ular, kala jengking, dan ulat. Kain ini makin hari makin reput, maka terdedahlah diriku kembali menjadi santapan sang ulat. Ulat kenyang dan menegeluarkan najisnya. Dari sebuah badanku yang tegap akhirnya menjadi najis sang ulat. Aku adalah dirimu.

Khamis, 5 Jun 2008

Naik Minyak Langkah Akhir

Sekiranya gajah 'naik minyak' maka pasti hancurlah kampung dikerjakan. Begitu jugalah apabila naik minyak kerajaan Dolah Badawi, maka hancurlah juga kerajaannya itu sekonyong-konyongnya. Berita kenaikan minyak disambut dengan kesesakan jalan raya akibat rakyat berpusu-pusu memenuhi tangki untuk titisan minyak terakhir yang behraga RM1.92 seliter. Seluruh stesen minyak sesak semalaman seperti esok sudah tiada minyak lagi untuk kita.

Dolah mengakui yang menaikkan harga minyak adalah tindakan tidak popular. Sudah pasti kenaikan minyak ini bukan dibincang sehari dua malah dijalankan kajian yang mendalam. Hanya masa untuk mengisytiharkan kenaikannya sahaja mestilah sesuai. Maka semalam adalah waktu yang sesuai mengikut pekiraan Dolah.

Bayangkan jika pengumuman ini dilakukan sebelum pilihanraya, pasti tindakan ini akan menambahkan lagi kekalahan dan barangkali Barisan Nasional sudah menjadi pembangkang sewaktu ini. Ini kerana pada masa yang sama, Anwar (Pakatan Rakyat) menaruh janji untuk menurunkan harga minyak. Bulan Jun ini melihatkan harga minyak naik, kerajaan pakatan Rakyat di Selangor berusaha memberi air percuma kepada rakyat.

Terima kasih kepada pengundi BN dan mereka yang menyokong perjuangan BN. Hadiah kenaikan harga minyak ini adalah hadiah bagi mereka. Pasti mereka tidak mengeluh dengan kenaikan harga ini dan berlapang dada. Cuma rakyat yang berada pada kelas sederhana dan bawahan, kenaikan harga minyak ini memberi kekeluhan yang berpanjangan.

Sudah semua sedia tahu sejak dari dahulu lagi, apabila harga minyak naik, harga barang dan tambang tidak mahu ketinggalan untuk naik. Harga barang pasti akan melambung ataupun tidak, harga tetap kekal, tetapi kualiti dan kuantiti dikurangkan. Inilah menunjukkan bahawa taraf hidup semakin tinggi yang mebimbangkan.

Inilah langkah akhir bagi Dolah untuk menaikkan harga minyak kerana beliau tahu rakyat pasti tertekan dan memprotes dengan keputusannya. Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang ditubuhkan memberi masa lima minggu buat kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak ini. Ia tekad dari keazaman yang tinggi memastikan gerakan ini terus berjaya.

Alih-alih, kerajaan memberi bandingan harga minyak di Malaysia berbanding dengan harga negara serantau seperti Laos, Kemboja, Thailand, dan lain-lain. Malaysia harus sedar bahawa negara ini adalah negara pengeluar minyak dan tidak adil jika dibandingkan dengan sedemikian cara. Jika di Indonesia, kenaikanharga minyak passti mencetus kemarahan atau rusuhan tetapi di Malaysia, rakyat tenang menerimanya. Namun, peringatan untuk Dolah, jangan sangka air yang tenang tiada buaya.

Selasa, 3 Jun 2008

Surau Kristal Si Diman

Benarkah ini dinamakan Masjid Kristal? Jika dilihat dengan lebih teliti, bangunan yang dinamakan masjid hanya fizikal seperti masjid tetapi apabila di dalam, ia seumpama surau. Pada mimbar (tempat berkhutbah) ia telah ditutup oleh tali plastik 'berhati-hati' (warna putih dan merah).

Sekitar 'masjid' ini adalah panas terik ketika tengah hari. Ini disebabkan tiada pokok-pokok besar kerana sebuah tmepat yang baru, pokoknya masih muda. Ramai yang hadir ke sini lebih sebagai menziarahi atau melawati Taman Tamadun Islam (TTI). Ini boleh dilihat ramai yang datang biarpun pada jam 2 hingga 3 petang. Kebanyakan yang datang adalah secara berkeluarga.

Menyebut mengenai TTI, untuk melawatinya anda akan dikenakan bayaran RM10.00. Sekitar TTI itu dipagari dan dipasang kain rentang yang bertujuan untuk tidak mendedahkan pemandangan dari dalam oleh pengunjung di luar. Di dalam itu hanyalah replika masjid-masjid(kecil) yang semestinya anda tidak dapat memasuki kerana ia hanya sebuah blok.

Masjid Kristal hanya gah pada nama atau binaannya sahaja. Tidak jauh dari 'masjid' itu jelas kelihatan sebuah masjid yang lebih awal dibina. Jarak masjid itu diantara Masjid Kristal antara 200m. Relevenkah jika Masjid Kristal ini diberi nama sebagai Masjid harus ada hitam putih.

Wajarkah juga pelaburan dalam pelancongan di Terengganu diutamakan ketika negeri ini sedang dihantui negeri miskin? Hari ini SUKMA-2008 yang berlangsung di negeri terbabit bakal membawa keuntungan atau kerugian yang lebih mendadak. Majulah sukan untuk Terengganu.



(Si Diman ialah maskot SUKMA 2008)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan