Follow je lah..


Selasa, 15 Julai 2008

Debat Anwar-Shabry Ada Agenda

Agendadaily.com telah menganjurkan sebuah debat antara Anwar dan Shabry pada malam ini dan akan diadakan live. Pendek kata siaran langsung ini dijangka meriah dan mendapat rate yang tinggi. Ini kerana sebelum ini amat jarang sekali perdebatan terbuka disiarkan secara langsung yang membabitkan pimpinan tertinggi dalam parti pembangkang dan kerajaan.

Kita harus menghargai juga sikap keterbukaan Shabry untuk sedia berdebat. Apa tidaknya tatkala ramai ahli-ahli UMNO yang bacul, masih ada seorang dua diantara mereka yang masih berani. Lebih berani lagi, Shabry mempertaruhkan jawatannya dalam kabinet (letak jawatan jka kalah debat). Ini membuktikan satu kesungguhan dari pihak mereka (RTM).

Anwar yang bertandang ke gelanggang pihak lawan haruslah berhati-hati. Pedebatan seperti ini sememangnya telah dirancang rapi oleh pihak RTM. Bukan menaruh sangka pada RTM, tetapi wajar mengingati diri bahawa RTM sentiasa berat sebelah dalam melaporkan berita.

Pun begitu, peluang besar juga untuk Anwar menarik seorang menteri menyertai Pakatan Rakyat. Apa dilihat perdebatan ini mungkin satu perancangan Anwar untuk meng'izin'kan Shabry letak jawatan dan sertai Pakatan Rakyat. Anwar akan menggunakan platform ini sebagai mereliasasikan agenda Pakatan Rakyat.

Tiada suara dari Abdullah mahupun Najib buat masa ini berhubung dengan perdebatan ini. Mereka hanya mahu melihat dahulu sejauh mana hebatnya perdebatan atau tidak mahu langsung melihat kerana ia dikira sebagai membuang masa kerajaan. Tidak apalah, apapun hasil perdebatan ini bakal mengejutkan lagi suasana politik Malaysia yang hangat ini.

Isnin, 14 Julai 2008

Ayuh Rempuh Parlimen

(Saya hanya ada lima minit untuk menulis entri ini kerana komitmen lain)

Jika kita dekat 5 kilometer sahaja dari Parlimen hari ini umpama kita mendekatkan diri ke lokap polis yang penuh kesengsaraan. Begitulah kehendak polis barangkali Musa Hasan bagi mengajar Anwar dan beberapa penyokongnya bahawa polis adalah raja di Malaysia seperti mana kata teman-teman.

Sebenarnya yang hendak dirempuh adalah BN yang berlindung disebalik Parlimen. Mereka kononnya berani melantang sehingga biasa dengan kebiadapan, tetapi hari demi hari pemimpin BN ada ramai yang lebih bacul.

Azam dan tekad Pakatan Rakyat akan terus mekar. Biarpun ada tembok seperti tembok Israel-Palestin di Malaysia ini, kami rakyat akan merempuh tembok ini. Asalkan anak-anak kami mendapat haknya untuk belajar percuma dan menikmati kesihatan sempurna.

Harga minyak akan berusaha diturunkan apabila tembok ini runtuh sehancurnya. Kita banyak kerja lagi selepas kemenangan ini. Ingatlah, kemenagan semakin hampir. Mereka yang tiada maruah sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan paksi kejahatan mereka. Salam perjuangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan