Follow je lah..


Khamis, 26 November 2009

Salam Aidil Adha 1430H


Sujudterakhir mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji dan Raya Qurban. Qurban atau korban dalam bahasa Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah.

Dalam hari raya ini, ada kita yang terpaksa berkorban untuk bersusah dan menerima nasib yang tidak diingini. Sudah menjadi resam kehidupan sejak dari zaman dahulu lagi, aspek pengorbanan sangatlah penting tanpa mengira masa.

Harapnya kita juga sedia berkorban lebih-lebih lagi berkorban untuk Islam. Mampukah kita meninggalkan harta dan keluarga andai itu adala pra-syarat sebuah pengorbanan. Kita belum tahu jawapannya selagi mana kita belum diuji.

Semoga hari raya ini akan membanyak kita bertakbir (membesarkan ALLAH) termasuklah pada hari tasyrik. Besarkanlah ALLAH dalam percakapan, perbuatan, dan juga hati. Selamat berkorban andai tiba masanya nanti.

Rabu, 25 November 2009

Apa Kejadahnya Najib Ber'Facebook'!


Laman sosial Facebook (fb) kini di Malaysia telah mendapat sambutan yang sangattinggi. Bukan sahaja ia digunakan oleh anak kecil yang belum lagi berkhatan, malah digunakan meluasnya sehingga ke Perdana Menteri Malaysia sekarang, Najib Abdul Razak.

Pada waktu tulisan ini ditulis, seramai 9 421 orang telah bersetuju menjadi penyokong beliau dalam fb nya. Sebenarnya, bilangan itu tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan berjuta rakyat Malaysia yang turut sama memiliki akaun dalam laman tersebut.

Mungkin cara ini ialah satu cara UMNO-BN untuk menarik perhatian atau memancing undi. Tidak hairan jika dahulu pun BN sanggup membuat iklan di laman Yahoo. com semasa pilihanraya lepas. Dengan ada fb pula, dipercayai jentera pilihanraya BN akan lebih berupaya melebarkan sasaran pengundi.

Soalnya sekarang, laman fb Najib itu hanya seperti ala kadar sahaja. Jika diteliti profile beliau, tidak tertulis maklumat diri yang lengkap. Apatah lagi untuk mengemas kini status beliau 'What's on your mind?'. Kita percaya beliau tiada masa untuk lakukan semua ini.

Oleh itu, barangkali penyokong fb beliau itu seronok bercakap sorang-sorang. Biarkanlah sahaja mereka! Namun adakah ini menjadi satu saluran khusus untuk rakyat kepada seorang Perdana Menteri itu belum lagi dibuktikan.

Tidak dinafikan juga, tetap ada sebilangan pemimpin PR yang mempunyai akaun dalam fb. Cuma adakah itu yang ori diri mereka atau sekadar peninggalan semasa usia remaja dahulu-kala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan