Follow je lah..


Sabtu, 4 April 2009

Plan Najib Pun Bermula


Bermula dengan angkat sumpah dan telah pun mendapat perkenan dari YDP Agong maka temetrai satu lagi seejarah negara iaitu terangkatnya Najib menjadi Perdana Menteri yang ke-Enam. Perkara ini telah menidakkan tindakan dan anggapan bahawa Najib tidak mungkin menjadi PM Malaysia sekalipun terdapat pelbagai cerita mengenainya.

Sebagai seorang yang mempunyai pengaruh yang kukuh dalam negara, beliau mendapat kesempatan ini. Kekuasaan akan bertambah dan kekebalan semakin kuat. Najib mempunyai agenda dan idea tersendiri dalam menongkah karier politiknya dan membentuk negara.

Antara menyelamatkan karier dan mewarnai negara adalah dua cabang yang berbeza. Jika Pak Lah, peralihan kuasa ini melenyapkan karier politiknya dan selepas ini warna negara harapannya tidak sama seperti pemerintahan Abdullah yang mana mungkin lebih baik. Najib, kini bergelar Perdana Menteri. Beliau sering dilihat seorang yang bijak dalam mencaturkan politik dan kuasa.

Plan awalnya yang amat dialukan dan satu kemenangan dan kemaqbulan doa rakyat, 13 tahanan ISA dibebas dan media pembangkang diberi kebenaran. Tambahnya pula akta yang menakutkan itu (ISA) akan dikaji semula. Ini kemenangan rakyat dan juga cara terbaik untuk menambat hati rakyat. Pada awalnya, Najib berjaya menambat hati rakyat.

Kejujuran Najib tidak mampu dipersoal lagi buat masa ini kerana beliau masih belum menempuhi waktu matang seorang PM. Perubahan yang beliau mahu kejarkan sedikit demi sedikit akan kelihatan. Ini akan disusuli dengan muka kabinet baru dan dasar yang banyak lagi diperkenalkan.

Pertembungan Anwar dan Najib akan lebih serius. Senario yang berbeza antara dua pihak adalah cabaran. Titik kelemahan Najib mungkin terdedah andai ada orang seperti Anwar dan sebagainya yang cukup peka dan aktif dalam politik nasional terus memainkan peranan mereka. Apapun ceritanya, pilihan raya 7 April ini suatu pungutan suara rakyat.

Jumaat, 3 April 2009

Mee Segera dan Tarian Separuh Bogel


Akhirnya, calon BN di Bukit Selambau, S.Ganesan terpaksa memakan mee segera yang dikatakan oleh Najib, mana ada projek mee segera. Sekarang betul-betul mee segera sudah pekenadan mereka rasa.

Jalan yang baru diturap dan dibina itu telah dilalui oleh kereta pacuan empat roda rombongan BN. Kerana jalan itu masih 'baru' , tanah masih lembut dan tidak dapat menampung bebanan yang diterima. Kesannya kereta Ganesan kemalangan, dan nasiblah tidak mendapat kecelakaan.

Akhirnya, dia terpaksa naik motor. Kan senang kalau awal-awal lagi naik motor. Setakat nak ronda kampung pakai motor lebih menjimatkan. Jika tidak mahu pakai topi keledar di kampung pun tiada sesiapa yang menghairankan kerana ia sudah biasa. Ganesan menuju ke rumah orang mati dengan menaiki motor itu. Apakah kemalangan ini alamat kecil kepada nasib malang bertimpa BN?, sama-sama kita tunggu 7 April 2009.

Tarian bogel ke separuh bogel? Kedua-duanya adalah salah bagi seorang mukmin untuk berada pada tempat sebegitu. Tuntutan Syariat lebih tinggi dari menghormati kebudayaan. Seperti yang dilakukan oleh Hj. Zahid Hamidi, kehadiran beliau pada majlis makan malam dengan persembahan wanita kulit gebu dan terdedah, tidak mengapa kerana hormat budaya. Kalau sekalipun nak hormat budaya mereka, hormatilah jua sensitif umat Islam dan menteri yang ditanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan umat Islam.

Insiden tarian yang berlaku ini samada diketahui lebih awal atau tidak oleh Zahid kita tidak ketahui. Namun dalam masa ini, menjaga hati kaum cina selaku pengundi pada hari pilihanraya kelak sangat dijaga-jaga. Kalaulah Zahid menegur penari-penari dan penganjur ini, pastinya tindakan itu kurang mempopularkan dirinya.

Untuk melihat video tarian, sila klik di sini.

Rabu, 1 April 2009

Secupak Takkan Jadi SeGANTANG

Bukit Gantang, sebuah bukit yang bukan datangnya dari secupak. Ini kerana Bukit Gantang adalah sebuah bukit yang mempunyai masyarakat yang bijak pandai dan menjadikan Islam sebagai pegangan dalam hidupan. Meniti masa untuk pilihanraya, bagi Pakatan Rakyat, semua berjalan lancar.

Dengan kudrat BN, secupak tidak akan jadi segantang. Dosa lalu tidak akan mudah terpadam dibenak rakyat. Samada dosa atau kelemahan tidak akan terus tiba-tiba menjadi perkasa hanya dengan berhimpun seminggu di dewan PWTC. Hasrat berubah boleh jadi terbantut jika medan ini bukan mereka yang punya.

Semua berjalan lancar. Sekatan dari KDN dan polis kepada Pakatan Rakyat adalah asam garam yang boleh dibaca. Suara media pakatan adalah pertama yang akan dibisukan dan kemudian barulah mulut para penceramah. Untuk berceramah, permit sebagai syaratnya.

Jika ingin permit, mestilah berhubung dengan pihak polis. Semua syarat mesti dipatuhi dan polis juga mesti mematuhi polisi kerajaan pula. Kerana Polis adalah dibawah tanggungjawab kerajaan, semestinya mereka menurut arahan dari pemerintah yang sedia ada.

Namun kerja kempen tidak akan ditinggalkan. Daripada pucuk pimpinan parti sehinggalah pengibar bendera PAS, akan terus berasak-asak di Bukit Gantang supaya benteng bukit dapat dikukuhkan. Pondok panas akan dinaikkan dan menjadi pusat perhubungan bagi semua pengundi.

Zambry yang dikatakan MB Perak menjalankan tugasnya demi membalas jasa Najib yang memberinya kepercayaan untuk menjadi MB. Jika jatuh Zambry, mungkin tiada tangan rakyat yang mahu menghulurkannya. Penuh cabaran dan rintangan untuk beliau bagi memastikan beliau adalah yang hak. Tetapi, hak Zambry adalah pada tangan rakyat.

Rakyat bersuara:

"Hidup, hidup, hidup Rakyat, Bubar, bubar, bubar DUN!"

Ahad, 29 Mac 2009

Citarasa Perubahan

Pemilihan UMNO yang telah berlalu itu berlalu dengan perubahan. Citarasa baru UMNO untuk berubah seolah amat diidamkan oleh semua perwakilan yang hadir. Dengan suntikan semangat yang telah diberikan oleh Presiden baru mereka, semua seperti amat bersedia melaksanakan agenda perubahan.

Pertama perubahan yang mahu dilihat jelas ialah perubahan pemimpin tertinggi UMNO. Ada yang menang dan ada juga yang kalah melayang. Kekalahan yang cukup terasa ialah kepada mereka yang dikira cukup senior dalam UMNO dan dikira seperti otai-otai dalam politik UMNO itu.

Otai-otai yang dimaksudkan ialah antaranya calon yang sedang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri (Menteri Polis dan ISA), Menteri Luar Negara, Menteri Pelancongan, Menteri Besar dan termasuklah mantan Menteri Besar. Mereka ini memasuki gelanggang pemilihan seperti masuknya kumpulan yang menjadi perhatian. Apakan daya, dalam politik nasib tidak menyebelahi mereka maka jatuh bangun adalah perkara biasa.

Jika mereka kalah, dari segi adatnya undurlah dari jawatan itu. Pintu keluar untuk mereka telah terbuka dan keluarlah mereka bersama-sama Abdullah. Keluar terhormat lebih baik dari keluar secara digugurkan kelak. Suara akar umni UMNO juga seumpama satu tsunami kecil yang memusnahkan karier idaman mereka itu.

Antara yang tersingkir:

No Calon Nama Bahagian

03 Datuk Seri Dr Rais Yatim Jelebu

04 Tan Sri Mohd Isa Samad Teluk Kemang

05 Datuk Seri Syed Hamid Albar Kota Tinggi

06 Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pasir Gudang

07 Datuk Seri Adnan Yaakob Bentong

12 Datuk Seri Dr Md Isa Sabu Kangar

15 Senator Datuk Syed Ali Abbas Al Habshee Cheras

16 Senator Tan Sri Jins Shamsudin Bukit Gantang

21 Datuk Seri Azalina Othman Said Pengerang

33 Datuk Seri Mohamad Hasan Rembau

50 Datuk Seri Shahidan Kassim Arau

01 Tan Sri Rafidah Aziz Kuala Kangsar

01 Datuk Mukhriz Mahathir Kubang Pasu

02 Datuk Seri Mohamad Khir Toyo Sungai Besar


Iktibar perlu diambil. Inilah balasan dan ujian dari Tuhan buat mereka. Ada antara mereka yang begitu tdak disenangi oleh rakyat. Menyalah gunakan kuasa atau bertindak tidak adil adalah seusatu yang sentiasa ditolak oleh orang bawahan dimana-mana pun. Sudah kita katakan, Tuhan Maha Adil.

Keluar dari pintu UMNO juga adalah lebih baik daripada berada dibawwah kepimpinan yang menggerunkan. Berhijrahlah, kerana penghijrahan akan menambahkan keberkatan. Jika sudah dihalau secara senyap dari rumah UMNO, berkunjunglah ke rumah baru yang sedang kukuh terbina, rumah PAS dan rumah PKR. Mari kita lawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan