Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Isnin, 31 Januari 2011

Selamatkah Hospital Serdang?

Ketika Barang Naik, Tok Ai pun Naik...siling Hospital Serdang Runtuh jatuh turun ke bumi.

Stadium runtuh okay lagi sebab orang tak selalu berama-ramai ada, tapi ini hospital. Hospital 24jam sentiasa ada orang dan ramai orang anggap ini tempat selamat.

Adakah bahan bancuh membuat simen sudah dicampur air yang banyak sehingga boleh runtuh? Saya yakin Hospital ini " Satu Lagi Projek Barisan Nasional".

Khamis, 12 November 2009

Selangor Dedah Aib BN

Terima kasih Khalid Ibrahim kerana menelanjangkan BN di tengah-tengah negeri Selangor. Selama ini mereka dilindungi oleh pakaian kuasa dan harta yang kini pakaian itu sudah tiada lagi. Rasanya tiada wakil BN yang akan menafikan pendedahan ini.

Pendedahan seperti ini perlu. Supaya rakyat tahu bahawa mereka telah diambil hak dan diperbodohkan BN terutama menjelang pilihan raya. Pendedahan ini mestilah cukup bukti dan dibawa ke muka pengadilan berasaskan prinsip kerajaan untuk rakyat.

Pendedahan itu ditulis dalam risalah-risalah dan harapnya pembaca dapat menyebarkan risalah itu ke seluruh negara. Bukan untuk mengaibkannya, tetapi untuk memberi tahu rakyat bahawa mereka inilah manusia yang paling berbahaya jika diberi kuasa dan pengaruh. Janganlah kita mudah tertipu dan terperangkap dalam muslihat mereka.

Harta penduduk miskin diambil tidak lain seumpama menambahkan lagi beban yang sedia terbeban. Seperti seorang miskin yang tidak makan beberapa hari, apabila makanan sudah diberi kepadanya lantas makanan itu diambil oleh orang yang kaya dan kenyang. Persis, yang kaya terus kaya dan yang miskin jatuh melarat.

Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat

Lagu Warisan boleh jadi sudah tidak relevan kerana melayu bunuh melayu..

Khamis, 17 September 2009

Khir Toyo Disumpit?


Kita memang tidak bersetuju dengan sebarang ancaman atau ugutan dalam bermain isu politik. Ini adalah perkara yang tidak sihat dan boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Khir Toyo menjadi mangsa. Beliau menerima ugutan bunuh dan berasa dirinya tidak selamat. Dahulu beliau ada pengawal peribadi, sekarang? Mungkin ada juga, bukannya mahal nak bayar.

Kita boleh melihat kepada pelbagai sudut. Mungkin ada orang sudah cukup meluat dengan sikapnya yang sedemikian sehingga terpaksa memberi amaran seperti itu. Boleh jadi juga ini satu lagi permainan kotor politik BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di negeri Selangor.

Dalam ugutan itu juga ada sedikit unsur humor iaitu Khir akan disumpit. Jika kita lihat sumpit ialah senjata orang asli untuk memburu dalam hutan. Ia sungguh kelakar kerana dewasa ini senjata sumpit sudah tidak dipakai lagi jika senjata api sudah ada di tangan.

Ini adalah ugutan, sama sepertimana along (ceti haram) yang biasa mengugut peminjam-peminjam. Adakah ugutan ini dari along atau kaki pukul kerajaan negeri Selangor? Apa perlu takut kerana BN juga ada ramai lelaki ala-ala pendekar melayu yang boleh menjaga Khir.

Selasa, 8 September 2009

Samseng Kampung Dusun 23


Orang-orang dusun@hutan..yang tidak ada tamadun dan tidak ada adab. Atau dalam bahasa popular melayu kita ialah kurang ajar. Orang yang sebegini tidak guna diajak berbincang dan berdialog kerana mereka tidak memahami bahasa kita.

Mereka seumpama pengembala lembu yang hidup jauh ceruk rantau di hujung dunia. Tiba-tiba datang ke tempat orang meracau tidak tentu hala katanya orang hendak ambil lembu dia. Padahal, dialah yang bawa lembu masuk tempat orang dek tersesat.

Ini kaki samseng. Bahasa mencarut dan kasar budaya mereka. Kirim salamlah dengan Rais Yatim yang beriya-iya untuk menegaskan rakyat berbudi bahasa. Ini orang Rais Yatim lah, orang UMNO. Mungkin UMNO tidak rasa malu dengan tindakan mereka, tetapi seluruh orang melayu sangat rasa aib kerana mereka yang sengaja menunjukkan kemaluan mereka.

Adakah mereka ini betul-betul penduduk Seksyen 23? Atau mereka ini dari Kampung Dusun 23, lebih teruk lagi dari Sarip Dol, samsing Kampung Dusun. Kebencian mereka pada dua Khalid, iaitu Khalid Ibrahim dan Khalid Samad (Pakatan Rakyat) nyata lebih ketara daripada isu sebenar yang melanda.

Ini dapat dibuktikan dalam video yang dirakam.

Sensitif betul pasal membina kuil atau masjid. Tetapi mereka ada masjid pun bukannya pergi, dan ada masjid pun kena kunci. Ustaz-ustaz tak boleh bawa masuk untuk mengajar. Akhirnya, mereka kekal dalam kegelapan dunia di bawah tempurung mereka sahaja.

Sabtu, 29 Ogos 2009

FRU Gagal Sembur Kepala Lembu


Dendam masih berdarah. Dendam beberapa puak tertentu di dalam negeri Selangor umpama api yang memakan bara. Penuh kebencian dan hasad dengki yang sangat menebal. Mereka ialah di kalangan anti Pakatan Rakyat.

Biar sekecil mana isu itu, akan diapi-apikan keseluruh telinga rakyat. Menekan kepimpinan PR Selangor tanpa rasa insaf dan tanggungjawab. Hatta di bulan Ramadhan ini sekalipun, tindakan biadap menghina agama lain dan mencetus provokasi adalah suatu kesalahan yang mesti diajar.

Malah mereka sanggup memainkan kalimah 'Takbir' kepada 'Take beer' dan lagi terdesak, menghina dan menzahirkan lagi kedunguan mereka di mata masyarakat yang kini telah celik menafsir politik. Bertopengkan songkok, kopiah, dan kalimah "ALLAHUAKBAR", ini semua adalah satu propaganda untuk memberi tanggapan buruk kepada Islam dan PAS.

Sejak dari dulu lagi, isu babi, isu lembu, semuanya perkara yang pendek akal untuk mereka berkumpul dan berdemo. Mengapa tidak membantah istana Khir Toyo yang tersergam indah sedangkan mereka hidup duduk dalam berhimpit anak bini? Inilah satu permainan politik yang sahaja diatur sehinggalah PR tumbang di negeri Selangor.

Kita harus sedar, ketua UMNO di negeri Selangor sekarang siapa lagi kalau bukan Najib. Nampaknya ada satu agenda tersembunyi untuk dia 'memegang' negeri tersebut.

Kalau perhimpunan seperti ini, yang membawa kepala lembu, satu kepala FRU pun tidak nampak. Tidak seperti apa yang berlaku pada hari Sabtu tempoh hari sebagaimana kita tahu jalan ditutup, dan rakyat ditahan. Maklumlah, akta pencegahan...

Kepada yang memainkan kepala lembu siang tadi, ingatlah bahawa lembu itu makhluk ALLAH sama seperti mereka. Setiap makhluk yang dizalimi, doanya maqbul oleh ALLAH. Tunggulah nanti, anak cucu kau lahir berkepala lembu (kenan) kalau tidak bertaubat.

Sabtu, 25 Julai 2009

Kecohnya Kematian Teoh

Kematian Teoh memang seolah menggemparkan Malaysia. Malah mendapat perhatian langsung dari kabinet dan parti politik di negara ini. Sejak mayatnya ditemui, sehinggalah sekarang, penyiasatan kes ini masih panas.

Sebab mungkin kes ini mendapat perhatian ialah kerana mendiang ialah orang politik. Beliau mempunyai ramai kenalan politik samada sama parti atau tidak. Maka kes ini mempunyai pengaruh dan unsur politik juga.

Dalam kematian ini juga, kita melihat kerajaan mahu menjadi hero dalam memastikan keadilan dan keberkesanan penyiasatan. Tambah lagi dengan tekanan dari pihak pembangkang agar siasatan dijalankan dengan terperinci.

Kalau kita lihat, setiap hari ramai rakyat biasa yang mati. Samada mati kena pukul atau kena rogol. Tiada pula kecoh nak buat suruhanjaya dan kabinet nak bermesyuarat. Kerana insan seorang ini yang telah pergi, kita jangan lupa isu-isu rakyat yang lebih besar.

Jangan lupa kes sebelum ini, Altantuya dan Kugan adalah dosa lama yang masih mengganggui mereka. Takda pun suruh inkues dan suruhanjaya 'apa jadah' semua tu. Undang-undang negara kita ini sesempurankha dengan undang-undang Islam? Masalah betul..

Khamis, 21 Mei 2009

Gantung: Khir bin Toyo Pertikai

Dun Selangor pun meletup. Meletup setelah ada beberapa ADUN BN digantung. Khir jawab di blog dia, dan di bawah adalah respon tersendiri kepada hujahnya itu:

Point 1: Mereka menyatakan di mana kebebasan bersuara. Namun baru kini mereka faham, apa itu kebebasan bersuara. Tahu takpa.

Point 2: Setahun Khir digantung, nampaknya kuranglah duit dia pada tahun ini. Nanti nak raya pun kena berjimat cermat, kalau baju lama boleh pakai, pakailah. Beliau yang tidak hadir pendengaran tersebut adalah dengan membari alasan yang tidak kukuh. Alasannya sama macam Najib, pendengaran itu adalah beranggapan ia permainan politik pembangkang.

Kalau tak reti main politik, tak payah la masuk politik.

Point 3: Jika benar Khir tidak membuat salah dalam lawatan yang beliau lakukan, sila cabar kes ke mahkamah.

Point4: Khir Toyo pasti sedar, bagaimana BN tergamak mengheret seorang Speaker DUN yang sah di Perak seperti seorang penjenayah. Khir dan rakan harus terima keputusan ini dengan hati terbuka.

Point 5: Menghormati Speaker dan DUN bukan hanya dikira dengan menghadiri "perbicaraan" sahaja, tetapi menerima keputusan Speaker.

Point 6: Sekurang-kurangnya YB Teng adalah anak jantan kerana memilih hukuman gantung. Tidak seperti mereka yang digantung mandatori!

Point 7: Rakyat sudah lama menilai. Rakyat sudah tolak BN dari Selangor. Masih tidak nampak?

Point 8: Go head! Undang-undang untuk semua.

Point 9: Kalau penat leh lepak. Tapi kalau hang pa salah, nak tak nak mesti heret ke muka pengadilan. Penat, belakang cerita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan