Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label SIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SIS. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Februari 2010

Kalau Kau Tak Mahu Sebat

Kalau kau tak mahu sebat...biar aku yang sebat..sudah lama sebat ini diajar dalam mendidik manusia. Namun manusia yang tidak pernah dididik ini menjadi penakut untuk disebat. Suami pun boleh sebat isteri atau anaknya.

Sebat bukan seperti yang dimomok-momok oleh segelintir musuh Islam. Bukan sampai tersalai kulit punggung atau kulit badan dengan tangan serta kaki diikat. Namun sebat itu adalah satu sentuhan badan yang akan menyerap iktibar ke dalam hati mereka.

Islam adalah sejahtera. Hukuman yang ada dalam Islam termasuk sebat adalah untuk kesejahteraan umat umumnya dan pesalah itu khususnya. Orang yang tak mendalami dan mengimani Islam tidak layak berbicara pasal Islam mengikut idea dan rasional mereka.

Pun begitu dalam hal ini, kenapa golongan ini yang lebih hadapan membuat kenyataan terhadap isu sebat berbanding dengan persatuan, institusi, dan badan yang menggerakkan Islam. Suara kita mesti lebih kuat dari mereka agar suara sumbang itu dapat dibisukan.

Sabtu, 13 Jun 2009

Sila Undi SIS: Haram atau Halal

Semua pengunjung blog ini digalakkan untuk mengundi, adakah wajar SIS diharamkan atau tidak. Dengan sedikit survey ini, mungkin kita dapat melihat kewajaran SIS untuk terus beetapak dan apatah lagi menyuarakan pandangan mereka yang kontra. Undian boleh dibuat pada sebelah kanan blog ini. Terima Kasih.

Khamis, 11 Jun 2009

SIS Perlu Dikaji

SIS-Sister In Islam yang sudah bertapak kukuh di Malaysia semakin kukuh lagi. Cadangan bernas dari PAS dalam muktamar untuk mengharamkan organisasi ini harus disambut dengan penuh kebijaksanaan. Dengan itu, kita perlu merujuk semula dan mengkaji sejauh manakah SIS relevan dalam memberi sumbangan kepada Islam terutama di negara kita.

Sebahagian kaum hawa dari kalangan orang Islam ini begitu lantang. Kelantangan ini adalah berlaku kerana lampu hijau yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Kementerian Dalam Negeri barangkali mengagak bahawa SIS tidaklah memberi ancaman keselamatan kepada negara. Namun ketahuilah, keadaan SIS di Malaysia menggugat aqidah umat Islam dalam diam tanpa kita sedari.

Apabila hukum agama yang terang lagi bersuluh dinyatakan dalam al-Quran dipersoal, SIS telah tersasar. Dari perkara faraid, poligami, dan bab keluargaan Islam, dan lain-lain apa yang mereka tak kena? Apakah rujukan muktabar perjuangan mereka iaitu al-Quran dan Sunnah atau hanya berteras akal yang nipis senipis rambut yang tidak bertudung itu?

Marilah semua umat Islam bersatu kembali kepada al-Quran dan Sunnah serta bersama membasmi kemungkaran yang dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kepada Islam. Tiada kompromi dalam soal aqidah. Biar negara dan demokrasi tergadai daripada aqidah yang tergadai.

Sudah lama sebenarnya rasa tidak puas hati kepada SIS. Semua pihak seperti ulama', majlis fatwa, para mufti dan jabatan agama duduk semeja mengkaji semula kehadiran SIS dalam negara ini. Semoga kefahaman Islam sebenar dapat disampaikan kepada mereka agar mereka kembali bertaubat ke jalan yang benar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan