Follow je lah..


Khamis, 5 Februari 2009

Argh..Perak Di Rampas!


Keadaan menjadi kucar-kacir dan semuanya kerana tindakan yang tidak profesional Barisan Nasional yang menjadi perampas dan lagi sangat dahagakan kuasa. Semuanya adalah satu konspirasi besar dan konspirasi ini telah menyebabkan institusi Raja diseret sama ke kancah politik mereka.

Jika mengamati kronologi peristiwa ini, ia sangat dirancang rapi oleh mastermind mereka. Secara ringkasnya, dua Adun X-PKR dahulu berhadapan dengan kes di mahkamah. Rentetan itu, BN mengambil peluang kelemahan kepimpinan ini dengan memasang pancing untuk memancing Adun tersebut. Apabila lemah mental dan lemah pegangan, sedikit demi sedikit dan lama kelamaan Adun tersebut berjaya dipengaruhi.

Selepas itu hadir pula satu sandiwara dari Adun Bota. Kononnya ingin bersama rakyat dalam Pakatan Rakyat tetapi amat memalukan dengan tindakannya yang jelas tiada bermaruah! Ini kerana, mulanya dari parti BN, masuk kepada parti PKR, dan kini masuk ke BN semula. Tanpa ada rasa bersalah beliau sesuka hati menukar parti.

Tajol Rosli pula meletak jawatan ekoran Adun Bota yang masuk PKR. Tindakannya itu sebenarnya hanya mahu memberi laluan kepada Najib supaya dapat berkuasa kepada jentera BN Perak disamping beliau dapat memberi perhatian penuh untuk misi merampas Perak. Apabila 'umpan mengena' lalu terus mereka mengisytiharkan bahawa: BN adalah kerajaan baru di Perak. Satu rampasan.

Masalah ini mesti diselesaikan dengan perundangan dan tidak memadai dengan hanya budi bicara dan pertimbangan dari Sultan Perak. Ingatlah, sepandai-pandai tupai meLOMPAT, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Isnin, 2 Februari 2009

Jika Lompat Itu Baik

Bermula dari ahli BN, mereka melompat parti ke Pakatan Rakyat. Kemudian di susuli dengan ketua bahagian, ahli jawatankuasa, dan kini ADUN pula, bertukar parti. Kemenangan yang tidak stabil pada pilihanraya yang lalu samada di peringkat pusat atau negeri telah menjuruskan ia untuk berlaku.

Lompat parti atau tukar parti bagi sesetengah pihak ia dipandang negatif. Namun penilaian yang berhati-hati harus dilakukan. Jika lompat itu seumpama hijrah atau reformasi, perkara itu tidak dikira negatif. Perjuangan mahukan perobahan, dan perobahan mestilah disaksikan.

Di Perak, kini hangat dengan perletakan jawatan ADUN dari Changkat Jering dan Behrang. Apa yang diramalkan adalah tepat setelah mana mereka berdua hilang dari masyarakat. Akibatnya, suatu pilihanraya kembar terpaksa dijalankan ketika ini. Pakatan Rakyat mesti selamatkan kerusi ini dengan cara paling cekap.

Sebelum in di Bota, ADUN Bota telah mengisytiharkan penghijrahannya kepada landasan sebenar. BN sudah tidak lagi relevan dan meninggalkan parti itu dianggap munasabah demi kebajkan rakyat.

Apakah bijak untuk berada dalam parti yang bergelumang dengan maksiat rasuah, fitnah, dan pembohongan? Kegelapan parti itu tidak mungkin lagi disinari cahaya kerana telah 50 tahun ia berada dalam kegelapan. Keluarlah dari kegelapan itu, dan masuklah ke laluan yang terang.

Pertarungan ini menguji Menteri Besar Perak. Beliau bukan lagi berdepan dengan Tajol Rosli, tetapi kini Najib Razak. Bukan sebarangan orang petukaran ini kerana ia seumpama bertukarnya seorang Kapten dan di gantikan dengan Kolonel yang begitu besar kuasanya.

Bagi kita, pertandingan ini tidak hanya antara dua kuasa. Ia membabitkan maruah kerajaan negeri, kesepakatan Pakatan Rakyat, dan kekuatan pergantungan kepada ALLAH. Apapun, hal ini masih pada peringkat awal, nantikan pula isu-isu susulan selepasnya.

Ahad, 1 Februari 2009

Sujudterakhir Berwajah Baru

Blog ini telah sentiasa dikemaskinikan demi manfaat semua. Oleh itu, hari ini blog dengan berwajah baru akan mengisi coretan tahun 2009 . Sebarang komen dan cadangan ataupun ingin menghulurkan khidmat bantuan adalah dialu-alukan dan sangat dihargai.

Sujudterakhir.blogspot mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang tidak henti untuk membaca entri-entri yang telah dikeluarkan. Setakat ini, terdapat enam pembaca akrab bagi blog ini. Mereka telah memberi semangat yang padu untuk kami terus mengendalikan blog ini secara terancang dan terkini. Terima kasih.


sujudterakhr.blogspot.com Tahun 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan