Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label Haron Din. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haron Din. Papar semua catatan

Isnin, 15 Februari 2010

Tuan Guru Menunaikan Umrah

(gambar ehsan dari darussyifa.org)

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din hari ini telah berangkat mengerjakan umrah pada hari ini. Program beliau selama dua minggu di tanah suci menjadi satu kelaziman.

Semoga Tuan Guru selamat sampai, sihat dan pulang ke ibu negara dalam sihat sejahtera jua. Selamat menunaikan umrah,
Taqabballahu minkum

Jumaat, 8 Januari 2010

Maha Mulia Kalimah ALLAH


Isu yang kini hangat. Ada pro dan kontranya dan hebat juga dibahaskan serta menjadi perhatian utama kerajaan. Sebab nama ini bukan nama main-main malah inilah nama yang paling agung dan paling mulia.

Sebahagian pihak tidak setuju nama ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Jika kita lihat skop perbincangan sebenar, hal ini meletus kerana ada perbicaraan berkaitan isu ini di mahkamah. Isunya kerana ingin digunakan kalimah itu oleh pihak gereja. Sebagaimana kita tahu, ajaran Kristian adalah ajaran syirik kerana menyamakan ALLAH dengan yang lain dan seumpamanya. Sebab itu kita melawan mereka menggunakan kalimah ALLAH bagi konteks agama mereka itu. ia adalah kufur.

Pendapat kedua yang membenarkan kalimah ini digunakan ialah mereka yang menilai pada skop yang lebih umum. Sejajar denga ayat ALLAH yang bertanya siapakah yang menjadikan langit dan bumi, maka kaum kafir menjawab "ALLAH". Ini benar, ia ayat alQuran. Dalam hal ini kaum kafir mengakui kesaan ALLAH, yang menciptakan langit dan bumi ialah ALLAH bukannya 'tuhan' sembahan mereka.

Jika dari aspek itu, kita setuju sama sekali mereka menggunakan kalimah agung tersebut. Cuma kita tidak bersetuju jika mereka gunakankalimah itu untuk menyesatkan umat Islam dan menghina Islam.

Inilah perbincangannya yang selalu dikaburkan. Kita lihat sekarang situasi negara kita yang mana pihak tertentu selalu memprovok satu demi satu terhadap Isalam. Ini terbukti dengan adanya idea Majlis Antara Agama, Isu Murtad, Isu Status Mualaf, dan sekaran isu nama ALLAH. Harap masyarakat akan berhati-hati lagi selepas ini.

Isnin, 8 Jun 2009

Siapa Musuh PAS?

Orang yang baik seperti Nabi Muhammad S.A.W. pun mempunyai musuh. Malah Islam sendiri sentiasa berhadapan dengan musuh lebih-lebih lagi semasa Rasulullah sedang giat menyebarkan Islam. Hairanlah jika PAS tiada musuhnya.

Musuh yang nampak boleh kita bersedia menghadapinya. Selok-belok dalam melawan musuh mungkin sudah lama diketahui. Seumpama orang yang sudah berpengalaman dalam persilatan, setiap buah pukulan pasti akan ada buah tepisnya.

Jika PAS menganggap seteru politik, seperti parti lawan kepada PAS adalah musuh, sesuatu yang diterima logik. Ini kerana ada pihak yang tidak suka pada misi dan pembawaan PAS itu sendiri. Musuh itu mungkin seorang yang sekular dan ada juga yang bersifat bermuka-muka.

PAS memang sudah biasa diserang dari pelbagai sudut dan dari pelbagai medium. Membawa Islam bererti sedia membawa beban dakwah yang tidak pernah sunyi dari tentangan. Tentangan yang bahaya adalah kejahilan manusia daripada memahami manhaj Islam. Maka kejahilan juga adalah musuh PAS.

Dari diri yang jahil, maka boleh datang pelbagai penyakit yang lain. Seperti penyakit hasad, bergaduh pada hal yang kecil, dan melanggar peraturan parti. Hal-hal ini harus dielakkan dan jangan diri terlalai oleh syaitan yang membawa isi dunia sebagai perhiasan mereka.

Rata-rata, tidak kira agama dan bangsa, masyarkat sudah boleh menerima PAS. Ini kerana PAS membawa Islam, kesejahteraan. Maka sepertimana perbankan Islam yang diterima pakai oleh kebanyakan bank terkemuka, maka begitulah cabangan Islam yang lain mampu diterima oleh ramai pihak kelak dahulu, kini dan selamanya.

Cara dan strategi yang bijak akan menyelamatkan PAS dari musuh yang tidak diduga. Oleh itu pendekatan ulama dan profesionalisme sangat besar peranannya. Jangan pula ulama dijadikan musuh pula dek kerana rasa diri sudah cukup tampan dan gagah.

Setelah tamatnya muktamar ini, semua perwakilan akan kembali ke pangkuan madu' mereka masing-masing. Resipi sudah diberi, kini bawa pulang untuk dimasak dan dihidangkan. Hidangan yang baik dan lazat, pasti siapa sahaja akan tertambat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan