Follow je lah..


Sabtu, 16 Ogos 2008

Sah Sumpah Saiful?

Sekarang Saiful telah bersumpah dengan menyebut lafaz ALLAH dan bersedia untuk menerima daripada akibat sumpahnya. Namun dalam sumpahnya itu penuh dengan persoalan dan tanda tanya. Sah kah sumpahnya?

Pertama, sumpah Saiful itu hanya diadakan di dalam masjid dan perbuatan itu tidak diadakan diatas perintah seorang hakim yang adil. Tambahan pula hanya seorang imam Masjid Wilayah yang terlibat. Katanya ada ulama dan mufti yang mengajarnya dan tidak disebut ulama muktabar manakah gerangannya. Di dalam Islam juga, sumpah tidak memerlukan kepada memegang Al-Quran. Apatah pula Saiful yang memegang pada kitab suci itu dengan tangan kirinya.

Lafaz tidak dijalankan dengan satu lafazyang lancar. Sebaliknya ada tersangkut sangkut dan dengan kesilapan. Dalam sumpahnya, beliau tersalah menyebut 'Watallahi' kepada ' Wataa`lahi'. Selepas itu, beliau membetulkan semula. Beberapa saat kemudian beliau tersilap tarikh pula dan beliau betulkan. Kesalah yang dibuat itu hanya dibetulkan padah perkataan sahaja tetapi tidak diulang seluruh ayat itu semula.

Saiful mengambil langkah berdiam diri. Sememangya itu mungkin atas nasihat peguamnya. Banyak perkara yang bila ditanya oleh wartawan berkaitan dengannya beliau tidak mahu menjawab. Waktu sumpahnya juga adalah sehari sebelum penamaan calon yang mana menguatkan lagi dakwaan bahawa kes ini ada kaitan dengan politik.

Dalam sumpah itu juga yang paling menarik, beliau mengaku diliwat pada 26 Jun 2008. Sedangkan pada 25 Jun 2008 beliau sudah pergi ke rumah Najib untuk mengadu bahawa dia diliwat. Oleh itu, mana satu yang betul.

Sebenarnya, hukum kaedah feqah yang manakah digunakan oleh Saiful dalam feqh jenayah ini? Janganlah tindakannya itu menunjukkan lagi kejahilannya pada ajaran Islam setelah perbuatannya pergi ke hospital mendedahkan beliau seorang yang mengalami kesukaran membuang air besar.

Lihat video sumpah di sini.

Komen Dr. Haron Din.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah hari ini ialah hari lahir saya maka genaplah umur 23 tahun. Dalam usia memikirkan soal usia ini ia bukanlah diatas kehendak seseorang itu. Sebaliknya urusan umur ini adalah di bawah pengurusan ALLAH sahaja.

Jika ALLAH berkehendak untuk memanjangkan usia, maka itu adalah amat mudah bagiNYA. Dalam usia itu ALLAH meletakkan pelbagai ujian kesenangan dan kesusahan untuk melihat sekuat mana pergantungan hambaNYA kepada ALLAH. Apabila senang adakah ia bersyukur dan jika sudah tersasar apakah ia pulang semula kepada ke pangkal jalan.

Perjalanan kedewasaan telah bermula. Usia remaja belasan tahun sudahpun ditinggalkan. Kini adalah masa untuk berhadapan dengan pelbagai urusan terutamanya yang melibatkan masa hadapan. Biarlah bermula dengan baik dan disudahi dengan baik.

*Sujudterakhir mengucapkan Salam Hari Lahir Serta Lambaian Perjuangan kepada beliau. Semoga umur dan rezqi diluaskan agar dapat melihat kejayaan demi kejayaan. Terima kasih kepada semua pelayar blog ini.

Wassalam
Hazim Abdul Halim

Khamis, 14 Ogos 2008

UiTM Tidak Harus Melatah

Samada sensitif atau melatah, kedua-duanya adalah berbeza. Sememangnya siswa UiTM di lihat sensitif pada apa yang disebut oleh Menteri Besar Selangor tetapi ia juga dapat dilihat sebagai mewujud propaganda akibat ada sebahagian siswa mula melatah.

Apapun yang terjadi mengenai hal ini, ia mestilah diteliti dan diperiksa akan musabab hal sedemikian ini. Jika tidak, tiada siapa yang untung. Rata-rata rakyat mungkin faham dari media UMNO bahawa Khalid bercadang agar UiTM dibuka pada bukan bumiputera. Sekalipun hal ini sebenarnya adalah hanya respon kepada satu soalan 'perangkap' oleh wartawan.

Maka selepas itu, media arus perdana (media kerajaan UMNO) menghangat dan mensensasikan lagi cerita ini. Disitulah mula diterbitkan adanya golongan yang mahu memperjuangkan hak bangsa Melayu. Manakala Khalid dilihat sebagai mahu mempolitikkan isu hak-hak Melayu di UiTM. Apalagi selepas mengetahui hal ini, sebahagian mahasiswa bertindak membantah cadangannya itu dan melahirkan kutuhan Melayu mereka.

Memetik kata MB Selangor tersebut ""Salah satu ciri yang menyebabkan universiti-universiti dikenali di peringkat antarabangsa ialah keterbukaan universiti daripada segi idea dan kemasukan pelajar dan juga daripada segi penglibatan pelajar dalam perbincangan terbuka mengenai isu-isu semasa." Sekarang ideanya ialah mahu meningkatkan mutu kualiti universiti tempatan, dan ada kemungkinan pada beliau perkara itu boleh dicapai dengan memberi saingan dari pihak yang bukan bumi.

Inilah keterbukaan idea Khalid, dan ia hanya sekadar idea. Namun idea ini telah ditolak dan diasak terutama oleh siswa UiTM yang sanggup berdemo hingga ke pejabat MB sekaligus mengeruhkan suasana dan menegangkan lagi salah faham rakyat. Harusnya tindakan awal adalah dengan cara penuh profesional dan tidak hanya membarakan semangat kemelayuan sahaja. Tindakan menghantar memorandum mungkin tepat akan tetapi ia tidak memadai jika tidak dibawa hujah intelek dan fakta dan data bagi melahirkan rasa kesal pada kenyataan Khalid.

Di sini mereka perlu membuktikan bahawa UiTM telah gemilang tanpa adanya kaum bukan bumiputera. Hali ini adalah sepatutnya menjadi keutamaan dihebahkan kepada umum dan bukan dengan penafian cadangan itu semata-mata. Kesimpulannya dari hal itu, Khalid memberi idea yang mungkin bernas atau tidak, bukannnya hak melayu sudah mahu dirampas.

UiTM melahirkan lembu-lembu UMNO?

Ahad, 10 Ogos 2008

Siapa Pencabar Anwar Ni..

Dari hari pengumuman bahawa Anwar akan bertanding sehingga ke hari Ahad ini kerajaan BN masih belum mengumumkan siapakah pencabarnya. Ini mampu membuktikan BN masih lengah dan resah dengan keupayaan anak tempatan dan pucuk pimpinan mereka sendiri. Malah terdapat banyak cerita-cerita disebalik pemilihan calon bagi Permatang Pauh itu.

Sebelum ini, Annuar Musa telah menyarankan agar diboikot sahaja pilihanraya kecil ini. Bahkan jika diteruskan BN akan mengalami kerugian akibat daripada kekalahan mereka. Ramai dikalangan orang UMNO juga menyedari bahawa Permatang Pauh itu sebuah benteng kuat bagi PKR.

Kemudian disusuli pula dengan Ezam yang mencadangkan dirinya sendiri untuk bertanding dengan Anwar. Ezam hanya mahu mengambil kesempatan ini untuk menjadi juara atau jagoan dikalangan pejuang-pejuang UMNO. Pun begitu nasibnya belum pasti apabila UMNO Permatang Pauh tidak mahu 'orang luar' menerajui kawasan mereka.

Dalam masa yang sama. Bekas calon BN yang kecundang pada PRU lepas, Ustaz Pirdaus masih sedia untuk betanding lagi. Biarpun sudah dua kali kalah dalam PRU, tanpa mengira keyakinan rakyat padanya, beliau masih boleh mahu bertanding jika itu amanat pucuk pimpinannya.

Tidak terlepas juga, Mufti Perlis ingin juga dikaitkan ke dalam gelanggang Permatang Pauh. Beliau yang lahir di kawasan ini telah menolak pelawaan sedemikian. Baginya dunia politik amat berbeza dengan 'dunia' nya sekarang. Andai Mufti ini menerima pelawaan mereka, maka sahlah Mufiti ini adalah Mufti BN selepas Ustaz Pirdaus menjadi Ustaz BN.

Pi Mai Pi Mai tang Tu. BN dewasa ini sentiasa menghadapi kemelut untuk mencari pemimpin. Dari peringkat bahagian hinggalah ke peringkat Perdana Menteri rata-ratanya ada sahaja yang tidak kena. Itulah BN.

Kita boleh mencadangkan sesiapa sahaja. Boleh jadi Zainudin Maidin, Shahrizat, atau pun orang-oarng KJ. Lawanlah siapa sahaja kerana ia sukar ditambah lagi dengan ramalan Tun Mahathir yang Anwar akan menang. Selepas Anwar jadi PM, Mahathir sudah tidak mahu lagi tinggal di Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan