Follow je lah..


Khamis, 8 Oktober 2009

PAS: Darah Belum Berakhir


Sememangnya perjuangan PAS adalah memperjuangkan Islam. Selagi mana matlamat ini masih betul, memperjuangkan PAS adalah sama dengan memperjuangkan Islam. Sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Apa yang berlaku hari ini petugas PAS telah benar-benar dibelasah malah dilibas dengan pedang samurai oleh sepasukan samseng. Ini cerita bukan rekaan seperti mana rekaan UMNO sebelum ini yang hanya ditumbuk tapi tiada siapa pun tumbuk dia.

Peristiwa malang ini telah menyebabkan petugas kita cedera dan darah membasahi kepala mereka. Inilah darah yang berharga, yang akan menjadi saksi kemenagan PAS kelak. Dan sekali lagi polis gagal mencegah jenayah ini dari berlaku.

Jika dilihat berita ini sudah tersebar. Tetapi sehingga sekarang, Berita Harian dan Utusan tidak memaparkan cerita ini. Adakah ingin melindungi perkara yang benar dan menerangkan kepalsuan?

Darah masih ada dalam badan kita. Sekali darah memercik keluar jika darah masih ada kita akan berjuang cukup-cukup untuk menghancurkan BN di Malaysia. Sehingga ke titisan darah terakhir masih jauh dan lambat. Kita akan pastikan PAS menang, jika tidak disini, menang di akhirat sana.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam sdr.

Selagi darah mengalir, bermakna kita masih hidup dan tanggung jawab masih perlu dipikul.

Head Shot berkata...

Mountdweller: Benar sdara..jika tulang ini boleh disumbangkan untuk agama, maka ambilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan