Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label PPSMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPSMI. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2009

Terkambus Di Permatang Pasir

Kerja-kerja menjayakan kemenangan PAS di Permatang Pasir Insya-ALLAH berjaya. BN tiada modal apa untuk mengalahkan lawan mereka iaitu PAS melainkan dengan menyerang peribadi. Seperti mana Anwar Ibrahim diserang.

Inilah kehebatan dan kekuatan semangat pasukan di dalam PAS dan Pakatan umumnya. Kemenangan kita mempunyai beberapa sebab atas apa yang BN telah lakukan. Sebenarnya, apa jua kesalahan BN lakukan kepada rakyat, adalah menjadi keuntungan bagi Pakatan.

Masalahnya, BN sentiasa tersilap dan tidak habis dengan salahnya. Tidak mahu mendengar suara rakyat. Rakyat tak nak PPSMI, taknak ISA, dan pelbagai lagi, masih buat tak endah. Fikirnya, apabila hendak ada pilihanraya, jalan mesti tar baru, buka klinik, dan peri ziarah tanya khabar.

BN susah nak menang di kawasan ini. Inilah halangan bagi BN untuk tunjuk yang mereka konon sudah diterima rakyat. Berhempas pulas lah mereka. Bermain kotor? Harus dijauhkan.

Apabila BN kalah lagi, terkambuslah dan hilanglah semangat mereka. Dipercayai akan hilanglah kepercayaan rakyat kepada parti yang memerintah tatkala ini. Terkambuslah.

Rabu, 8 Julai 2009

Pi Pi As Se Mai


Pi Pi As Se Mai (PPSMI) ni sama sahajalah dengan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Akhirnya, tiada apa manfaat yang dapat dan kembali pada asal semula. Manakala anak-anak pula yang menjadi kesan daripada dasar kerajaan ini.

Anak-anak itu pastinya anak-anak rakyat jugalah. Kalau anak-anak menteri dan seumpamanya hidup penuh dengan keselesaan dan harta juga. Anak menteri takda masalah nak cakap BI sebab baru 'standard'.

Pi Pi As Se Mai ini pun sama juga diibaratkan dengan pipi tak mancong hidung tersorong-sorong. Dahulu rakyat tentang perkara ini dan mereka-mereka yang cukup mempertahankan. Sekarang dah terbalik pula. Mereka-mereka baru faham selama ini kenapa rakyat berhimpun dan berarak, kenapa sasterawan negara sanggup berjuang biar putih tulang dan jangan putih mata sebab nak pertahan bahasa warisan Melayu. Rakyat menang!

Lebih baik Pi Pi As Se Mai kan ahli UMNO dahulu, kita tengok apa hasil kemajuannya. Mesyuarat dan apa benda semua dalam BI. Kempen pun dalam BI jugak, perjuangkan Melayu dengan perantaraan BI. Surat khabar UMNO pun harus semua dalam BI. Apa macam, bolehkan..'Vote BN'..hahaha

Pi Mai Pi Mai Tang Tu menarik lagi dari Pi Pi As Se Mai sebab ada lawak-lawak yang boleh terburai isi perut. "I say man..." macam gini boleh kalah BN di Manek Urai.

Rabu, 17 Jun 2009

Pendidikan Negara Yang Semakin Tidak Faham

Sebenarnya ada sahaja satu golongan ini, mereka tidak boleh duduk diam. Ada sahaja benda yang hendak di cuba jaya dalam pentas dunia pendidikan di negara kita ini. Paling-paling pun mereka ini apabila ditamatkan perkhidmatan atau senang kata sudah tiada lagi jawatan itu, baru nak senyap habis dari idea melalut-lalut itu.

Masalah sekarang ke mana hala tuju pendidikan negara? Maka tak perlu lah nak sibuk-sibuk di mana hala tuju PAS. Tak habis-habis hendak memberi tekanan hebat kepada PAS. Fokus pendidikan ni, ia penting.

Okay, berbalik kepada cerita kita.

Alhamdulillah ada anak Melayu, orang Kelantan lagi tu, yang mendapat memecah rekod pencapaian keputusan SPM 21 A. Malah sebelum ini, banyak rekod kecemerlangan SPM dipegang oleh anak-anak Melayu. Sayangnya, UMNO tidak menghargai orang melayu seperti ini dan sekarang hendak dihadkan maksimum kepada sepuluh subjek sahaja. Perkara ini seolah ingin membantutkan sebilangan pelajar yang cemerlang untuk terus mendalami ilmu-ilmu yang banyak seluas lautan. Saya pasti anak-anak yang cemerlang ini terkilan dengan kerajaan.

PPSMI masih tak tahu apa kesudahannya lagi. Benda yang mudah macam ini pun tak selesai-selesai dan sekarang sibuk dan hadkan bilangan subjek. Sedangkan, masa berlalu dan anak-anak semakin hampir ke hari peperiksaan mereka dan masa depan mereka. UMNO juga lah yang mewajibkan PPSMI walaupun mereka kata mereka pembela bangsa Melayu setelah dahulu bahsa jawi yang kini hanya menjadi bacaan sesuai di muzium-muzium sahaja.

Sekarang pula ada ura-ura mahu dilanjutkan tempoh KPLI. Pulak dah. Ramai para graduan mahu segera memperolehi kerja bagi dapat membayar hutang PTPTN (baca PTPTipu). Hendak menjadi seorang guru, terlalu banyak formulanya. Maka formula-formula ini lah yang dahulu mereka lakukan, hari ini ada juga sebilangan kecil cikgu sanggup melakukan perbuatan tak senonoh. Ada kes tuisyen raba-raba seperti diberitakan dalam Harian Metro dan ada juga yang guru lemah jiwanya tergamak memaksa seks oral. Apa masalah sebenarnya apabila benda yang seaib ini berlaku, adakah disebabkan guru atau pendidikan negara yang sekular?

Pening, mengusutkan sekarang hala tuju pendidikan negara. Mangsanya ialah anak-anak atau pun adik-adik kita. Orang yang menetapkan dasar ini terus senang lenang makan kenyang-kenyang tanpa ada masalah langsung dari menerima kesan kemerosotan pendidikan negara. Cukup bulan, mereka dapat gaji, semua ok.

Jumaat, 10 April 2009

Rempah Ratus Di Dalam Kabinet

Najib sebagai kepalanya. Kepala dalam pentadbiran dasar negara yang terdiri daripada menteri dan para timbalan yang lain. Sebagai kepala, seluruh anggota akan hanya mengikuti kepala, kerana kepala adalah anggota utama dalam sebuah jasad.

Pemilihan Najib dalam membentuk kabinetnya adalah seumpama sebuah percaturan. Hanya menyusun orang-orang tertentu untuk diletakkan ke dalam suatu pos tertentu. Samada terbukti mereka berjaya atau tidak, sebab itulah Najib membina paradigma baru dan mementingkan prestasi. Jika beliau memantau prestasi menterinya secara peribadi dan langsung, rakyat sudah lama menghitung prestasi peribadi dan langsung Perdana Menteri itu.

Prestasi pertama sudah jatuh dengan kalahnya BN dalam pilihanraya kecil. Signal ini cukup jelas kepada Najib, dan beliau juga tidak menjawab kelemahan yang dikaitkan dalam pentadbirannya. Prestasi peribadi pula berkaitan pembunuhan Altantuya dimana pada hari yang sama beliau mengumumkan senarai kabinet, kedua polis yang dikambinghitamkan menerima hukuman mati. Adapun usaha pembangkang untuk bertanya dan mengetahui hal itu dalam persidangan Parlimen, mereka telah dikenakan tindakan!

Mengapa harus Mahathir sekali lagi mencampuri atau sibuk-sibuk nak komen urusan negara dan kerajaan? Bukankah lelaki tua itu telah mencampuri urusan Abdullah dahulu. Proses pemilihan kuasa ini menjadi suatu perhatian Mahathir dan semua komen dan kritikannya disegarkan oleh media. Bahkan, Abdullah juga adalah bekas Perdana Menteri, tetapi Abdullah diketepikan dalam liputan media setelah meletak jawatan. Perlantikan Mukhriz menjadi Timbalan Menteri mengukuhkan lagi hujah ini.

Kementerian yang kritikal seperti KDN, Pertahanan, dan Kewangan dikawal ketat oleh Najib. Kawalannya ialah agar kepentingannya dan negara dijaga supaya beliau boleh menjadi PM yang berkuasa penuh. Menteri KDN atau ISA iaitu Hishamuddin suatu yang rakyat dapat tidak masuk akal. Isu PPSMI yang masih belum selesai oleh Hishamuddin adalah tamparan buat KDN menghadapi cara kerjanya itu. Zahid Hamidi akan memakai pakaian celoreng dan memegang senapang. Zahid naik pangkat, menjawat jawatan yang popular dan ada askar yang setia.

Tema 'Rakyat didahulukan' menjadi tanda tanya. Ada menteri yang telah kalah dalam pilihanraya bagaimana boleh diangkat menjadi menteri lagi. Nampaknya pilihan Najib diutamakan dan kemudian barulah rakyat. Jika orang yang telah ditolak oleh rakyat menjadi menteri kepada rakyat juga, kenalah menteri itu tebalkan muka.

BN jangan sesekali menggunakan perkataan 'Rakyat' kepada kabinet dan dalam apa jua usahanya. Rakyat telah berpakat menjadi Pakatan Rakyat. Jika BN benar-benar merakyatkan partinya, mana mungkin kalah dalam PRK yang lalu. Rakyat mahukan 'good governence' yang beriman, berakhlak, dan berkebolehan serta berfikiran tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan