Sebenarnya ada sahaja satu golongan ini, mereka tidak boleh duduk diam. Ada sahaja benda yang hendak di cuba jaya dalam pentas dunia pendidikan di negara kita ini. Paling-paling pun mereka ini apabila ditamatkan perkhidmatan atau senang kata sudah tiada lagi jawatan itu, baru nak senyap habis dari idea melalut-lalut itu.
Masalah sekarang ke mana hala tuju pendidikan negara? Maka tak perlu lah nak sibuk-sibuk di mana hala tuju PAS. Tak habis-habis hendak memberi tekanan hebat kepada PAS. Fokus pendidikan ni, ia penting.
Okay, berbalik kepada cerita kita.
Alhamdulillah ada anak Melayu, orang Kelantan lagi tu, yang mendapat memecah rekod pencapaian keputusan SPM 21 A. Malah sebelum ini, banyak rekod kecemerlangan SPM dipegang oleh anak-anak Melayu. Sayangnya, UMNO tidak menghargai orang melayu seperti ini dan sekarang hendak dihadkan maksimum kepada sepuluh subjek sahaja. Perkara ini seolah ingin membantutkan sebilangan pelajar yang cemerlang untuk terus mendalami ilmu-ilmu yang banyak seluas lautan. Saya pasti anak-anak yang cemerlang ini terkilan dengan kerajaan.
PPSMI masih tak tahu apa kesudahannya lagi. Benda yang mudah macam ini pun tak selesai-selesai dan sekarang sibuk dan hadkan bilangan subjek. Sedangkan, masa berlalu dan anak-anak semakin hampir ke hari peperiksaan mereka dan masa depan mereka. UMNO juga lah yang mewajibkan PPSMI walaupun mereka kata mereka pembela bangsa Melayu setelah dahulu bahsa jawi yang kini hanya menjadi bacaan sesuai di muzium-muzium sahaja.
Sekarang pula ada ura-ura mahu dilanjutkan tempoh KPLI. Pulak dah. Ramai para graduan mahu segera memperolehi kerja bagi dapat membayar hutang PTPTN (baca PTPTipu). Hendak menjadi seorang guru, terlalu banyak formulanya. Maka formula-formula ini lah yang dahulu mereka lakukan, hari ini ada juga sebilangan kecil cikgu sanggup melakukan perbuatan tak senonoh. Ada kes tuisyen raba-raba seperti diberitakan dalam Harian Metro dan ada juga yang guru lemah jiwanya tergamak memaksa seks oral. Apa masalah sebenarnya apabila benda yang seaib ini berlaku, adakah disebabkan guru atau pendidikan negara yang sekular?
Pening, mengusutkan sekarang hala tuju pendidikan negara. Mangsanya ialah anak-anak atau pun adik-adik kita. Orang yang menetapkan dasar ini terus senang lenang makan kenyang-kenyang tanpa ada masalah langsung dari menerima kesan kemerosotan pendidikan negara. Cukup bulan, mereka dapat gaji, semua ok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan