Follow je lah..


Jumaat, 23 Oktober 2009

Rasul Melayu atau Rasul UMNO?


Kita telah mendengar hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim terhadap seorang pesalah ataupun penjenayah aqidah, iaitu dia yang bergelar Rasul Melayu. Pastinya pada Abd Kahar, dia mewakili umat melayu. Dia merupakan wakil bagi orang melayu.

Umno juga mewakili melayu. Umno sangat menjaga orang melayu. Tetapi apabila ada nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga. Rasul melayu telah mencemarkan imej melayu yang selama ini dijuang kuat oleh Umno. Penyelewengan aqidah adalah satu dosa besar, apabila dikaitkan dengan melayu, maka Umno lebih dekat dengan bangsa melayu (kononnya).

Inilah akibat pendidikan agama tidak dititikberatkan oleh kerajaan Umno sepanjang pemerentihan mereka. Malah subjek sains lebih diutamakan sehingga terlepas pandang bahawa agama lebih penting dari sains. Jika beginilah lagi, bertambahlah kejahilan rakyat pada agama seperti mana yang berlaku hari ini.

Doanya, agar ALLAH tidak menurunkan azab yang terlalu pedih kepada kita di Malaysia. Dosa Rasul Melayu satu dosa yang maha besar. Lagi maha besar jika kerajaan yang memerintah tidak melakukan apa yang dikehendaki ALLAH.

Rabu, 21 Oktober 2009

1Malaysia Tidak Merawat Penyakit Sosial

1Malaysia idea yang datang dari Najib ini lebih kepada politik. Kerana mahukan perpaduan rakyat dibawah kerajaan BN yang sedang memerintah ini, istilah 'satu' dapat membayangkan kita semua sama rakyat Malaysia dibawah kerajaan BN. Tapi apa manfaatnya?

Penyakit sosial yang terus membarah tidak akan dapat ditangani dengan pendekatan 1Malaysia. Setiap hari pembunuhan dan rompakan berlaku seperti diceritakan di dalam akhbar tempatan. Kita tidak pernah sepi dari kes seperti ini yang membayangkan penjenayah di negara kita masih mengancam keselamatan rakyat.

Berita mengenai pelacuran tidak pernah ada titik noktahnya. Sentiasa ada pelacur yang ditahan walaupun serbuan dilakukan dan beberapa pusat hiburan yang disita. Kita dibayangkan kerja-kerja menangani masalah sosial ini hanya menjadi tanggungjawab penguasa seperti polis. Sedangkan penguasa yang paling berkuasa ialah kerajaan itu sendiri.

1Malaysia hanya laku atau pakai jika ada majlis rumah terbuka atau aktiviti makan-makan. Perkara lain amat mustahil. Dari segi ekonomi pula apakah telah di 1Malaysia kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan