Diceritakan dalam Surah Saba' mengenai satu kaum yang telah diberi nikmat dan dipimpin oleh Rasul mereka mendapat pengiktirafan Baldatun Toyyibah (Negeri Kebaikan; sila rujuk tafsir akan istilah itu). Tetapi selepas itu, mereka telah leka dan menerima pengajaran dengan banjir yang besar.
Selangor dan Saba' mungkin ada bezanya. Namun pengajaran dari cerita kaum terdahulu seperti kaum Saba' harus diambil perhatian. Mereka adalah satu kaum yang telah melaului laluan kehidupan pada era kehidupan mereka dengan sebuah kisah cerita. Hanyalah yang berbeza pada kita adalah waktu masanya. Perbuatan dan perlaksanaan mereka tetap boleh diulang semula oleh kita.
Syukur, Selangor dapat merialisasikan sebahagian manifestonya. Pemberian air percuma dan pembukaan laluan jalan di Bandar Mahkota Ceras (BMC) adalah antara petunjuk positif kerajaan ini. Banyak lagi pencapaian yang mungkin mereka akan miliki kelak.
Selain itu, hampir kebanyakan tokoh agama dapat kembali ke masid di sekitar Selangor. Jika dahulu mereka digam dan dihalang, hari ini mereka mendapat lampu hijau. Barangkali masalah dalam masjid yang tinggal ialah pengurusan masjid yang tidak efisyen sahaja.
Tan Sri Khalid telah melalui selama 100 hari dalam menjadi menteri kepada negeri ini. Umur 100 hari masihlah terlalu muda. Kerja masih banyak demi memperkasakan ekonomi dan memajukan negeri. Yang paling penting bagi negeri Selangor adalah mendapat pengiktirafan dalam Al-Qura'n. Negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun. "- Saba:15