Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label Zahid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zahid. Papar semua catatan

Isnin, 21 Disember 2009

Arah Bersara?Citt!!


Kadang-kadang ini lah bahasa Melayu, penuh bermadah dan beralas. Hendak ditelan mati mak, hendak diluah mati bapak. Susah juga untuk berterus terang.

Insiden yang memalukan negara iaitu berkaitan dengan kes kehilangan enjin jet. Dari media, mereka ada berlaku pasar gelap. Musnah negara kena jual dalam senyap-senyap.

Adakah ini yang pertama, atau pertama kali dihebahkan. Akibatnya beberapa tentera termasuk pegawai ditahan. Mereka juga diarah bersara. Arahan dalam tentera tidak boleh dilawan, kalau putih warnanya, putih lah sebutny sekalipun ia warna hitam.

Pendek kata arah bersara sama dengan makna anda dipecat! Namun hukuman lagi keras mesti dikenakan jika sabit kesalahan tambahan pula mereka adalah anggota beruniform dan berkuasa. Mesti ganda.

Kebiasaan kes tentera akan diselesaikan secara dalaman sesama mereka. Hebah-hebah pun masa awalnya sahaja, selepas itu sepi semula. Ini biasalah, namanya isu! Menteri pertahanan ketika itu mesti jawab dan dia juga perlu diheret kekandang saksi.

Selasa, 26 Mei 2009

Zahid Yang Lari Dari Medan Perang


Aduh, seorang ketua tentera yang cukup mempunyai kuasa, tenaga, upaya dengan tidak semena-mena mencicit lari meninggalkan medan perang. Belum lagi bertemu buku dan ruas, Zahid sudah lintang pukang berlari. "Lari!Lari!Lari!"

Debat PAS-UMNO yang dijangka akan diadakan malam ini telah menobatkan buat masa ini Husam sebagai pahlawan. Pahlawan yang cukup menggentarkan musuh. Dengar namapun dah cukup mengecut perut ahli UMNO. Hebatnya orang PAS, mereka berpegang kepada Islam sebagai hujah.

TIndakan ini menyebabkan prestasi Zahid merosotlah. Dahulu Rais tarik diri, sekarang Zahid. Merosot..merosot. Kalau tuan bijak bestari kenapa enggan berdebat.

Bak Hishamuddin lah yang tidak mahu berdabat apabila diajak. Katanya satu masa dahulu, tak payah la berdebat, kalau ada apa-apa nak suarakan, datanglah jumpa, berbincang. Hei! Debat baru jantan...

Rabu, 6 Mei 2009

Tunggu..Nanti lah

Selain Dun Penanti yang bakal ada pilihanraya kecil. Rakyat menanti jugak beberapa perkara dari UMNO. Semangat 'Ubah atau Rebah' masih tidak nampak apa yang mereka nak ubahkan. Adakah menghapuskan hak bumiputera dalam isu 30% dulu itu perubahan UMNO? Di sini akan dinyatakan apa yang rakyat menanti:
  1. Siapalah calon layak bagi BN untuk bertanding di DUN Penanti. Tunggu punya tunggu, orang sana pas sani, sini pas sini, ini semua dolak dalih dengan permainan politik murahan BN. Kata taknak bertanding, tapi nak fikir balik nak bertanding ke tak. Cuba la cakap terang-terang, rakyat tengah melihat, rakyat tengah tunggu.
  2. Walaupun pembebasan tahanan ISA telah dibuat tetapi hal mengkaji ISA masih tidak nampak hasilnya. Apa lambat sangat nak mansuhkan ISA, kan rakyat dah menolak akta yang tidak adil ini. Kalau gentle, tutup je ISA ni.
  3. PPSMI sampai dua perdana menteri yang uruskannya pun masih tak selesai-selesai. Masih nak buang masa itu dan ini. Kenapa tak nak dengar nasihat dari para sasterawan negara? Kalaulah rasa PPSMI itu masih relevan, ayuh buktikan pada rakyat dan mari berdebat.
  4. Bercakap soal debat, kita tengah tunggu juga Rais Yatim yang dulu konon nak berdebat dengan Zahid berkaitan isu antarabangsa berhubung tulisan wartawan Perancis kepada Perdana Menteri. Kalau dulu Shabery berani debat, sekalipun berbuih jugak mulut, tapi kita puji sebab berani. Alahai Rais, jangan tunggu lama-lama lah, nak tunggu isu itu jadi lapok ke? Taktik lah tu kot.
  5. Rakyat masih menanti kesudahan isu Perak ini. Kalau BN tidak buat onar, takkan lah berlaku apa yang kalut sekarang ini. Cari pasal betul lah, ajak buat undi demokrasi tak nak pulak. Lepastu suruh SPR haramkan pondok panas dan hadkan penyokong. Masa di Bukit Gantang dahulu, penyokong Pakatan memang sangat ramai. Mereka nak sokong biarlah, kenapa nak sekat-sekat pula.
Oh oo..penantian..

Jumaat, 10 April 2009

Rempah Ratus Di Dalam Kabinet

Najib sebagai kepalanya. Kepala dalam pentadbiran dasar negara yang terdiri daripada menteri dan para timbalan yang lain. Sebagai kepala, seluruh anggota akan hanya mengikuti kepala, kerana kepala adalah anggota utama dalam sebuah jasad.

Pemilihan Najib dalam membentuk kabinetnya adalah seumpama sebuah percaturan. Hanya menyusun orang-orang tertentu untuk diletakkan ke dalam suatu pos tertentu. Samada terbukti mereka berjaya atau tidak, sebab itulah Najib membina paradigma baru dan mementingkan prestasi. Jika beliau memantau prestasi menterinya secara peribadi dan langsung, rakyat sudah lama menghitung prestasi peribadi dan langsung Perdana Menteri itu.

Prestasi pertama sudah jatuh dengan kalahnya BN dalam pilihanraya kecil. Signal ini cukup jelas kepada Najib, dan beliau juga tidak menjawab kelemahan yang dikaitkan dalam pentadbirannya. Prestasi peribadi pula berkaitan pembunuhan Altantuya dimana pada hari yang sama beliau mengumumkan senarai kabinet, kedua polis yang dikambinghitamkan menerima hukuman mati. Adapun usaha pembangkang untuk bertanya dan mengetahui hal itu dalam persidangan Parlimen, mereka telah dikenakan tindakan!

Mengapa harus Mahathir sekali lagi mencampuri atau sibuk-sibuk nak komen urusan negara dan kerajaan? Bukankah lelaki tua itu telah mencampuri urusan Abdullah dahulu. Proses pemilihan kuasa ini menjadi suatu perhatian Mahathir dan semua komen dan kritikannya disegarkan oleh media. Bahkan, Abdullah juga adalah bekas Perdana Menteri, tetapi Abdullah diketepikan dalam liputan media setelah meletak jawatan. Perlantikan Mukhriz menjadi Timbalan Menteri mengukuhkan lagi hujah ini.

Kementerian yang kritikal seperti KDN, Pertahanan, dan Kewangan dikawal ketat oleh Najib. Kawalannya ialah agar kepentingannya dan negara dijaga supaya beliau boleh menjadi PM yang berkuasa penuh. Menteri KDN atau ISA iaitu Hishamuddin suatu yang rakyat dapat tidak masuk akal. Isu PPSMI yang masih belum selesai oleh Hishamuddin adalah tamparan buat KDN menghadapi cara kerjanya itu. Zahid Hamidi akan memakai pakaian celoreng dan memegang senapang. Zahid naik pangkat, menjawat jawatan yang popular dan ada askar yang setia.

Tema 'Rakyat didahulukan' menjadi tanda tanya. Ada menteri yang telah kalah dalam pilihanraya bagaimana boleh diangkat menjadi menteri lagi. Nampaknya pilihan Najib diutamakan dan kemudian barulah rakyat. Jika orang yang telah ditolak oleh rakyat menjadi menteri kepada rakyat juga, kenalah menteri itu tebalkan muka.

BN jangan sesekali menggunakan perkataan 'Rakyat' kepada kabinet dan dalam apa jua usahanya. Rakyat telah berpakat menjadi Pakatan Rakyat. Jika BN benar-benar merakyatkan partinya, mana mungkin kalah dalam PRK yang lalu. Rakyat mahukan 'good governence' yang beriman, berakhlak, dan berkebolehan serta berfikiran tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan