Follow je lah..


Sabtu, 14 Jun 2008

Beratur Lagi

Sebelum ini rakyat telah bersusah payah untuk beratur di stesen minyak kerana kenaikan harga minyak. Malah kesesakan lalu lintas juga turut berlaku. Ada yang tidak sempat solat, makan, dan pelbagai lagi. Minyak punya pasal, rakyat terpaksa bersusah payah.

Hari ini pula rakyat sekali lagi perlu beratur dan bersesak-sesak. Mereka memenuhi Pejabat Pos Malaysia sejak awal pagi sehinggalah pada waktu petangnnya. Rebat punya pasal, rakyat bersusah payah.

Duit sebanyak RM625 setahun sebagai rebat terlalu kecil kadarnya. Namun, selagi namanya duit, manusia sedia bersesak-sesak. Contoh seperti kenaikan harga minyak, kerana tahu bahawa harga akan naik, rakyat terdesak!

Hakikatnya, setiap duit dari kerajaan, adalah duit rakyat. Ini kerana jika negara tanpa rakyat, ia seumpama sebuah tempat di selatan Malaysia, Batu Tengah (ada tapak, tetapi tiada orang). Sekalipun duit subsdi, duit itu asalnya duit rakyat.

Beban dan terbeban. Kerajaan sekarang ini banyak menyusahkan rakyat. Masalah terus bertambah sejak minyak dinaikkan.

Jumaat, 13 Jun 2008

فذکر ان الذکر تنفع المومنین- ·١


Tidak sama sekali pengalaman berada di dunia dahulu dan kini berada di alam kubur. Dahulu aku bebas bergerak ke mana sahaja arah yang ingin ku kehendaki tetapi sekarang di sinilah sahaja aku berada. Tempatnya yang muat-muat sekujur diriku.

Dahulu aku boleh tidur lasak di atas tilam. Apabila atas tanah kini, badan sudah dibedung dengan kain putih dan tempat pula sempit. Apabila dihimpit, tulang rusuk ku bersilang-silang dan bertautan. Sangat ngeri pengalaman ini.

Siang dan malam bagi ku sama sahaja. Tiada langsung lubang yang mampu untuk ku mengintai siang atau malam di luar sana. Di sini hanya sentiasa gelap gelita ditambah lagi dengan mataku yang sudah tertutup rapat. Bagaimana untuk ku mendapat cahaya jika beginilah keadaannya.

Aku seorang diri sahaja. Tiada kawan untuk ajak bersembang atau bersiar-siar apatah lagi untuk bermuzik. Tempat ini sangatlah sunyi. Jiran-jiran sentiasa ada tetapi masing-masing sedang sibuk menerima perkiraan amalannya. Kau kau, aku aku.

Sakit sebenarnya sepanjang aku menetap disini. Kesakitan sentapan malakul maut belum sembuh. Itu lah yang paling sakit. Selain badanku menjadi ulaman ulat-ulat dan kadang kala kala jengking, memang terasa kesakitannya.

Dari tanah aku dijadikan kepada tanah aku kembali. Hancur badan dikandung tanah. Dengan keadaan aku sebegini, aku malu untuk berjumpa sesiapa kenalan ku. Lumrahlah, mataku sudah ditebuk, perutku pecah, dan isi badanku terdedah. Ah, aku tidak sanggup lagi menceritakan fizikal aku ini. Biarlah aku di sini. Seorang diri. Tolong!!!

Khamis, 12 Jun 2008

Relevenkah Gaji Dua Kali Sebulan

Kerja bertambah banyak jika gaji dibayar dua kali sebulan. Mungkin benar boleh mengurangkan beban, tetapi pada masa sama, idea ini mebebankan sesetengah pihak. Malah keadaan semakin kelang kabut.

Hujung bulan kebiasaannya akan dimanfaatkan untuk bersama keluarga atau rakan. Apabila gaji masuk dengan bayaran yang berpatutan, ia dapat menanggung sekurang-kurangnya kos sara diri bagi sebulan. Contohnya, bayaran ansuran pinjaman setiap bulan mampu dilunaskan.

Sebagai kakitangan awam biasa, gaji adalah antara seribu lebih jika dibahagi dua nilai semakin susut. Mampukah membayar bil atau sebagainya jika genap sebulan hanya berdasarkan pertimbangan dan kebijaksanaan pengurusan wang masing-masing.

Kerja seperti ini makin melecehkan dan menganggu kelancaran pengeluaran wang bagi seseorang. Wang gaji yang diterima pada pertengahan bulan harus disimpan sedikit untuk bayaran kos setiap hujung bulan. Nasiblah bagi sesiapa yang gagal mengawal pengaliran wang, setiap bulan kadar perbelanjaan menurun.

Inilah yang dinamakan oleh orang Melayu, tiada penyakit tetapi cari penyakit. Perkara yang molek diubah lagi supaya kerja bertambah lagi. Jika gaji RM25000 sebulan seperti menteri pasti tiada masalah jika dibahagi dengan dua tetapi rakyat tidak seperti itu. Mereka tidur di dalam mahligai, rakyat kerah keringat mencari wang siang dan malam.

Rabu, 11 Jun 2008

Menikmati Air Percuma


Selangor pada bulan ini akan menikmati air percuma seperti yang dijanjikan. Inilah konsep kebajikan yang sukar untuk didapati. Secara logiknya, air yang merupakan perkara asas, mestilah dibekalkan kepada semua tanpa mengira kaum atau darjat. Ia seumpama anak, bapa hendaklah memastikan pakaian diberikan kepada anaknya dengan terbaik sekali.

Air dicincang tidak akan putus. Sebuah perumpamaan berkaitan hebatnya air ini. Malah semuanya dicipta dari air seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Biar tidak dapat makan, tapi jangan takdapat air. Maka tanggungjawab siapakah yang mebekalkan air kepada rakyat? Jawapannya ialah kerajaan Selangor.

Percuma hanya pada beberapa isipadu juga. Jika kegunaan air lebih banyak dari itu, bayaran tinggi akan dikenakan. Demikianlah konsep mengajar cara berjimat cermat. Mudah-mudahan rakyat Selangor berjimat cermat dalam segala aspek.

Mungkin ada negeri lain yang rasa iri hati dengan kemudahan seperti ini. Sepatutnya perkara ini tidak perlu dipauti rasa cemburu kerana ia adalah soal tanggungjawab. Sekiranya Pakatan Rakyat menjamin kebajikan, mengapa tidak harus diberi peluang mereka untuk mentadbir negara pula.

Jika janji Selangor untuk memberi air percuma telah dirialisasikan, janji Pakatan Rakyat peringkat pusat adalah untuk menurnkan harga minyak. Percaya atau tidak percaya hal ini, Anwar serius dalam memperkatakannya.

Semoga rakyat Selangor hidup bersih dan sihat serta berjimat lebih-lebih lagi tatkala ini. Masalah air hampir selesai di Selangor, kini menanti masalah lain pula. Dengan pelbagai ujian ini mudah-mudahan MB Selangor bijak dan tidak tersalah langkah.

Selasa, 10 Jun 2008

Tahi-tahi Universiti


Gejala universiti menjadi kambinghitam orang politik memang sudah diperkatakan. Daripada pembantu am sehinggalah kepada kepimpinan pentadbiran universiti bersentimenkan senario politik negara. Mahasiswa apatah pula.

Tidak dinafikan wujud usaha 'menyelamatkan' universiti oleh UMNO. Cerita mahasiswa yang telah dihidang dengan menu aturcara ala UMNO mungkin tiada kesudahan dicapai. Selagi mana kepimpinan universiti tidak jujur atas nama 'universiti' sebagai sebuah gudang ilmu ataupun menara gading, maka kelam kian bertambah.

Hakikatnya universiti adalah teras akademik. Tidak dinafikan juga universiti berhak memberi pandangan atau kritikan pada dasar negara. Hanya ada segelintir pak menteri dan pak bekas menteri yang berlatar politik berkecimpung untuk mentadbir dunia akademik.

Isu Sanusi Junid dipecat adalah antara karektornya. Ujar beliau beliau dipecat atas sebab yang tidak munasabah. Dolah menjadi suspek beliau mengapa dipecat. Maka kementerian menafikannya. Suka atau tidak, Sanusi perlu tahu, itulah resam politik UMNO. Teringat kata YB BN satu waktu dahulu "You tak suka, you get out!".

Keharmonian dan keilmuwan sentiasa dicalar oleh manusia yang seperti ini (bukan bermaksud Sanusi). Manusia yang porak perandakan universiti kerana sentimen politik. Dengan konsep sempit iaitu 'universiti kerajaan mesti sokong kerajaan' membantut perkembangan keintelektualan dari dalam universiti. Maruah universiti seolah ditelapak kaki.

Keilmuwan yang sentiasa berpanjikan kebenaran menjadi agenda utama universiti. Universiti bukanlah dipegang oleh pencatur-pencatur politik atau badutnya, tetapi universiti mesti dipimpin oleh mereka yang profesional dalam keilmuwan. Mereka yang pakar lagi arif dalam bidang ilmu dan benar-benar ikhlas menyunjung ilmu itulah yang harus diketengahkan menjadi nakhoda universiti-universiti.

Universiti tempatan, kembalilah ke landasan keintelektualan. Di sini kota yang kaya ilmu lagi kota yang mulia.

Isnin, 9 Jun 2008

Mogok Mesti Dijalankan


Kenaikan harga minyak tidak hanya dipandang sepi kerana tempiasnya mengena sesiapa sahaja. Sekarang barang-barang sudah naik harga dengan cepat dan kuasa membeli rakyat semakin terhad. Rakyat mula berfikir cara untuk berjimat cermat dan ada juga yang masih marah. Marah kepada Dolah kerana kenaikan harga ini.

Jika dilihat semula, pengumuman minyak adalah langsung tidak profesional. Dolah mengumumkan dalam jangka masa yang rapat antara waktu penguatkuasaannya. Maka rakyat terus menjadi hilang arah terpaksa mengisi tangki minyak dan meninggalkan kerja-kerja lain. Haruslah diketahui pada waktu petang hingga malam, bukan kerja rakyat untuk isi minyak semata-mata kerana banyak komitmen lain. Ada juga kerana beratur mengisi minyak, solat telah diabaikan.

Apabila pesta naik harga barang berlangsung selama 3 hari sejak pengumuman dibuat, barulah Dolah bersama kawan-kawannya mahu merencanakan bagaimana mengurangkan beban rakyat. Inilah satu tindakan yang lambat dan sepatutnya dibincang lebih awal sebelum kenaikan harga minyak. Jelas, menteri-menteri BN tidak terasa bebannya malah cadangan memotong elaun menteri dikira tidak rasional.

Berat tidak sama diukul, tetapi ringan sama dijinjing. Kerajaan mahu rakyat bertenang tetapi ketenangan tiada diarasai. Bahang panas bakaran minyak membakar suasana. Rakyat pasti akan berprotes dan itulah yang sedang direncanakan kni. Kenaikan harga minyak harus dibayar dengan cara ini. Mogok, mungkin salah satu caranya.

Negara-negara membangun rakyat mereka membangun juga akalnya. Tidak berdiam diri jika kepala sudah diketuk. Mogok-mogok yang agak kritikal yang mana pernah dijalankan di luar negara menjadi pemabngunan negara mampu terbantut. Mogok boleh dijalankan dengan cara semua orang tidak berkerja untuk satu atau dua hari. Tanda kita tidak setuju!

Ahad, 8 Jun 2008

16 September 2008

Ini bukanlah tarikh hari lahir atau ulangtahun. Tersebut ialah tarikh yang mana dipercayai beberapa YB BN melangkah keluar dari rumah bunglow (BN). Bilangan yang keluar ini besar dan impaknya mampu menukar sebuah kerajaan.

Nyata kerajaan sekarang sudah tidak popular lagi. Akan tetapi kuasa yang ada pada tangan mereka telah membenarkan mereka untuk terus berkuasa. Dalam kegagalan menangani isu seperti Batu Putih, Minyak, dan Harga Barang mencerminkan kelemahan pentadbiran.

Anwar sekali lagi mengetuk pintu rumah bunglow. Ketukan itu katanya telah dijawwab seperti mana perancangannya. Maka jika benar perkara ini berlaku, sekali lagi politik Malaysia dicorakkan.

Jika mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mesti dahulu menjadi ahli parlimen. Oleh itu, beliau telah berikrar, akan menjaya serta merelialisasikan agenda itu. Pastinya bagi Pakatan Rakyat, agenda rakyat adalah perkara utama dan barulah diikuti dengan matlamat peribadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan