Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label Nik Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nik Aziz. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mac 2011

Kalau BN Tiada Malu, Lakukanlah Apa Sahaja





Perang psikologi sejak pengumuman calon bertanding telah bermula. Kedua-dua tempat iaitu Kerdau dan Merlimau menjadi tempat yang panas. Bukan disebabkan matahari yang panas, tetapi sebab

Jumaat, 18 Februari 2011

Sajak Dr.Maza buat Sultan Muhammad V


Dr. Maza menulis sebuah sajaknyaBagi melihat koleksi gambar baginda sila klik di sini

Isnin, 7 Disember 2009

Orang yang Akan Pecah Perutnya


Makan benda haram kadang kala kini boleh dipandang sebelah mata. Mana tidaknya, sejak menjadi anak kecil lagi, ibu bapa merela anaknya makan pada benda haram. Contohnya makan makanan yang tiada kesahihan halal atau mengambil kekacang yang dijual secara terbuka di pasar raya.

Apabila sudah besar, darah haram menjadi daging. Apatah lagi orang itu yang bergear ketua, pemimpin, dan sebagainya. Apatah lagi orang itu lah yang membuat dasar dan tergamak merampas harta rakyat, anak miskin dan yatim piatu. Itulah umpamanya jika royalti tidak diberi kepada mereka yang berhak.

Orang yang makan pada benda haram, doanya tidak dimaqbulkan dan layak dimamah ileh api neraka. Nauzubillah. Kadang kala di dunia lagi sudah diebri balasan seperti hidup tidak bahagia, harta tidak pernah cukup, dan hidup penuh dalam takut.

Orang yang zalim sudah Tuhan sendiri meletakkan mereka pada lurah kebinasaan. Siapakah orang yang zalim itu?

Kerana duit, manusia hilang saudara dan bunuh sesiapa. Jika ada satu telaga minyak, mesti lagi mahu telaga minyak yang kedua, jika ada dua, mesti mahu yang ketiga. Inilah karenah kita manusia.

Royalti adalah su yang tidak dapat dilindung lagi. PAS telah bermain baik dengan isu ini untuk meruntuhkan pasukan UMNO. UMNO pula kelu untuk berhujah dan tidak lain membebel-bebel dalam surat akhbar mereka.

Selasa, 1 Disember 2009

BN Mengalihkan Isu Royalti


BN memang macam itu, mengamalkan politik murahan. Sejak kebelakangan ini lebih teruk lagi apabila BN dan konco-konconya sedaya upaya menghentam Tuan Guru Nik Aziz. Selepas satu-satu isu, sehingga sekarang mereka masih tidak serik.

Barangkali pada pandangan mereka, Tuan Guru Nik Aziz adalah satu nadi yang menjadi Kelantan dikuasai PAS dan Pakatan menjadi kuat. Sebab itulah mereka sedaya upaya tanpa henti berusaha melemahkan semangat TGNA dan menggoyangkan pentadbirannya. Biasanya ia timbul kerana sifat hasad ataupun teknik alternatif yang dipanggil teknik kotor.

Kerajaan Kelantan menuntut royalti. Itu hak mereka! Sekian lama mereka meminta agar dipulangkan semula sejak dari zaman Mahathir hinggalah ke zaman Najib. Semua PM tidak mengutamakan rakyat, sebaliknya rompak duit rakyat.

Minyak yang ada itu adalah milik Kelantan. Nilainya terlalu berharga mahalnya. Oleh itu, kerajaan pusat tidak mahu Kelantan yang ditadbir PAS memiliki kekayaan itu. Pun begitu PAS menuntut hak itu bukan kerana tamakkan harta dan wang, tetapi ia hak rakyat Kelantan.

Oleh itu, BN cuba menutup isu ini atau mengalihkan pandangan rakyat. Cuba menggembar gembur isu doa TGNA dan mewujud kontreversi yang baru. Hal royalti kerajaan pusat tidak pernah berani berbincang secara terbuka apatah lagi berdebat pula.

TGNA berdoa, kita 'amin' bersama. Doa adalah senjata mukmin. Kecelakaan besarlah bagi orang yang zalim seperti mana yang termaktub di dalam Al-Quran. Bala untuk mereka supaya mereka menerima setimpal apa mereka lakukan.

Selasa, 27 Oktober 2009

Agar PAS Kukuh


Masalah dalaman yang kurang menyenangkan menghantar satu isyarat yang mesti disegerakan. Perjalanan yang terumbang-ambing akan memudahkan kita jatuh. Apa masalah mestilah dihalusi dan di siasat dengan cermat agar tiada salah faham.

Menjadi resmi PAS untuk bermesyuarat dan taat kepada kepimpinan. Namun, ujian yang menimpa begitu berat sehingga dua arah tersebut kadang-kala tercuai sedikit dari jalannya. Apapun, tiada masalah yang tiada penyelesaiannya selagi kita terus bertaqwa.

Kita mendoakan satu-satunya parti Islam di negara ini membuat keputusan terhebat dan terbaik. Hubungan sesama kita tidak terjejas akibat hanya masalah dalaman kerana kita semua wajib patuh apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Musuh di luar sentiasa mengintai mencari di mana kelekaan kita kerana di situ mereka akan menyerang. Walaupun sekecil zarah silap kita, maka sebesar alam akan mereka hebahkan. Lihat sahaja Mingguan pada hari Ahad yang lalu.

Kita yakin, kepentingan Islam lebih penting daripada peribadi atau jawatan. Andai ada terpaksa undur pergi, undurlah sebagai gentleman dan pahlawan yang telah terbilang. Usah jadi seperti UMNO, mengundur diri setelah dibuang. Terus dibuang sehingga ia bagaikan sudah tiada lagi di negara ini.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Merdekakan Diri Dari Menjadi Pak Turut Manusia


Itu adalah nasihat daripada Tuan Guru Nik Aziz. Ujarnya mahukan manusia ataupun khususnya orang Islam agar menuruti perintah Nabi Muhammad SAW. Mentaati ketua ada batasannya selagi tidak lari dari dasar yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Keadaan menjadi pak turut membuta tuli akan membinasa diri. Termasuklah sekali dalam pasukan beruniform. Kita ada Tuhan iaitu ALLAH, dan itulah tempat taat setia kita sepenuhnya. Dalam erti kata lain, kami dengar dan kami taat kepada ALLAH.

Kerana takut akan hilang kerja dan menerima susah, orang sedia mentaati manusia dan menggadaikan ketaatan kepada ALLAH. Perkara ini lah yang akan mendatangkan kemurkaa dan akhirnya kita menerima bala seperti H1N1. Maka ini bukan soal yang remeh lagi.

Biasa juga terjadi kepada para wartawan yang tidak jujur dalam melaporkan sesuatu berita demi mengikut dasar gelap oleh editor mereka. Kata Nabi, katalah benar walaupun ia pahit. Sesetengah mereka menyembunyi maklumat dan lebih teruk, memalsukan maklumat sehingga tercalar aib seseorang itu.

Ahad, 28 Jun 2009

Ayah Pin Bergambar Dengan Penyokong BN


Ayah Pin ni dah tangkap ke? Ataupun masih bebas mengamalkan kepercayaan yang sesat lagi menyesatkan. Tak tau apa cerita lelaki tua ini. Barangkali tak mengancam keselamatan negara gamaknya.

Ayah Pin ini ajaran sesat. Hidup tak pakai al-Quran dan Hadis. Ada pengikut yang tegar. Hati sudah tertutup dari sinar Islam. 'Kerajaan Langit' yang dipopularkan oleh puak ini sangat merbahaya. Siap cium kaki Ayah Pin. Syaitan, syaitan, syaitan...

Kita tak nafikan UMNO lebih baik sedikit dari Ayah Pin. Sebab UMNO ini adalah kerjanya kepada masyarakat. Dari segi pegangan kepada Islam, ini yang musykil kenapa TG Nik Aziz berkata UMNO dan Ayah Pin itu sama.

Hidup kalau tidak ikut al-Quran dan Hadis, adalah kehidupan yang tersasar dari landasannya. Dalam erti kata lain, ia sesat. UMNO tak pakai sangat al-Quran dan Hadis. Pakai hanya perintah pihak atasan. Hanya digunakan untuk majlis-majlis sahaja, sebaliknya dari segi yang lain seperti amar makruf nahi mungkar, gagal!

Ini sangat bahaya kepada masyarakat. Pemimpin yang tidak baik, tidak akan dapat memimpin rakyat dengan baik. Seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Berapa ramai anak muda yang telah jauhnya dia dari kehambaan kepada ALLAH disebabkan UMNO. Fikirlah sendiri kemungkaran yang diadakan oleh UMNO.

Oleh itu siapa yang nak minta bertaubat, UMNO ke PAS? Muhyiddin ke TG Nik Aziz?

Selasa, 23 Jun 2009

Ok...PAS Dah Selesai. UMNO?

Masalah kerajaan perpaduan telahpun selesai secara mesyuarat kepimpinan. TG Nik Aziz pula telah menarik kenyataan keras beliau kepada YB Nasha. Kini PAS sudah sepakat dan teruskan perjuangan mereka menjayakan negara yang beramanah dan kebajikan.

Hal kerajaan perpaduan dalam PAS sudah tidak timbul lagi. Jika ada pun, ia bukan lagi dari sumber-sumber rasmi PAS. Hal ini sekali sekala boleh merencatkan perjalanan gerakan parti itu sendiri andai tidak diselesaikan secara syura seperti malam semalam.

UMNO belum ada mesyuarat lagi berkaitan hal ini. Kita hendak lihat juga apa respon UMNO daripada keputusan PAS ini. Apakah Najib mahu menghulur tangan lagi untuk me'merangkap' pembangkang mereka? Tidak mungkin. Semangat perpaduan dalam PAS dan Pakatan tidak dapat diretakkan semudah itu.

Kalau fail kerajaan perpadaun sudah ditutup. Apa modal UMNO pulak kali ini untuk bermain tarik tali dengan PAS? Sepatutnya masa ini UMNO cuba selesaikan masalah kerajaan di Terengganu, biar nampak sedikit kebijaksanaan tu. Tapi hati-hati, Manek Urai, UMNO apa cerita?

Sabtu, 20 Jun 2009

Antara Dua Tok Guru Tiada Perbalahan


Kita sekali sekala biasa melihat perbezaan pendapat antara dua Tok Guru iaitu Nik Aziz dan Haji Hadi. Inilah yang menarik sebenarnya untuk kita lakukan sedikit analisis. Adakah perbezaan antara mereka sesuatu yang ketara sehingga meretakkan parti, tidaklah sehingga itu sebenarnya.

Perbezaan pendapat sebenarnya adalah bukti percambahan idea. Contoh terhangat dalam isu Kerajaan Perpaduan. Kita dikhabarkan bagaimana kedua-dua mereka kontra sama sekali dalam membincangkan kerajaan perpaduan. Tetapi, sebenarnya tidak.

Dalam Harakah tarikh 19-21 Jun 2009, telah dibincangkan secara panjang lebar. Dapatkan segera!. Diterangkan bahawa mengapa TG Nik Aziz bertegas untuk tidak menerima idea terbaru itu demi semangat syura dan pakatan yang telah kukuh dibina bersama para pembangkang lain. Buat masa ini, tidak sesuai sekali bagi mewujudkan kerajaan perpaduan hatta termasuklah definisi 'unity goverment' (UG) itu tidak tepat untuk mewujudkan kerajaan tersebut.

TG Haji Hadi mahukan kerajaan yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai teras pemerintahan. Inilah syarat utama yang sudah lama PAS hulurkan untuk UMNO menerimanya. Jika syarat ini tidak diterima, lupakan sahaja segala persahabatan atau cinta terlarang dua parti ini. Dua perkara pokok ini sentiasa diselindungkan oleh media UMNO.

Namun TG Haji Hadi berniat agar suatu hari ideanya (UG) akan diterima. Tiada siapa yang menghalang untuk memperbaik sesebuah kerajaan dengan cara aman dan hikmah. Cuma rasanya, sekarang bukan lagi sesuai untuk PAS bersama UMNO. UMNO cukup suka jika PAS seolah yang terhegeh-hegeh hendakkan mereka. Itu tandanya, UMNO lebih diperlukan daripada PAS.

Khamis, 18 Jun 2009

Nasha Ditempeleng TGNA



"Pap!!!!!!!!!!!"



Satu 'tempeleng' yang kuat terlekat di pipi Nasha diberikan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Ini bukan hal main-main bagi TGNA tentang apa yang Nasharudin (Nasha) usahakan mengenai apa yang disebut kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Idea sebenar yang dibawa oleh Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) sudah pun ditarik balik sendiri oleh beliau. TGHH cepat-cepat menarik balik sebelum muktamar yang berlangsung sebelum ini lagi supaya beliau tidak terus mencetus masalah lebih besar dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Nasha, Timbalan Presiden PAS menerima tamparannya itu. Beliau juga adalah orang kanan dalam PAS diingatkan beberapa kali akan masalah kerjaaan perpaduan usahlah dipanjangkan setelah TGHH tidak lagi memberi kenyataan mengenainya. Puak UMNO memang suka sangat berpadu di saat mereka lemah. Ketika lemah, UMNO mulalah mahu berpaut pada lawan dengan sedangkan sifat kemunafiqan yang kita sedia tahu.

Tempeleng yang sebenar dimaksudkan ialah amaran keras dari TGNA. Ujar Tuan Guru, andai ingin terus menerus dengan idea kerajaan perpaduan yang bukannya dari idea parti serta Pakatan Rakyat, letkalah jawatan dalam PAS dan ahli parlimen Kelantan. Sedangkan, beliau baru sahaja ditaklif untuk memegan jawatan kedua terpenting dalam organisasi itu, yang mana Husam Musa telah tersingkir dalam persaingan jawatan tersebut. Ini adalah peringatan terbesar.

"Apa buat sampah, menyusahkan,"

Adakah Nasha akan keluar dari PAS? atau Nasha sedia menarik balik semua kenyataannya berkaitan hal ini dan meminta maaf secara terbuka kepada rakyat dan Pakatan Rakyat? Maka itu sahaja pilihan yang ada untuk beliau. Teguran dari TGNA adalah suatu yang perlu diberi perhatian kerana TGNA bukanlah sebarangan pemimpin.

Teguran ini adalah bola tanggung untuk BN smash tepat ke Nasha. UMNO berjaya ketika ini kerana dapat smash dan mendapat satu mata dari Nasha. Apa lagi media UMNO seperti akhbar dan elektronik akan ambil peluang ini cukup-cukup untuk memberi gambaran negatif dan kontrevesi yang saja-saja dibuat terhadap hubungan antara Nasha dan TGNA berhubung kerajaan perpaduan.

Sabtu, 16 Mei 2009

Keahlian PAS Bukan Islam: Sila Undi

Di samping PAS sedang sibuk dengan pemilihan calon mereka sebelum bermulanya muktamar, PAS juga berhadapan dengan isu keahlian bukan Islam. Tuan Guru Nik Aziz telah memberi kata dua mengenainya.

Motto 'PAS Untuk Semua' menguji kewibawaan parti itu. Malah, kemenangan calon PAS dalam PRU sebelum ini dipengaruhi juga faktor dari pengundi bukan Islam. Atas apa undian mereka, samada kerana menerima pendekatan PAS atau kerana sentimen anti BN, suatu tanda tanya.

Di sebelah kanan blog ini ada undian setujukah keahlian PAS di buka kepada bukan Islam. Undian anda mungkin boleh memberi panduan kepada kita. Terima Kasih.

Sabtu, 2 Mei 2009

Merapatkan Sof Kita


PAS masih kuat dan diterima di Malaysia sebagai satu perjuangan untuk menegakkan negara Islam. Tanpa PAS, mungkin tiada parti yang berteraskan Islam untuk membawa sebuah gerakan dakwah. Kerana Islam sebagai tunjanglah, PAS sentiasa relevan dan mendapat banyak kejayaan.

Berikutan sebelum ini dengan beberapa perbezaan pandangan, tafsiran, dan bahasa telah berlaku sedikit kecalaruan. Kita tidak harus terus menerus dalam kekusutan dan tiada kekusutan yang tidak dapat dirungkaikan. Isu melaga-lagakan antara dua pemimpin tertinggi PAS tidak wujud kerana selagi mereka menyuruh kepada kebaikan, kita wajib taat.

Dalam mana-mana organisasi pun, cadangan ada masa ia diterima dan ada masa ia ditolak. Sesuatu cadangan akan melalui beberapa tingkatan pengkajian dan pentilitian dari semua sudut. Itulah yang PAS biasa lakukan. PAS tidak hanya berurusan dengan ahlinya sahaja, tetapi semua rakyat Malaysia yang berbagai latar belakang. PAS untuk semua. Di sinilah akan terasahnya kebijaksanaan PAS.

Sof yang berlubang akan diisi oleh Syaitan. Maka rapatkanlah sof-sof antara kita. Kita tidak pernah bercerai semasa solat dan kita dipandu pula oleh seorang imam. Bersama-sama ruku' dan sujud. Cerminan solat inilah harus dijadikan kafiat kita dalam berjemaah.

Seseorang yang menjadi imam adalah mereka yang paling layak dari segi alim dan akhlaknya. Dan makmum yang dibelakangnya perlulah dikalangan mereka yang alim juga untuk menegur silap jika imam tersalah. Kita tetap sama di hadapan ALLAH dengan tanggungjawab yang cukup berat sedang dipikul.

Jawatan: Antara Rebutan Di Dunia Dan Bebanan Di Akhirat

Selasa, 7 April 2009

BN Hanya Ada Batang


"Suntikan semangat!" itulah ibaratnya kemenangan yang diperoleh rakyat untuk terus bersatu menzahirkan penolakan 100% kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil 7 April 2009 kali ini. Bagi Barisan, kemenangan Pakatan Rakyat adalah satu jarum racun yang terus disuntik lama kelamaan akan mati lesu kekakuan. Inilah suara rakyat tanda demokrasi.

Kemenangan di Perak dengan ternobatnya Nizar sebagai panglima Bukit Gantang menjelaskan segalanya berikutan kemelut MB Perak. Sah, rakyatPerak masih menerima dan mahukan Nizar sebagai pemimpin mereka dari sekecil-kecil kampung hinggalah sebesar-besar negeri. MB Haram, Zambry ditolak rakyat. Kehadiran Mahathir yang 'kunun'nya mahu membantu berkempen akhirnya adalah satu kecacatan seumur hidup buat BN.

Ujar Mahathir, Nizar itu penderhaka kerana mohon derhaka. Tetapi hari ini, seluruh rakyat Bukit Gantang seolah mahu turut sama 'mohon derhaka' kepada Sultan Perak. Harapnya dengan kemenangan ini dapat membuka mata institusi istana dan rakyat Malaysia amnya bertapa besarnya pengkhianatan BN dalam negara ini.

Setelah menang di kedua-dua bukit, Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, dan Mhatahir, Abdullah apatah lagi senyap rapat tertutup mulut mereka. Bagi duit kita belanja, bagi basikal kita kayuh, bagi jalan kita lalu, tetapi ingat!, bagi undi kita pangkah Pakatan Rakyat sahaja. Jelas sebelum ini, selera Najib untuk memenangkan BN di kedua-dua tempat penting ini seperti tiada dan cecah kaki ke Bukit Gantang jua tiada upaya.

Serangan berbentuk peribadi BN kepada Nizar yang kononnya agen DAP dan S.Manikumar sebagai orang yang tiada pengalaman berbanding lawannya sudah tidak boleh diterima pakai. Ketandusan bahan untuk berkempen dan sikap hipokritasi mereka menyumbang kepada kekalahan teruk kali ini biarpun setelah setahun PRU berlalu. Hendak mana ku taruhkan muka yang tak tahu malu ini.

UMNO/BN untuk orang Iban. Mereka tidak layak lagi untuk mentadbir negara dan sudah hilang keyakinan sekalipun bergegar PWTC ketika mereka lantang berjerit pekik pendekar yang berkeris itu. Buang UMNO dan BN jauh-jauh dan jangan diwarisi oleh generasi seterusnya. Hanya penyokong BN yang buta mata hati akan mati dengan aspirasi mereka sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan