Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2011

Taib Di Jangka Menjadi KM Untuk Selama-lamanya

Taib punya power kita tak boleh cerita...semalam semasa sidang media pun, Muhyidin duduk sebelah dia dan Taib duduk di tengah..amacam bro...

Ada kemerosotan dalam keputusan BN. Najib juga mengaku berlaku kegagalan dalam menguasai pengundi di kawasan bandar. Ini membuktikan bahawa BN adalah

Sabtu, 16 April 2011

Guling Taib, Guling BN


Hari ini sahaja..untuk rakyat mengembalikan segala harta kekayaan kepada mereka dari tangan-tangan tua yang rakus dan dari perut-perut yang buncit.

Pangkah ! Pangkah! Pangkah != Rakyat

Sekarang hanya Rakyat vs. BN. Kalau tak ubah hari ini..nescaya

Khamis, 14 April 2011

Sarawak: Standby Eject Button


Tak leh tido bhai kalau BN tak leh menang Sabtu ini..kalau BN kalah, habis la Taib! Mungkin Taib bakal berhadapan serangan jantung seperti mana Mubarak ketika di soal siasat. Tertekan...banyak nak kena jawab..pasal tanah, balak, dan lain-lain..kawan tu dah tua...hahahahaha

Selasa, 12 April 2011

Helikopter BN Kena Smackdown


Takziah kepada seluruh keluarga Arwah Sahimi Ghazali, juruterbang helikopter Muhyiddin yang maut dalam kemalangan udara...

Tiada siapa yang mahu insiden buruk itu berlaku..

Isnin, 11 April 2011

[Video] Wartawan Perkakas. Memalukan..



Kejahilan murakab yang ditunjuk oleh sesetengah wartawan sehingga boleh menjadi perkakas BN amat menjijikkan. Ini kerana sebilangan mereka yang menggadai etika ketelusan dalam wartawan.

Ko kalau artis bole la nak tanya gosip2..terjah2..

Rabu, 6 April 2011

Beruk Sahaja Yang Baca Utusan


Rasa tak tahu lah lag apa nak cakap kalaui masih ada orang beli sebuah akhbar yang penuh dengan munafiq, fasiq, dan kafir. Akhbar yang konon suara perdana tanpa segan silu menjual etika sebuah kewartawanan sehingga boleh memaparkan klip video jahanam.

Jangan tanya mana Najib, mana Muhyidin, mana Nazri atau mana Rais...? 2x5 5x2...

Memang semua ini dah diteliti dan dirancang.

Isnin, 28 Mac 2011

NKRA, GTP, Bla..bla..bla..


NKRA dan GTP ilham dari Najib. Benda yang tak pernah kita dengar sebelum Najib menjadi PM. Semalam, mereka berbicara mengenainya...

Sabtu, 12 Mac 2011

Gegaran Dirasai Hingga Ke KUIS




Gempar dengan gempa bumi apa yang berlaku di Jepun. Kita juga kelang kabut takut bahawa tsunami akan datang..yang ditakutkan dengan tsunami adalah kemusnahan harta benda dan nyawa. Sedangkan semua suatu hari nanti akan mati jua..

Kita tak perlu risau, kerana kerajaan BN pasti akan memberitahu semua selamat. Pelajar kita selamat. Tidak ada apa- apa, semua ok..rakyat jangan risau..

Jumaat, 4 Mac 2011

Lagi Adun BN Rasuah

Saya kira ini berita yang tepat untuk dikeluarkan dua hari sebelum PR kecil. Seorang Adun BN di tuduh dengan 2 tuduhan rasuah. Hah!

Selasa, 1 Mac 2011

Kalau BN Tiada Malu, Lakukanlah Apa Sahaja





Perang psikologi sejak pengumuman calon bertanding telah bermula. Kedua-dua tempat iaitu Kerdau dan Merlimau menjadi tempat yang panas. Bukan disebabkan matahari yang panas, tetapi sebab

Jumaat, 25 Februari 2011

Harga Minyak Tak Naik Hanya Strategi Politik

Pengumuman yang dibuat oleh KPDNKK, bahawasanya harga RON95 dan diesel tidak naik pada saat harga minyak naik meninggi lebih kepada gimik politik. Bagi yang selalu membaca akhbar apabila membaca berita ini akan berkata

Isnin, 7 Februari 2011

Pulang Membawa Iktibar dan Undi




Blog Kopi Secawan mengucapkan selamat kembali semua pelajar atau rakyat Malaysia dari Mesir. Tiket free beb, jangan lah tak balik...kerajaan kita tak meminta satu sen pun dari mereka untuk pulang semula ke tanah air demi keselamatan mereka...ecewah!

Rabu, 2 Februari 2011

Langkah Pencegahan Rusuhan/Demo

  • Laluan atau jalan akan di adakan sekatan atau kita sebut sekatan jalan raya beberapa kilometer dari tempat yang dijangka berhimpun. Ini menyebabkan jalan sesak dan sampai lambat ke office.

Isnin, 31 Januari 2011

Lihatlah Kenaikan Harga Minyak Secara Positif

Berita gembira untuk semua yang menyokong BN, harga minyak RON97 telah dinaikkan. Ini membuktikan bahawa kerajaan begitu serius dalam mendahulukan rakyat. Rakyat perlu sedar harga tol tak naik ok, yang naik harga minyak aja.

Ini membolehkan prestasi diutamakan..mungkin dalam hal ini kerajaan mahu prestasi RON97 yang hebat.

Terima kasih pengundi BN Tenang..

Selamatkah Hospital Serdang?

Ketika Barang Naik, Tok Ai pun Naik...siling Hospital Serdang Runtuh jatuh turun ke bumi.

Stadium runtuh okay lagi sebab orang tak selalu berama-ramai ada, tapi ini hospital. Hospital 24jam sentiasa ada orang dan ramai orang anggap ini tempat selamat.

Adakah bahan bancuh membuat simen sudah dicampur air yang banyak sehingga boleh runtuh? Saya yakin Hospital ini " Satu Lagi Projek Barisan Nasional".

Isnin, 8 Mac 2010

Berita Lucah Dari Berita Harian

Malas nak cakap lah..macam dah takde berita lain dekat Malaysia ni yang boleh tulis atau hebahkan.

Setakat nak kata orang tu tak pakai coli atau tak pakai seluar dalam tak perlulah diletakkan dalam berita. Jatuhlah peradaban pemikiran bangsa.

Rais Yatim perlu buat garis berita..sekurang-kurangnya setelah menjadi lidah BN jangan pula menjadi lidah kedengkelan dalam industri kewartawanan.

Sila klik sini untuk lihat berita lucah itu.

Bruni tak pakai coli tarik perhatian

Selasa, 2 Mac 2010

Menteri Tak Pernah Pergi Pasar Beli Ikan


Sekarang ikan sudah kurang, angkara kerajaan BN. Macam-macam dieksperimentasi kan makanan rakyat. Orang kampung tak tahu apa itu 'insulansi' , yang dia tahu harga ikan dah naik angkara kerja orang yang tak pernah pergi ikan beli pasar.

Kalau ada pun menteri turun pasar ada lah, tu pun jenguk2 tengok harga sahaja..Mereka tak beli, mereka tahu apabila tiba waktu makan atau jamuan jom pergi makan.

Hal ini perlu dikaji semula..jangan ada udang disebalik batu..atau..baling batu sorok tangan.

Makanan rakyat adalah kebajikan yang utama dan jangan pula itu juga mahu dijadikan isu. Noh Omar selalu pergi beli ikan?

Jumaat, 12 Februari 2010

Najib Di Kawal Ketat

Rasanya gambar ini pemimpin bersama rakyat yang dibenteng polis. Macam mana rakyat nak jumpa bertanya khabar dan menceritakan masalah...
Tapi kalau kau fikir ini semua taktik nak raih sokongan orang cina, sebab depa kan nak raya.
(sumber gambar:bharian)

Jumaat, 8 Januari 2010

Maha Mulia Kalimah ALLAH


Isu yang kini hangat. Ada pro dan kontranya dan hebat juga dibahaskan serta menjadi perhatian utama kerajaan. Sebab nama ini bukan nama main-main malah inilah nama yang paling agung dan paling mulia.

Sebahagian pihak tidak setuju nama ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Jika kita lihat skop perbincangan sebenar, hal ini meletus kerana ada perbicaraan berkaitan isu ini di mahkamah. Isunya kerana ingin digunakan kalimah itu oleh pihak gereja. Sebagaimana kita tahu, ajaran Kristian adalah ajaran syirik kerana menyamakan ALLAH dengan yang lain dan seumpamanya. Sebab itu kita melawan mereka menggunakan kalimah ALLAH bagi konteks agama mereka itu. ia adalah kufur.

Pendapat kedua yang membenarkan kalimah ini digunakan ialah mereka yang menilai pada skop yang lebih umum. Sejajar denga ayat ALLAH yang bertanya siapakah yang menjadikan langit dan bumi, maka kaum kafir menjawab "ALLAH". Ini benar, ia ayat alQuran. Dalam hal ini kaum kafir mengakui kesaan ALLAH, yang menciptakan langit dan bumi ialah ALLAH bukannya 'tuhan' sembahan mereka.

Jika dari aspek itu, kita setuju sama sekali mereka menggunakan kalimah agung tersebut. Cuma kita tidak bersetuju jika mereka gunakankalimah itu untuk menyesatkan umat Islam dan menghina Islam.

Inilah perbincangannya yang selalu dikaburkan. Kita lihat sekarang situasi negara kita yang mana pihak tertentu selalu memprovok satu demi satu terhadap Isalam. Ini terbukti dengan adanya idea Majlis Antara Agama, Isu Murtad, Isu Status Mualaf, dan sekaran isu nama ALLAH. Harap masyarakat akan berhati-hati lagi selepas ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan