Follow je lah..


Jumaat, 8 Mei 2009

Ragut & Rogol Dalam Politik

Ragut = Meragut kuasa Speaker.

Sekarang ini heboh kes ragut dan ini amat menakutkan bagi sesetengah perempuan yang membawa beg tangan. Kerana kadar jenayah sekarang telah meningkat begitu tinggi sekali, polis pun dah tak cukup tangan. Tangan-tangan mereka sudah digunakan untuk tangkap rakyat dan ahli politik dari pakatan. Tak pernahlah nampak tangkap pemimpin BN macam mana Mat Sabu Naib Presiden PAS ditangkap. Adapun kecuali pasal Khir Toyo dahulu, kejap jer tu.

Memang Siva dan Nizar adalah mangsa ragut. Kuasa yang diamanahkan kepada mereka dirampas begitu sekali. Siap boleh panggil backup team untuk menjayakan ragutan mereka ini. Ingat Siva tu bodoh ke senang-senang boleh ragut kuasa dia? Baik ragut rumput dengan kambing dari buat benda yang tidak bertamadun seperti ini.

Setelah diragut, kena rogol pula. Memang malang berganda kalau ada mangsa seperti itu. Harta dah lesap, dara pun nak juga. Biasa mangsa akan cakap kat penjenayah macam ni ialah "Kau Binatang!". Itu kes perempuan kena ragut dan rogol lah.

Rogol= Undang-undang DUN dan Peraturan Dewan diperkosa.

Apabila kata-kata Speaker dah tidak mahu dengar, nak dengar siapa pula. Bukankah speaker itu tugasnya memimpin persidangan itu. Kalau macam ini, Pandikar Amin pun marah! Mahu tak bersilat orang tua itu kalau cakap dia tidak dipatuh. Nampaknya ada orang berlagak lanun dalam hal ini, tak mahu makan saman.

Lanun ini kalau nak faham, dia suka buat undang-undang sendiri. Dia akan datang minta cukai suka hati mereka walaupun itu bukan negara dia. Selepas dah mengganas, dia cabut lari dan esok datang lagi. Boleh tahan la. Tak kata Zambry and The Gang tu lanun, tapi faham-faham lah sendiri.

Khamis, 7 Mei 2009

Kemelut Perak: Macam Haram!


Sivakumar diheret keluar dewan angkara BN (pakai samseng). Inilah puncak klimaks mereka. Biadap dan penghinaan paling besar kepada Speaker. Puas hati perut kau BN?

Petanda positif tetap ada. Raja Muda telah memanikan peranannya dan baginda mahu berkerja bersama Pakatan Rakyat. Kemungkinan dewan dibubar.

Sila lahirkan rasa bantah, kecewa, sedih, marah apa yang berlaku hari ini yang penuh bersejarah bagi negeri Perak di sebelah kolum blog ini.------------------------------------------>

Perak Parah Sudah

Tiada kata yang dapat dikatakan dan gambar yang dapat dijelaskan buat masa ini. Keadaan tidak tahu bagaimanakah akan kesudahannya sidang DUN Perak. Adakah dengan kekerasan untuk menahan Sivakumar keluar dari dewan?

Adun Pakatan sedang ber'perang' menegakkan yang benar. Masing-masing mahu mengaku dia benar, walaupun dia haram, mahu juga dia dihalalkan. Undang-undang hanya dalam buku sahaja, sudah tidak dipakai sementara ini. Apabila merujuk ke mahkamah, masa menjadi halangannya sedangkan keadaan kian saat bertambah runcing.

Maklumat mengenai sidang ini boleh di dapati dari rakan blogger Cina Islam, Al-banjari, Anilnetto, Malaysiakini, dan Wartamaya. Lupakan sahaja Berita Harian dan Utusan kerana berita mereka kurang maklumat dan lambat. Rakyat perlu tahu akan hal ini, malah dunia sekalipun.

Rasa geram, marah yang menggelegak, dan berang terpendam dalam hati. Ia perlu dilepaskan, dengan tulisan kita nyatakan. 7 Mei 2009, 1 Black Malaysia.

Rabu, 6 Mei 2009

Hati-hati, Anda Mungkin Ditahan!


Keadaan menakutkan dengan tekanan hebat dari pihak berkuasa. Sesiapa sahaja pada saat ini boleh ditangkap tanpa sebarang waran ataupun prosedur. Banyak akta boleh dikaitkan untuk anda demi meng'halal'kan penahanan.

Sehingga waktu ini, dari satu sumber, sebanyak 21 orang telah ditahan. Besar bilangannya seperti dua pasukan bola sepak yang bermain di atas padang. Kesemua 21 orang itu adalah pro kepada rakyat dan kesemua mereka ditahan mengikut kes masing-masing. Pendek kata, mereka telah ditahan dan bermalam di lokap balai polis.

Antaranya termasuklah pemimpin tertinggi sesebuah parti sehinggalah kepada pemegang kain rentang. Mohamad Sabu yang sudah tidak asing lagi, ditahan berkali-kali tetap kuat istiqamah dan pendiriannya. Beliau sekali lagi ditangkap petang tadi berikutan isu semasa di Perak.

Selain itu, seorang lelaki cina yang menjadi jurucakap kepada 1 Black Malaysia turut menerima nasib yang sama. Dia ditahan selepas membuat sidang media. Rentetan itu, 14 lagi ditahan kerana menyokong beliau. Mungkin bagi polis, penahanan itu berasas. Benar, polis hanya menjalankan tugasnya sahaja. Menurut 'perintah'.

Selepas itu, lima orang pula ditahan di Putrajaya gara-gara menyambut hari lahir di hadapan Kompleks Perdana Menteri. Mungkin kek itu merbahaya keselamatan, mereka ditahan. Gawat. Hari Lahir Altantuya hari ini diraikan ditempat tersebut dan mereka meraikannya di situ. Sebab itu ditahan. Ini menambahkan lagi ujian dan dugaan bagi mereka yang ditahan.

Anda pun tidak mahu ditahan bukan? Tetapi tiada sesiapa yang tahu nasibnya esok. Jika itu takdirnya, kita perlu terus bersabar dan kuatkan azam. Lagi-lagi kita ini rakyat yang biasa-biasa mana ada peguam. Kalau kena tahan, susah susah. Rakyat ditakutkan, bukan? Ingat...Perjuangan!

Polis Tangkap Sesiapa Yang Pakai Kemeja Hitam

Lokap Ipoh Dikosongkan..Siapa Penghuni Barunya

Tunggu..Nanti lah

Selain Dun Penanti yang bakal ada pilihanraya kecil. Rakyat menanti jugak beberapa perkara dari UMNO. Semangat 'Ubah atau Rebah' masih tidak nampak apa yang mereka nak ubahkan. Adakah menghapuskan hak bumiputera dalam isu 30% dulu itu perubahan UMNO? Di sini akan dinyatakan apa yang rakyat menanti:
  1. Siapalah calon layak bagi BN untuk bertanding di DUN Penanti. Tunggu punya tunggu, orang sana pas sani, sini pas sini, ini semua dolak dalih dengan permainan politik murahan BN. Kata taknak bertanding, tapi nak fikir balik nak bertanding ke tak. Cuba la cakap terang-terang, rakyat tengah melihat, rakyat tengah tunggu.
  2. Walaupun pembebasan tahanan ISA telah dibuat tetapi hal mengkaji ISA masih tidak nampak hasilnya. Apa lambat sangat nak mansuhkan ISA, kan rakyat dah menolak akta yang tidak adil ini. Kalau gentle, tutup je ISA ni.
  3. PPSMI sampai dua perdana menteri yang uruskannya pun masih tak selesai-selesai. Masih nak buang masa itu dan ini. Kenapa tak nak dengar nasihat dari para sasterawan negara? Kalaulah rasa PPSMI itu masih relevan, ayuh buktikan pada rakyat dan mari berdebat.
  4. Bercakap soal debat, kita tengah tunggu juga Rais Yatim yang dulu konon nak berdebat dengan Zahid berkaitan isu antarabangsa berhubung tulisan wartawan Perancis kepada Perdana Menteri. Kalau dulu Shabery berani debat, sekalipun berbuih jugak mulut, tapi kita puji sebab berani. Alahai Rais, jangan tunggu lama-lama lah, nak tunggu isu itu jadi lapok ke? Taktik lah tu kot.
  5. Rakyat masih menanti kesudahan isu Perak ini. Kalau BN tidak buat onar, takkan lah berlaku apa yang kalut sekarang ini. Cari pasal betul lah, ajak buat undi demokrasi tak nak pulak. Lepastu suruh SPR haramkan pondok panas dan hadkan penyokong. Masa di Bukit Gantang dahulu, penyokong Pakatan memang sangat ramai. Mereka nak sokong biarlah, kenapa nak sekat-sekat pula.
Oh oo..penantian..

Isnin, 4 Mei 2009

Oi..Main Bomoh Ka?


Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda:

”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim

Perbuatan bomoh (sihir) adalah haram dan berdosa besar. Orang yang mengamalkan dan mempelajarinya adalah turut berdosa. Apatah lagi mahu meminta bomoh. Dosa besar ini juga akan menyebabkan rosak aqidah atau tergelincir dari landasan yang benar (Islam).

Memang orang melayu (termasuk jawa, siam, dan mamak) dan sihir sudah lama dikaitkan sejak dari dahulu lagi. Sehingga sekarangpun masih ada yang menggunakannya untuk tujuan jahat dan merosakkan seseorang. Sekiranya orang yang buat dan meminta sihir itu melakukannya (sihir) ia telah syirik.

Ini kerana sihir itu terang-terangan meminta pertolongan dan pergantungan selain daripada ALLAH. Bersubahat dengan jin dan syaitan tiada lain melainkan satu kerugian yang akhirnya berkesudahan dengan balasan neraka. Andai pemimpin yang terdesak dan tergamak menggunakan sihir, mengikut hukum dia telah jatuh syirik. Pemimpin yang seperti ini wajib dilucutkan jawatannya.

Isu bomoh dalam krisis terbaru Perak mesti diambil perhatian dengan selanjutnya. Perbuatan ini jelas melanggar hukum agama. Biarpun Zambry menafikan sekeras-kerasnya malah men'jijik'kan ADUN PAS tersebut, siasatan mesti dilakukan. Kita boleh mengetahui siapa yang menghantar bomoh itu kerana ada buktinya. Malah, makhluk halus yang digunakan itu juga boleh menunjuk siapa yang menghantarnya.

Lagi dua hari sahaja menanti persidangan dewan negeri Perak. Jika dahulu YB Pakatan dihambat dari menggunkan dewan dan bersidang dibawah pokok, apakah ia akan berlaku semula? Kita harap BN Perak janganlah lagi mengeruhkan keadaan yang sudah keruh di Perak kerana rakyat tidak mahu menangguk di air yang keruh. Rakyat Perak bangkit!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan