Follow je lah..


Sabtu, 2 Februari 2008

TBC: Tiada Lagi Kongsi Raya

Perayaan Tahun Baru Cina (TBC) pada tahun ini adalah perayaan bagi memasuki kalender baru Tahun Tikus. Biarlah apa pun tahun yang dilalui, takrifan setiap tahun dalam tahun Cina itu adalah kepercayaan semata-mata. Bukanlah di pandu oleh wahyu ataupun panduan yang datang terus dari 'Langit'. Namun kini peraayan ini dijangka meriah dengan persiapan yang bersungguh-sungguh dari kaum Tiong Hua walaupun dimana sahaja mereka berada.

Di negara China, rakyatnya akan mendapat cuti selama 7 hari. Pada masa cuti yang panjang ini, semua akan bersama keluarga mengeratkan hubungan persaudaraan. Tradisi Makan Besar terus diamalkan iaitu sehari sebelum perayaan. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan ahli keluarga dan bersama-sama meraikan perayaan ini. Hidangan asotik seperti babi, katak,itik dan sebagainya mungkin menjadi menu mereka (kecuali Muslim) pada ketika itu.Colok juga akan dibakar pada hari perayaan tersebut. Colok yang terdiri pelbagai jenis atau saiz akan dibakar disamping persembahan tarian naga yang dipercayaai mendapatkan 'ong' atau untung.

Sebuah perayaan adalah untuk meraikan bagi mereka yang terlibat dan kegembiraan ini hanyalah dirasai oleh mereka yang merayakannya sahaja. Maka istilah perkongsian raya adalah tidak masuk akal. Bagaiamanakah ingin dikongsikan kegembiraan perayaan itu jika pihak yang tidak memahami erti perayaan itu ingin merayakannya. Akan tetapi pada tahun sebelum ini, ini lah yang diwar-warkan oleh kerajaan BN-UMNO dan sesetengah media.

Kononya perayaan untuk mengeratkan perpaduan adalah suatu yang sukar dicapai. Umpama menunggu kucing bertanduk. Perayaan hanya khas untuk mereka yang merayakan sahaja. Contohnya jika hari ini hari lahir anda, apakah wajar orang lain untuk mendapat hadiah hari lahir anda atau meniup kek anda? Semestinya tidak wajar. 'Kongsi Raya' lebih bermotifkan politik dan gimik. Mungkin hendak tunjukkan kita besatu padu. Tetapi isu 'kongsi raya' inilah pernah hangat dibincangkan secara ilmiah bagi melihat dari perpektif aqidah dan kebenaran.

Jelas di dalam Islam, kita menolak apa yang di istilahkan sebagai 'kongsi raya' ini. Perayaan hari agama (tetapi TBC adalah perayaan kaum)adalah haram diraikan oleh muslim dan cukuplah kita sekadar menghormati. Menghormati dan bukan merayakan. Sungguhpun perayaan TBC adalah perayaan kaum, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh diterima dalam Islam seperti membakar colok dan lain-lain. Jika anda seorang Islam dan konon ingin merayakan perayaan agama, anda perlulah mempraktikkan ritual agama itu sendiri yang jelas bersalahan dengan aqidah. Beruntunglah kita kali ini, perayaan kita tidak dikongsi oleh mereka agama lain melainkan sesama muslim. Din yang kita bawa adalah terlalu mulia. Biarlah jika TBC berkongsi dengan Deepavali, Christmas, atau Hari Gawai umpamanya, tetapi bukan dengan Islam. Bukan fikiran konservatif, tetapi ini prinsip yang perlu dipatuhi.

Jumaat, 1 Februari 2008

Taubat Seorang Hamba

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Bingkisan nasyid yang dinyanyikan oleh Irsyadee dan Hafiz Hamidun ialah sebuah lagu yang menyentuh jiwa perasaan seorang hamba. Setiap hamba yang ingin mencari ketenangan yang tersirat di dalam sebuah taubat yang abadi. Kerana rasa hati seorang hamba bertaubat umpama rasa hati seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya. Pernahkah anda merasakannya? Hatinya cukup mudah tersentuh lalu dirundung kesedihan. Tetapi kesedihan hamba ini adalah kerana keterlanjuran ketika berada di pentas dunia yang sementara.

Apa yang dicari oleh seorang hamba tidaklah melainkan keredhaan Tuhannya dalam kehidupan. Tidak ternilai sebuah keredhaan Tuhan berbanding dengan keseronokan, kemewahan, mahupun kecantikan alam semesta. Ketika saat hamba berdepan di hadapan Tuhannya di dalam se'lembar' solat, itulah saat hubungan yang mengatasi segalanya. Sesungguhnya ketika ia berdiri, Tuhannya telah pun mengetahui betapa hatinya ingin kembali ke jalan sebenar . Segala salah lantaran kealpaan sudah termaktub dalam suratan amalan. Berusaha menyucikan dosa dengan air tangisan yang cukup sukar untuk dititiskan. Kerana hati hamba yang telah jauh tersimpang. Semoga simpang ke arah pintu taubat akan terlihat jelas dalam perjalanannya.

Tuhanmu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Menerima sebuah penyesalan hamba yang bedosa. Inilah nikmat yang paling beharga. Tak terkata oleh hati , tak tergambar dengan lukisan, dan menjangkaui pemikiran. Hamba yang telah mengakui kesalahan dalam perbuatan di hadapan Tuhanya dan pasrah dengan balasan terhadapnya. Moga taubat hamba pada Tuhan berbalas dengan keampunan di atas sekelumit iman.

"Terimalah taubat ku ini..."

Etika Pakaian Perempuan Islam

Khamis, 31 Januari 2008

Tokoh Islam Dan Tokoh Artis

"Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
-Surah Al-Mulk, ayat 1 & 2






Pada 30 Januari 2008 dua orang tokoh yang datang dari bidang berbeza telah pun pergi ke Rahmatullah. Janji Tuhan adalah benar. Berita kematian ini telah mengejutkan ramai orang yang mengenali mereka. Kedua-dua arwah telah menghembuskan nafas di hospital berasingan. Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom di Hospital Sungai Buloh manakala yang lebih dikenali dengan panggilan 'Loloq' di Hospital Pakar Damansara. Sesungguhnya kehilangan mereka cukup dirasai bagi dunia masing-masing.

Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom lebih dikenali sebagai Mufti Selangor berusia 80 tahun menjalani kehidupan sebagai seorang yang memperjuangkan Islam. Beliau pernah menerima tekanan kerana ketegasan beliau dalam mempertahankan hukum agama sehingga memaksa beliau meletak jawatan. Baginya rezqi bukanlah datangnya dari jawatan atau pangkat, tetapi semuanya dari ALLAH. Menyedari hakikat itu, beliau tetap bergiat aktif dalam menyampaikan risalah kenabiaan. Beliau pergi bersama ilmunya. Ilmu yang bermanfaat diajar olehnya jika diamalkan kita menjadi saham buat bekalan akhirat buat Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom. Alhamdulillah, saya sempat untuk bersama beliau beberapa kali dalam majlis ilmu di masjid sekitar Subang Jaya. Beliau seorang berperwatakan tenang dan warak menjadikan dirinya selalu dihormati.

Manakala, Loloq merupakan seorang penulis lirik, penggiat seni hiburan, dan artis. Beliau adalah antara 'otai' dalam industri muzik. Mengajar dan mebimbing artis untuk terus maju dan aktif. Contohnya beliau pernah dilantik menjadi juri dalam satu rancangan realiti televisyen. Selain itu beliau telah berlakon dalam Zombie Kampung Pisang. Saya juga sempat melihat aksi lakonannya dalam filem arahan Khalid Zakaria itu. Pekara yang paling dikagumi ialah beliau memperjuangkan kumpulan rock tanah air.

Inilah tokoh-tokoh yang telah berjasa, antara tokoh ilmuwan Islam dan tokoh industri muzik tanah air.

Nabi bersabda:
Dari jabir (bin Abdullah ) r.a katanya
dia mendengar rasulullah s.a.w bersabda:”

Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)
menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.”


(Muslim)


Rabu, 30 Januari 2008

Selamat Hari Lahir Sharlinie


30 Januari 2007

Hari ini genaplah usia 5 tahun adik Sharlinie. 5 tahun yang lalu bayi ini dilahirkan lalu disambut sanak saudara dengan penuh keriangan dan kesyukuran. Anak yang berumur 5 tahun masih lagi terlalu muda untuk menempuh liku-liku hari yang berlalu. Lihatlah kanak-kanak yang sebaya dengan usianya, pasti kanak-kanak seusia ini masih memerlukan pertolongan dan didikan dari ibu dan bapa. Maka tidak hairanlah jika anak seusia ini menangis kerana ingin meminta perhatian dari orang yang disayanginya.

Semakin hari semakin sayang biarpun di mana anak berada. Tangisan yang telah lama tidak kedengaran tidak bererti dirimu tidak inginkan lagi perhatian dari keluarga ini. Malah dirimu yang tidak berdosa telah menggamit perhatian seluruh rakyat Malaysia sejak kehilangan mu 21 hari yang lalu sehinggalah kini. Air mata sudah kering dan tidak berdaya lagi untuk menangis.

Betapa sayunya hati ini jika memikirkan nasib mu wahai anak apakah yang sedang dirimu lakukan tatkala kini. Bagaimana dengan makan dan minum mu, sakit dan sihat, dan pelbagai lagi yang dirimu tidak mampu upaya lakukan bersendirian dalam meneruskan detik-detik yang sukar dalam kehidupan. Dimanakah tempat tidur mu setiap kali malam berlalu dan apakah rengek mu wahai anak setiap kali terjaga dari tidur setelah siang menyapa.

"Ibu...Ibu...Mama.."

Sharlinie, tangan ibumu tidak pernah lemah dan penat menadah doa memohon kepadaNya setiap masa. Hati ibu yang telah cukup sengsara menahan kepedihan kerinduan tidak terkata. Apabila tiba hari lahir mu pada hari ini, berkecamuk perasaan dihimpit kesedihan dan harapan. Nostalgia ketika menyambut hari kelahiranmu menghiris lagi luka di hati. Tiada lagi riang dan manja mu di saat ini. Adik beradik berdiri sugul sambil hati kecil menanyakan apakah masih ada sambutan hari lahir untuk Linie.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam tangisan ada harapan seorang ibu yang mulia. Hidup perlu diteruskan biarpun badai yang menimpa. Putus-asa tiada. Andai itulah takdir yang Maha Esa, kami tenang menerima kepulangan mu sama ada dalam riang mahupun duka. Menjadi resam seorang hamba, menerima ketetapan dari Tuannya dengan hati yang terbuka. Tuan yang memiliki alam dan menguasai aturan kehidupan.











Isnin, 28 Januari 2008

Tips Pembelian Makanan

Di sini saya ingin sertakan beberapa tips terbaik untuk anda laksanakan. Makanan yang dimaksudkan ialah makanan mentah ataupun yang telah masak. Contoh makanan mentah ialah ayam, ikan, sayur, serta lain-lain dan makanan yang telah dimasak ialah seperti kuih, masakan panas, air dan sebagainya. Bagaimanapun, tips adalah sama untuk semua jenis makanan samada mentah ataupun masak.

Kesedaran kita dalam memilih makanan yang bagus-bagus adalah sangat penting. Ini tidaklah bermakna untuk anda menjadi seorang cerewet, tetapi sebagai langkah bijak dalam memilih makanan yang halal lagi baik (halalan toyyiba). Kita perlu faham bahawa setiap makanan akan menjadi darah daging kita dan mempengaruhi kesihatan tubuh badan.

1. Kebersihan
Kebersihan premis atau restoran adalah aspek yang terpenting untuk penilaian pertama anda. Kedai yang terjejas kebersihannya mampu mengundang penyakit dan tidak selesa. Anda tidak mahu makan ditempat yang busuk,bukan? Oleh itu, kedai yang bersih adalah pilihan pertama anda. Pastikan juga meja makan anda tidaklah bersebelahan tong sampah atau berdekatan dengan longkang mahupun parit kerana banyak kuman berada di situ.

2. Penjual
Peniaga yang bijak menarik hati pelanggan ialah peniaga yang menjaga penampilan dirinya. Ini termasuklah kebersihan pakaian, kekemasan (rambut, kuku, kasut), dan layanan mereka. Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat peniaga yang tidak mempunyai penampilan yang baik. Contohnya ialah seorang peniaga lelaki memakai rantai ataupun peniaga wanita yang tidak menutup rambutnya menyediakan makanan anda. Sungguhpun makanan adalah halal atau bersih, tetapi di manakah keberkatan. Ada juga peniaga yang tidak menitik beratkan soal kebersihan seperti tidak membasuh tangan atau peralatan yang digunakan.

3.Tapak Niaga
Beberapa restoran memilih untuk menyediakan tapak perniagaan mereka di tempat yang lebih strategik dalam memikat pelanggan. Tempat kebiasaannya ialah seperti di bahu jalan dan di bawah pohon rendang. Tahukah anda tapak yang terletak di bahu jalan kebiasaannya lebih terdedah kepada habuk dan debu jalanraya manakala dibawah pokok mungkin terdedah pada serpihan daun ranting. Akan tetapi lebih bahaya lagi jika anda makan dibawah pokok lalu terkena tahi burung! Selain itu, pencahayaan juga penting dalam memilih tempat makanan. Ini bagi mengelakkan anda tersilap makan daripada benda yang sepatutnya anda tidak makan. Elakkan juga daripada memilih premis bersebelahan restoran atau pasar 'cina'. Ini bertujuan mengelakkan daripada pembawa penyakit seperi tikus. Maksud saya, apa yang dirisaukan sekali ialah tikus yang telah menjengah daging babi akan 'melawat' kedai yang bersebelahannya iaitu kedai yang anda ingin beli.

4. Harga Berpatutan
Barangkali ramai bersetuju jika biar harga mahal, asalkan makanan itu sedap. Ini satu langkah yang tepat. Apakah perasaan anda jika membeli makanan di satu tempat, rasanya tidak seberapa tetapi harganya mahal? Soalnya sekarang anda perlu bijak memilih makanan berdasarkan harga dan selera anda. Pastinya kedai yang anda kunjungi bukanlah kedai pertama anda, dan barulah anda tahu berpatutan atau tidak harganya dengan perkhidmatannya.

5.Informasi
Anda perlu tahu latar belakang kedai yang ingin anda beli. Maklumat ringkas mungkin anda boleh tahu daripada pemerhatian anda pada perniagaan mereka ataupun berdasarkan rujukan orang yang pernah berkunjung. Mungkin benar kedai yang ramai pelanggan lebih baik daripada kedai yang kurang pelanggannya. Di sinilah anda perlu mencari sedikit maklumat mengapa sesuatu kedai itu pelanggannya agak ramai atau kurang.

Tips ini bagaimanpun adalah satu panduan untuk anda mendapatkan makanan yang semestinya halal dan toyyiba. Jalan yang terbaik adalah terletak pada anda. Jika ingin mengambil inisiatif yang lebih berhati-hati, maka sediakanlah makanan anda sendiri. Makanan kita untuk kesihatan dan sumber kekuatan kita. Selamat mencuba tips di atas!

Ahad, 27 Januari 2008

Sang Ayam Jantan dan Anda

Luqmanul Hakim pernah menasihatkan anaknya :
"Wahai anakku yang tercinta, janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engaku. Ia berkokok di waktu sahur sedangkan engkau masih tidur lagi."

Sudah menjadi kebiasaan terutamanya bagi kebanyakan masyarakat zaman kini menjadikan malam untuk tidur nyenyak sehinggakan terlepas waktunya untuk bangkit lebih awal bagi membuat persiapan solat fardhu Subuh. Artikel lalu saya lalu yang bertajuk Indahnya Solat Subuh Jika Berjemaah adalah bertepatan dengan artikel ini.

Sebagai insan yang mempunyai akal, harta, dan saudara, janganlah kita dimalukan oleh seekor ayam jantan. Ayam jantan tidak mempunyai jam loceng yang boleh menyedarkan ia untuk bangkit lebih awal sebelum subuh sedangkan kita ada. Oleh itu, kita seharusnya menunjukkan kemuliaan sebagai insan dengan bangun awal untuk melakukan amalan-amalan yang diberkati.

Keheningan sebelum waktu subuh amatlah memberi makna. Tersirat rahsia dimustajabkan doa dan waktu terbaik untuk seseorang memuji ALLAH. Pada waktu ini, anda bangkitlah untuk menunaikan solat sunat witir, membaca al-Quran, dan berzikir kepadaNya. Inilah persediaan rohani kita untuk menghadapi hari muka yang terdapat seribu satu kisah kehidupan.

Di dalam Islam, azan akan berkumandang sebelum waktu subuh. Ini tidak lain bertujuan untuk menyedarkan muslimin yang masih tidur di ulik mimpi. Secara tidak langsung, menunjukkan betapa pentingnya dalam Islam untuk seseorang bangkit lebih awal sebelum waktu Subuh menjelma kerana seperti kita katakan tadi, kita memerlukan persiapan.

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. mempunyai dua orang juru azan, iaitu Bilal dan Ummu Maktum, baginda bersabda: “Sesungguhnya Bilal bertugas untuk mengazankan sembahyang di waktu malam sebelum terbit fajar, oleh itu makan dan minumlah kamu semua (bersahur) sehinggalah Ummu Maktum azan yang menandakan masuknya waktu Subuh. Ibnu Umar r.a. berkata: “ Tidak ada jarak di antara kedua juru azan itu, melainkan jika Bilal telah selesai azan lalu disambung oleh Ummu Maktum pula, dalam jarak yang tidak terlalu lama”
(al-Bukhari dan Muslim)


Sedihnya, ada dikalangan muslimin yang tidak mempunyai kekuatan dalam melaksanakan tuntutan ini. Kita lebih kecewa sekiranya mereka yang gagal melaksanakan ini ialah mereka yang mendukung perjuangan da'wah. Seharusnya, perkara ini tidak berlaku kepada mereka malah kita haruslah menjadi tauladan. Malulah kita kepada Sang Ayam Jantan.

Pada permulaan mungkin sukar untuk kita melakukan perkara ini, tetapi berdikit-dikitlah mudah-mudahan menjadi amalan sepanjang zaman. Mohonlah kepada ALLAH, kerana Ia Maha Mendengar Lagi Maha Penyayang.

Kerana Manggis

(artikel ini diambil daripada saujanaku@yahoo group)
Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah
Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan
berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang
memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah
kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.

"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkaycina ini.

Tapi...

"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat
orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.
Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang
diamalkan keluarga saya."

"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni,"
tanya Haji Seman.

"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya.
Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari
keranjang.

"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang
dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah
manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak
komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu
nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas
dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang
tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah
sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah
syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya. "

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan