Follow je lah..


Jumaat, 1 Februari 2008

Taubat Seorang Hamba

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Bingkisan nasyid yang dinyanyikan oleh Irsyadee dan Hafiz Hamidun ialah sebuah lagu yang menyentuh jiwa perasaan seorang hamba. Setiap hamba yang ingin mencari ketenangan yang tersirat di dalam sebuah taubat yang abadi. Kerana rasa hati seorang hamba bertaubat umpama rasa hati seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya. Pernahkah anda merasakannya? Hatinya cukup mudah tersentuh lalu dirundung kesedihan. Tetapi kesedihan hamba ini adalah kerana keterlanjuran ketika berada di pentas dunia yang sementara.

Apa yang dicari oleh seorang hamba tidaklah melainkan keredhaan Tuhannya dalam kehidupan. Tidak ternilai sebuah keredhaan Tuhan berbanding dengan keseronokan, kemewahan, mahupun kecantikan alam semesta. Ketika saat hamba berdepan di hadapan Tuhannya di dalam se'lembar' solat, itulah saat hubungan yang mengatasi segalanya. Sesungguhnya ketika ia berdiri, Tuhannya telah pun mengetahui betapa hatinya ingin kembali ke jalan sebenar . Segala salah lantaran kealpaan sudah termaktub dalam suratan amalan. Berusaha menyucikan dosa dengan air tangisan yang cukup sukar untuk dititiskan. Kerana hati hamba yang telah jauh tersimpang. Semoga simpang ke arah pintu taubat akan terlihat jelas dalam perjalanannya.

Tuhanmu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Menerima sebuah penyesalan hamba yang bedosa. Inilah nikmat yang paling beharga. Tak terkata oleh hati , tak tergambar dengan lukisan, dan menjangkaui pemikiran. Hamba yang telah mengakui kesalahan dalam perbuatan di hadapan Tuhanya dan pasrah dengan balasan terhadapnya. Moga taubat hamba pada Tuhan berbalas dengan keampunan di atas sekelumit iman.

"Terimalah taubat ku ini..."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan