Follow je lah..


Khamis, 12 Mac 2009

Ayoyo Ta Tayo

Ada cakap ini macam "Ayoyo Ta Tayo". Ada tau ka ini maksud ka?

Dush, dub, dush.. Satu-satu penumbuk melekat di muka tembam dia. Apabila ditumbuk, terasa sakit dan kena pula di muka, bertambah malu pun ada.

Tetapi ini bukan penumbuk buku lima. Ini adalah pendedahan. "Ayoyo Ta Tayo" adalah satu dialog yang sering digunakan oleh budak-budak sebenarnya kerana berlaku kesalahan. Selain ayat itu, ia sama juga pengertian dengan ayat "Haa..Haa..Tak Tahu..".

Tak tahu itu ialah tidak tahu siapa yang harus bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku. Khir Toyo nama yang digemari satu-satu pendedahan di dedahkan:

1. Kos Tambang Penerbangan Khir Toyo Melebihi Rm300 000

2. Pembelian Apartmen Di Mekah

3. Isteri Melancong Ke Disneyland

4.Khir Saran SPRM Siasat Selepas Pemilihan UMNO

5.Janggut Saari Di Tarik Khir Toyo

6.Penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.

Ayoyo Ta Tayo...Siapa buat semue ni???!!!

Rabu, 11 Mac 2009

Dia Tukar Topik Pulak

Pandai saja BN nak tutup pekong mereka. Katanya marilah bersama-sama memperjuangkan ekonomi dengan melupakan kemelut politik di negara kita. Dengan pembentangan belanjawan mini baru-baru ini, BN cuba untuk mengalihkan fokus rakyat sebenarnya.

Jika Najib kata negara tidak gawat tetapi kita hairan mengapa perlunya belanjawan mini ini. Apa-apapun tidak mengapalah demi menyelamatkan periuk nasi masing-masing. Biarpun berbillion-billion wang dilaburkan, harapnya kualiti pengurusan akan meningkat dan masalah sosial yang berpunca dari kesan kereduman ekonomi dapat berkurang.

Ekonomi sentiasa dipengaruhi oleh situasi politik. Perumpamaan yang mudah boleh dibuat seperti cerita dibawah:

Di sebuah taman, terdapat dua orang pemuda yang menjual cincaluk. Mereka sangat rapat dan sentiasa bantu-membantu sejak dari awal perniagaan sehinggalah sekarang mereka mampu membuka gerai di tepi jalan yang khusus menjual cincaluk. Dijadikan cerita, pada suatu hari mereka bergaduh kerana mereka berdua berebut pada seorang gadis untuk dijadikan teman istimewa. Akibatnya, perhubungan mereka renggang dan masing-masing tidak mahu bertegur sapa serta sudah hilang keyakinan.

Pada pendapat anda, adakah perniagaan cincaluk mereka akan berjaya seperti dahulu?

Orang yang berakal biasanya berkata barangkali perniagaan itu akan terjejas. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama andai semangat kerjasama sudah diganti dengan permusuhan.

Maka perumpamaan begitulah sebaiknya untuk difikirkan adakah dengan mngenepkan politik mampu untuk kita berjaya meningkatkan ekonomi. Kerana dalam masa yang sama, hak rakyat ditindas, sistem keadilan punah, dan tekanan polis ditekan hebat kepada pembangkang. Kalaulah sebuah negara itu kucar-kacir angkara politik yang tidak menentu, pasti tiada pelabur yang mahu untuk melabur di negara itu.

Keadaan politik negara sekarang yang banyak tidak memihak kepada BN cuba dialihkan fokus. Tutup cerita politik yang semakin hari semakin mendedahkan kelemahan mereka dengan membuka cerita ekonomi sedangkan kedua aspek itu berkait rapat. Barangkali harapan mereka untuk menang dalam pilihanraya kecil kelak tipis, maka teknik 'tukar topik' yang mahu dilakukan untuk cover line.

Ahad, 8 Mac 2009

Kebangkitan Nabi Muhammad


Nabi Muhammad SAW lahir di dalam kota yang penuh kegelapan. Kegelapan yang bersarang kejahilan dan nafsu sebagai tuan. Zaman kejahilan itu tidak ubah, masa demi masa dan hari demi hari sehinggalah sekarang jika kita dapat melihatnya.

Nabi mengajak orang yang terdekat untuk bersamanya menerima Islam yang lagi benar dan suci itu. Utusnya Nabi adalah untuk menyempurnakan akhlak dan kata Saidatina A'isyah, adalah akhlak Rasulullah itu seumpama al-Quran. Akhlak mulia menjadikan Nabi untuk menolak keburukan dengan kebaikan dan menjadi insan yang paling dipercayai.

Akhlak sangat penting dalam segala hal. Manusia yang tempang akhlaknya akan mewujudkan generasi yang rendah IQ dan nilainya. Hidup seks bebas bergaul lelaki dan perempuan, anak dibuang merata seperti sampah, dan membunuh lantaran dorongan amarah adalah antara satu cerminan bagaimana tamadun insan kecundang akhirnya tanpa bimbingan akhlak dalam segala aspek itu. Inilah yang berlaku kini dan malang lagi bagi anak melayu yang setiap masa diratah keimanan mereka dan diganti dengan kebodohan.

Tentangan demi tentangan adalah fitrah para Nabi. Perjuangan mereka yang tidak ada istilah 'kalah' dan 'noktah' adalah sangat bertepatan. Asalkan, Islam dapat bertapak dan bertakhta dalam setiap hati nurani insan dan negara yang aman. Bila dan mana bukanlah kerja kita yang menentukannya. Kerja kita adalah untuk terus berdakwah.

Orang yang ingkar tetap mengaku bahawa ALLAH yang mencipta langit dan bumi. Namun, mereka tidak mudah untuk mengimani kepada ALLAH. Apabila ditawar dengan wang dan harta, boleh jadi manusia sudah tidak nampak lagi mana yang haq dan mana yang batil itu. Jangan dicampurkan haq dan batil itu bersama-sama kerana ia adalah berbeza. Orang Islam sesekali tidak akan sembah kepada berhala dan orang kafir juga tidak menyembah apa yang kita sujud selamanya.

Satu persatu Nabi kita menempuh duri dan halangan dalam membawa Islam. Kita tidak akan mampu memperjuangkan Islam jika dalam hati kita masih ada rasa cinta kepada dunia dan takutkan mati. Ingatlah mati dan kendurkan rasa cinta kepada dunia supaya kita beroleh kemenagan abadi.

Salam Maulid Rasul 1430 Hijriyah dari sujudterakhir.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan