Menurut Hj. Abdullah (Pak Lah) Perdana Menteri Malaysia ke-5, beliau telah lupa kepada Anwar ketika dalam satu temubual media apabila ditanya apakah Abdullah tercabar dengan kehadiran Anwar. Senario pelupa dikalangan Perdana Menteri barangkali adalah perkara yang biasa sepertimana Dr.Mahathir yang turut juga lupa dalam perbicaraan kes Lingam ketika ditanya oleh peguam. Kemungkinan lupa ini datang dari dosa yang telah banyak mereka lakukan.
Biarlah Perdana Menteri menjadi seorang pelupa. Seorang pelupa tidak layak lagi untuk menjadi Perdana Menteri bagi penggal akan datang. Namun, bagi Anwar, beliau sesekali tidak pernah lupakan Pak Lah dan semua 'perosak-perosak' negara. Sejak Anwar menyertai politik dan bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lalu dipecat, dihumban ke penjara dan sehinggalah kini sihat walafiat, beliau sentiasa tidak pernah lupa peristiwa itu. Sakit dan luka, pedih dan pilu, dan azab seksa yang dilalui beliau sebelum ini sentiasa berakar dalam ingatan dan menjadi insan yang lebih beharga dan perkasa. Beliau menyeru agar semua rakyat berusaha membuka Malaysia dengan era baru yang lebih adil dan bertanggungjawab.
Era baru bagi kepimpinan baru adalah wajar disaat kepimpinan Pak Lah yang lemah dan gagal. Menaikkan harga minyak umpama menyekik tengkuk-tengkuk rakyat. Harga minyak pasti akan turun dan ini bukanlah cakap-cakap kosong. RM 10 ribu daripada keuntungan RM 80 billion setahun dari Petronas akan dikembalikan kepada rakyat. Maka harga minyak akan berkurang. 8 tahun Anwar menjadi Menteri Kewangan harga minyak tetap RM1.10 seliter. Sudah pasti strategi dan jangkaan terletak dalam fikiran Anwar sahaja.
Kesihatan rakyat akan dijaga sebaiknya dan diberi rawatan secara percuma. Rakyat terdiri dari pelbagai latar belakang seperti yang kurang kemampuan . Ada rakyat yang telah tenat tetapi tidak dapat mendapat rawatan kerana kos perubatan yang tinggi. Malahan terpaksa beratur panjang dalam senarai menunggu menerima rawatan seperti berbulan-bulan lamanya, adalah satu penderitaan. Kerajaan yang murni, tidak akan membiarkan rakyat menderita dan terus menderita. Dengan bermula era baru, derita rakyat bakal ditamatkan. Rawatan diberi percuma serta tenaga doktor pakar akan ditambah.
Seumpama bapa terhadap anak, begitulah juga umpama kerajaan terhadap rakyat. Kebajikan hendaklah dijaga sepenuhnya. Ilmu dan pengetahuan akan mengisi setiap dada rakyat Malaysia tanpa mengira batasan kaum. Pendidikan yang percuma dapat membentuk dimensi baru dalam dunia pendidikan . Tidaklah sepeti BN, yang selalu membicarakan apakah pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris wajar atau tidak, tetapi adalah soal rakyat yang masih ada tidak dapat menerima pendidikan. Keluarga yang susah mencari sesuap nasi bagaikan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, masih ramai tidak dapat menghantar anak ke dunia pendidikan akibat ketamakan BN mengaut hasil titik peluh suci rakyat itu. Rakyat bakal mundur jika ilmu tidak dibekalkan, oleh itu pendidikan akan diberi percuma dari sekolah sehingga ke universiti.
Perjuangan rakyat dipimpin oleh pemimpin berjiwa rakyat dan bukan pemimpin berjiwa perompak , gangster, dan penipu. Dengan izin ALLAH, kita bakal merubah Malaysia ke era lebih baru yang lebih baik dan menarik. Asalkan sahaja anda tidak memangkah BN, kerana UMNO-BN kian lemah dan terus gagal dalam membela nasib rakyat.
Reformasi!