Follow je lah..


Rabu, 6 Ogos 2008

Perlumbaan Permatang Pauh


Tarikh 26 Ogos 2008 bakal menggegarkan senario politik Malaysia. Pertembungan dijangka antra Anwar Ibrahim dan calon BN. Calon BN yang hari ini masih belum lagi diketahui siapa membuktikan BN belum cukup bersedia. Ini disebabkan BN sentiasa menghadapi masalah apabila membuat pencalonan seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Dalam tempoh dua puluh hari ini, BN dan PKR bekerja keras dan berhempas pulas. Dengan harta, kuasa, dan tenaga, BN barangkali dilhat lebih kukuh. Kata Presidennya perbelanjaan adalah dar wang parti. Pun begitu dalam PRU yang lalu, BN tetap jua kalah. PKR akan terus mengejar setiap ruang dan tempat bagi berkempen sekalipun Anwar di'tangkap'.

Benarkah dalam masa ini pemerintahan BN juga sudah nyawa-nyawa ikan kerana Anwar? Petunjuk ini benar jika BN terus menyekat dan membari tekanan kepada Anwar untuk beliau bertanding. Ibaratnya sekarang masa BN kian suntuk untuk meyekat Anwar melainkan hanya dengan cara membantutkan niat Anwar itu.

PKR bergerak, dan BN juga bergerak pada masa yang suntuk ini. PKR bergerak seiring dengan rakan dari parti politik lain dan BN terus mahu menjulang. Inilah seumpama sebuah perlumbaan dengan gerak kerja dengan masa. Di samping itu jua, polis memainkan peranan melayan laporan liwat Anwar sedangkan kes rogol di Malaysia ini masih banyak belum selesai. Sahaja menambah sibuk Anwar untuk ke sana sini menghadiri pendakwaan dan perbicaraan. Doakan agar beliau tidak ditahan lagi.

Isnin, 4 Ogos 2008

Jilat Air Liur Sendiri

Beriya-iya Ezam nak lawan Anwar. Dahulu masuk UMNO kata mahu lawan rasuah, tetapi kenapa pula mahu lawan Anwar di Permatan Pauh. Jejaka ini mencadang sudah namanya untuk melawan Anwar, bermakna mahu mendapat jawatanlah kiranya. Jika Ezam menang bererti beliau akan menjadi ahli Parlimen. Sepatutnya jika BN bijak, orang yang meminta jawatan adalah sepatutnya tidak diberikan jawatan itu.

Dahulu beliau memusuhi BN dan UMNO, sekarang sudah jadi orang kuat UMNO pula. Mengikut PKR, jika Ezam bertanding, lebih mudah beliau dikalahkan dengan mengeluarkan kembali rakaman ceramah beliau yang dahulu konon melawan BN dan UMNO. Ibaratnya seperti beliau menjilat air liur sendiri.

Puak UMNO di Permatang Pauh pula lebih berselera anak tempatan di pilih menjadil wakil rakyat mereka. Itulah sebuah kontra yang telah berlaku. Hakikatnya adakah nawaitu Ezam mahu bertanding untuk melawan Anwar sahaja atau membawa kebajikan kepada rakyat.

Hari kian genting menanti saat 11 September. Esok (Rabu) dijangka pengumuman tarikh pilhanraya kecil bagi kawasan tersebut. Rata-rata semua soljar parti telah aktif berkempen dan berkampung di kubu kuat PKR. Namun media BN pula dilihat tidak berminat dengan isu ini. Biarpun begitu, penduduk Permatang Pauh sudah arif dengan selok belok politik.

UMNO harus bijak memilih siapakah calon yang layak dan setaraf dengan 'Perdana Menteri dalam Penantian' itu. Ataupun UMNO boleh bermati-matian untuk kali ini. Tidak hairan jika mereka menaja jutaan ringgit duit rakyat bagi memancing undi. Politik wang ini sudah menjadi darah daging UMNO yang jelas, terutamanya pada peringkat cawangan. Seharusnya inilah menjadi agenda Ezam tatkala memasuki UMNO iaitu mahu membanteras rasuah dikalangan mereka. Ezam layak memegang jawatankuasa disiplin UMNO daripada harus peduli pada pejuang Pakatan Rakyat. Salam kemenangan untuk Anwar di Permatang Pauh.

Ahad, 3 Ogos 2008

Apa Lagi Saiful...

Gara-gara mahu Anwar dituduh sebagai peliwat akhirnya memakan diri sendiri. Beliau sejak dari hari pertuduhan tidak pernah langsung berani tampil kehadapan dengan memberi komen atau respon terhadap dirinya secara umum. Sebaliknya beliau lebih rela menyuarakan hasrat di laman sosial 'freindster' atau Uncle Pet dan peguamnya.

Hari ini juga satu Malaysia sudah tahu bahawa budak ini menghadapi kesukaran untuk buang air besar atau disebut oleh orang melayu sebagai 'sembelit'. Ini ditunjukkan dalam laporan doktor dari Pusrawi. Maka pecah tembelang juga buat Saiful disebalik ke;tampanan' beliau, beliau juga ada masalah kesihatan. Buat Saiful, di farmasi banyak terdapat ubatan sembelit ini seperti enema, dulcolax, laktul, novolax dan pelbagai lagi.

Saiful ini ada mendedahkan tentang lawatannya mengiringi Anwar. Namun apakah kena mengenanya hal ini dengan kes yang dibawanya. Barangkali pendedahan ini seolah mahu menutup cerita dari Pusrawi tersebut.

Syed Hamid berkata laporan telah selesai. Maka menurut apa yang terkandung dalam kenyataan Saiful ialah beliau mahu bersumpah mengikut cara Islam dalam masa terdekat ini. Kita sedang menanti-nanti juga dengan sedikit debaran. Bukannya debaran atas Anwar disalahkan, tetapi debaran pada kalimah janji yang mungkin beliau lafazkan. Jika lafaznya adalh dusta, maka tertumpahlah laknat ALLAH kepadnya. Itulah yang dimaksudkan.

Sayang umur masih muda tetapi sudah penuh dengan kekusutan duniawi pada dirinya. Mungkin selepas ini beliau boleh berkerja dengan Najib sahaja kerana meeka berdua seperti bapa dan anak yang saling mengambil berat. Mohon lh Saiful agar anda membawa bukti ysng telus untuk disembahkan jika ada, bukan dengan hanya sumpah.

Entri Yang Tergendala

Sudah beberapa hari saya tidak dapat menulis entri di blog ini. Ini disebabkan masalah kesihatan, teknikal dan kengkangan masa. Seperti sekarang, blog ini sedang menghadapi masalah.

Sekarang boleh dikatakan dalam senario politik negara, barangkali kemenangan semakin hampir. Percaturan pembangkang sekarang semakin mengena. Permatang Pauh akan menjadi titik tolak pertama selepas Anwar dipenjara secara pilihanraya. Kita berfikir kemenangan akan beroleh kepada kita semua. Hatta BN mengakui mereka sekarang sedang menghadapi kesukaran.

Apapun perkara buruk mungkin boleh berlaku. Butang "Eject" untuk BN menakannya masih belum lagi. Mereka memegang kuasa dan itu adalah cabaran hebat buat PR. Booleh jadi serangan bom atom boleh dilepaskan. Dan ini bukanlah perkara yang enak.

Kita berdoa agar semua berjalan lancar. Cukup sudahlah BN memerintah dengan penuh korup. Kita lihat pula di bawah kepimipinan yang membawwa agenda dan harapan baru!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan