Follow je lah..


Isnin, 4 Ogos 2008

Jilat Air Liur Sendiri

Beriya-iya Ezam nak lawan Anwar. Dahulu masuk UMNO kata mahu lawan rasuah, tetapi kenapa pula mahu lawan Anwar di Permatan Pauh. Jejaka ini mencadang sudah namanya untuk melawan Anwar, bermakna mahu mendapat jawatanlah kiranya. Jika Ezam menang bererti beliau akan menjadi ahli Parlimen. Sepatutnya jika BN bijak, orang yang meminta jawatan adalah sepatutnya tidak diberikan jawatan itu.

Dahulu beliau memusuhi BN dan UMNO, sekarang sudah jadi orang kuat UMNO pula. Mengikut PKR, jika Ezam bertanding, lebih mudah beliau dikalahkan dengan mengeluarkan kembali rakaman ceramah beliau yang dahulu konon melawan BN dan UMNO. Ibaratnya seperti beliau menjilat air liur sendiri.

Puak UMNO di Permatang Pauh pula lebih berselera anak tempatan di pilih menjadil wakil rakyat mereka. Itulah sebuah kontra yang telah berlaku. Hakikatnya adakah nawaitu Ezam mahu bertanding untuk melawan Anwar sahaja atau membawa kebajikan kepada rakyat.

Hari kian genting menanti saat 11 September. Esok (Rabu) dijangka pengumuman tarikh pilhanraya kecil bagi kawasan tersebut. Rata-rata semua soljar parti telah aktif berkempen dan berkampung di kubu kuat PKR. Namun media BN pula dilihat tidak berminat dengan isu ini. Biarpun begitu, penduduk Permatang Pauh sudah arif dengan selok belok politik.

UMNO harus bijak memilih siapakah calon yang layak dan setaraf dengan 'Perdana Menteri dalam Penantian' itu. Ataupun UMNO boleh bermati-matian untuk kali ini. Tidak hairan jika mereka menaja jutaan ringgit duit rakyat bagi memancing undi. Politik wang ini sudah menjadi darah daging UMNO yang jelas, terutamanya pada peringkat cawangan. Seharusnya inilah menjadi agenda Ezam tatkala memasuki UMNO iaitu mahu membanteras rasuah dikalangan mereka. Ezam layak memegang jawatankuasa disiplin UMNO daripada harus peduli pada pejuang Pakatan Rakyat. Salam kemenangan untuk Anwar di Permatang Pauh.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan