"Ado seko anok tupa...atah jula mokte...tujuh eko beghok lapa...jale caghi make..."
Kesultanan Kelantan dahulunya termasyhur dengan kebijaksanaan mereka dalam menerajui takhta kerajaan yang teguh dan makmur. Empayar China merupakan salah satu dari rakan dagang Kelantan yang terbesar di mana mereka mengenali negeri ini dengan Ho-lo-tan. Kelantan juga pernah menjadi negeri jajahan Kerajaan Siam. Dalam kurun ke-18 seorang Putera Kelantan bernama Long Yunus berjaya menguasai takhta Kerajaan Kelantan dan membentuk satu warisan Kesultanan Kelantan yang masih kekal ke hari ini. Kelantan bersama negeri-negeri Semenanjung Melayu yang lain membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. (http://www.kelantan.gov.my/)
Kelantan adalah sebuah negara yang dimuliakan ALLAH dengan ISLAM. Berkata Saidina Umar "Kami adalah satu kaum yang dimuliakan oleh ALLAH dengan ISLAM". Kejayaan ISLAM berada di negeri Kelantan telah menjadikan Kelantan sebuah negeri baik lagi dirahmati ALLAH. Sungguhpun terdapat persepsi buruk yang dilontar dari pihak luar terhadap Kelantan seperti negari ini miskin, tetapi sebenarnya itulah tuduhan yang tidak berasas serta mempunyai niat politik yang tersembunyi. Sekalipun Kelantan ditekan sedemikian, namun di bawah kepimpinan ulama' Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menerima dengan tenang dan tidak menghalang beliau untuk terus membangunkan Kelantan dengan seimbang.
Setiap awal pagi Jumaat, rakyat Kelantan akan bergegas berkumpul di sebatang jalan yang dinamakan Medan Ilmu , untuk mendengar kuliah ilmu yang disampaikan oleh Menteri Besar mereka. Selama 18 tahun, tradisi keilmuwan tidak pernah berhenti dijalankan malah mendapat sambutan kian hari. Bersyukur, semakin ramai rakyat mendekati dan memahami ISLAM yang sebenar. Amar makruf dan nahi munkar dapat dijalankan dengan baik.
Seluruh rakyat Kelantan menyayangi Menteri Besar mereka. Beliau sentiasa dikagumi, dihormati, dan disegani. Kehebatan dan kebijaksanaannya terbukti apabila memansuhkan sisitem riba dalam perbankan di negeri tersebut berbanding negeri lain. Rakyat hidup aman dan bersatu dengan pimpinan Kelantan cuma hanya terdapat golongan minoriti dari BN sahaja yang tidak dapat menerima dasar Kelantan dan kepimpinan Ulama'.Kelantan terus berazam akan memajukan negeri seiringan dengan Iman dan ISLAM.

"Ya ALLAH, saksikanlah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan