Follow je lah..


Sabtu, 23 Februari 2008

BN Huru-hara Memilih Calon



Perlis bergolak sesama mereka dalam memilih dan menentukan siapakah bakal menjadi calon dan mungkin memegang jawatan Menteri Besar . Berikutan Shahidan Kasim yang sememangya 'gila kuasa' tidak sesekali ingin undur dari pada terus berkuasa maka seteru politknya dari parti yang sama terpaksa bersengkang mata bertegang leher. Akhirnya, setelah berperang sesama mereka, Pak Lah lah berjaya dipengaruhi, Shahidan tersenyum lebar.

Keadaan ini berlaku juga seperti di Perak. Tajul Rosli dan pengikutnya dikatakan menangis selama sejam kerana terpaksa memberi peluang kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) di bawah kepimpinan Kayveas satu kerusi yang lama dipegang olehnya. Ketika pengumuman calon, Tajul berasa sedih dan melarang hadirin untuk menepuk tangan kerana mereka sedang berduka.

Kelantan, pemilihan Awang Adik sebagai pegganti Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz sekiranya menang umpama satu mimpi. Rata-rata rakyat telah pun sebati dan menerima Tuan Guru sebagi Menteri Besar mereka. Usahlah dibandingkan Awang Adik dengan Tuan Guru, kerana mereka seperti langit dan bumi. Tuan Guru seorang ulama' manakala Awang hanya ah orang bawahan Pak Lah sahaja. Sekiranya BN menang di Kelantan dan Awang menjadi Menteri Besar, maka terkuburlah kepimpinan ulama' dan terhentilah majlis-majlis ilmu.

Adnan Menteri Besar Pahang apa kurangnya. Beliau ujarnya tidur tidak lena selama sebulan bukan kerana masalah rakyat miskin dan susah, tetapi kerana susahnya memilih calon bagi negeri Pahang. Masalah pembalakan haram di negeri Pahang senyap begitu sahaja. Menteri yang penah membuat isyarat mencarut ini terus kekal mendapat kerusi untuk bertanding. Selain itu, sarang maksiat di Genting Highland, syurga kaki judi, menjadi Pahang terus hina. Maruah sudah hilang, tetapi wang tetap ada, tidak mengapa.

Selangor, Khir Toyo masih menjadi calon dan ingin bertanding. Beliau dikatakan mempunyai 'kabel besar' dan kalis BPR juga. Selangor akan terus berada dalam cabaran yang besar sekiranya beliau menang. Isu-isu Selangor seperti isu Syabas, pembinaan banglo milik exco dibawahnya, Port Klang, dan sebagainya adalah segala kepincangan yang dilalui sebelum ini. Namun, rakyat akan bersedia menghadapinya dengan tidak mengundi beliau.

Jelas, tapisan BPR yang diminta oleh PakLah diragui dan lebih curiga apabila BPR sendiri tidak membuat sebarang kenyataan berhubung siasatan penapisan calon ini. Gimik politik Pak Lah tidak pernah tamat. Pak Lah dan Najib terus kebal dari BPR. Apakah BPR buta dalam isu pembelian kapal selam dan amalan kronisme mengkayakan menantu? Jawapannya YA.

Ramai pemimpin yang korup atau perompak dalam BN akan bertanding seperti KJ(Rembau) dan Tengku Adnan(Putrajaya). Jelas kini, BN semakin hilang pemimpin yang jujur dan amanah. Penyingkiran Dr. Mashitah dan Dr. Amran Kasimin iaitu ustazah dan ustaz Hadhari ini bererti mereka gagal mempertahankan kerusi dan gagal juga meng'ISLAM'kan BN dari dalam. Wang akan dijadikan 'Tuhan' untuk memaqbulkan hajat mereka. Sekalipun selamat di dunia, di akhirat akan merana jua.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan