Follow je lah..


Khamis, 31 Januari 2008

Tokoh Islam Dan Tokoh Artis

"Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
-Surah Al-Mulk, ayat 1 & 2






Pada 30 Januari 2008 dua orang tokoh yang datang dari bidang berbeza telah pun pergi ke Rahmatullah. Janji Tuhan adalah benar. Berita kematian ini telah mengejutkan ramai orang yang mengenali mereka. Kedua-dua arwah telah menghembuskan nafas di hospital berasingan. Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom di Hospital Sungai Buloh manakala yang lebih dikenali dengan panggilan 'Loloq' di Hospital Pakar Damansara. Sesungguhnya kehilangan mereka cukup dirasai bagi dunia masing-masing.

Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom lebih dikenali sebagai Mufti Selangor berusia 80 tahun menjalani kehidupan sebagai seorang yang memperjuangkan Islam. Beliau pernah menerima tekanan kerana ketegasan beliau dalam mempertahankan hukum agama sehingga memaksa beliau meletak jawatan. Baginya rezqi bukanlah datangnya dari jawatan atau pangkat, tetapi semuanya dari ALLAH. Menyedari hakikat itu, beliau tetap bergiat aktif dalam menyampaikan risalah kenabiaan. Beliau pergi bersama ilmunya. Ilmu yang bermanfaat diajar olehnya jika diamalkan kita menjadi saham buat bekalan akhirat buat Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom. Alhamdulillah, saya sempat untuk bersama beliau beberapa kali dalam majlis ilmu di masjid sekitar Subang Jaya. Beliau seorang berperwatakan tenang dan warak menjadikan dirinya selalu dihormati.

Manakala, Loloq merupakan seorang penulis lirik, penggiat seni hiburan, dan artis. Beliau adalah antara 'otai' dalam industri muzik. Mengajar dan mebimbing artis untuk terus maju dan aktif. Contohnya beliau pernah dilantik menjadi juri dalam satu rancangan realiti televisyen. Selain itu beliau telah berlakon dalam Zombie Kampung Pisang. Saya juga sempat melihat aksi lakonannya dalam filem arahan Khalid Zakaria itu. Pekara yang paling dikagumi ialah beliau memperjuangkan kumpulan rock tanah air.

Inilah tokoh-tokoh yang telah berjasa, antara tokoh ilmuwan Islam dan tokoh industri muzik tanah air.

Nabi bersabda:
Dari jabir (bin Abdullah ) r.a katanya
dia mendengar rasulullah s.a.w bersabda:”

Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)
menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.”


(Muslim)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan