- Laluan atau jalan akan di adakan sekatan atau kita sebut sekatan jalan raya beberapa kilometer dari tempat yang dijangka berhimpun. Ini menyebabkan jalan sesak dan sampai lambat ke office.
- Ketua-ketua atau individu yang membakar semangat rakyat akan ditahan dahulu. Boleh jadi para blogger pun sama disoal siasat.
- Penahanan sesuka hati boleh dilakukan jika individu tersebut ada ciri-ciri perusuh seperti bawa beg, baju yang sama warna, membawa mercun, lastik dan sebagainya.
- Saluran komunikasi samada internet atau telefon akan dipantau oleh pihak berkuasa.
- Ancaman dan ugutan akan diberi sebagai amaran bahawa mereka tidak teragak-agak menahan atau menangkap sesiapa sahaja.
- UMNO dan BN akan dilihat sebagai satu badan yang suci bersih dan mementingkan keharmonian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan