Benarlah kehidupan ini diibaratkan seperti sebuah pelayaran. Pelayaran diatas sebuah kapal yang menuju ke sebuah destinasi jauh. Perumpamaan ini mungkin digubah oleh mereka yang benar-benar menyelami sebuah kehidupan.
Cuba lihat sorotan pelayaran seketika...
Kapal yang berlayar di lautan yang luas akan tetap meneruskan perjalanannya walaupun apa rintangan. Keadan cuaca tidak menentu, mungkin tenang, bergelora, atau ribut kencang. Paling yang tidak diingini ialah ribut kencang. Ombak besar menghempas kapal pelayaran, kapal akan terumbang ambing ditengah lautan. Anak kapal perlu terus berusaha menyelamatkan kapalnya daripada karam. Andai mereka terjun dari kapal, pasti ajal yang menanti...maka ini bukanlah cara yang terbaik. Selamatkan kapal itu sehingga habis cara pun demi meneruskan sebuah pelayaran.
Apabila ribut berlalu, lautan kembali tenang dan kapal kembali pada pelayarannya. Sudah pasti semua anak kapal akan penat dan kesedihan kerana kesan dari pukulan ombak serta kencangan angin yang merosakkan kapal dan mencederakan mereka. Namun lama-lama kerosakan akan dibaiki segera dan kecederaan akan diubati sebaiknya.
Sungguhpun begitu, ketibaan mereka ke destinasi pasti dirasaai hasil penat lelah mereka. Itulah sebuah pelayaran.
Follow je lah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bacalah juga:
-
Sudah tamatlah 'idah' Anwar tepat pada jam 12.00 malam ini. Idah yang dimaksudkan di sini bukanlah idah yang diterangkan dalam kitab...
-
Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor berkata: “Sudah dua minggu setengah, jika mereka masih enggan komited, saya tidak mahu mereka berada ...
-
Berapa banyak kematian telah berlaku sana-sini di sekeliling kita. Kematian itu adalah janji Tuhan yang benar dan tiada keraguaan padanya. T...


1 ulasan:
Salam. Selamat menulis. Moga terus istiqamah.
Aku sudah masukkan link blog ini dalam senarai bloggers di blog aku.
Bagus sekali bila tengok ramai yg mulai menulis skrg. Semoga informasi dan segala ilmu dapat dikongsi.
Najwan
Catat Ulasan