Follow je lah..


Khamis, 14 Ogos 2008

UiTM Tidak Harus Melatah

Samada sensitif atau melatah, kedua-duanya adalah berbeza. Sememangnya siswa UiTM di lihat sensitif pada apa yang disebut oleh Menteri Besar Selangor tetapi ia juga dapat dilihat sebagai mewujud propaganda akibat ada sebahagian siswa mula melatah.

Apapun yang terjadi mengenai hal ini, ia mestilah diteliti dan diperiksa akan musabab hal sedemikian ini. Jika tidak, tiada siapa yang untung. Rata-rata rakyat mungkin faham dari media UMNO bahawa Khalid bercadang agar UiTM dibuka pada bukan bumiputera. Sekalipun hal ini sebenarnya adalah hanya respon kepada satu soalan 'perangkap' oleh wartawan.

Maka selepas itu, media arus perdana (media kerajaan UMNO) menghangat dan mensensasikan lagi cerita ini. Disitulah mula diterbitkan adanya golongan yang mahu memperjuangkan hak bangsa Melayu. Manakala Khalid dilihat sebagai mahu mempolitikkan isu hak-hak Melayu di UiTM. Apalagi selepas mengetahui hal ini, sebahagian mahasiswa bertindak membantah cadangannya itu dan melahirkan kutuhan Melayu mereka.

Memetik kata MB Selangor tersebut ""Salah satu ciri yang menyebabkan universiti-universiti dikenali di peringkat antarabangsa ialah keterbukaan universiti daripada segi idea dan kemasukan pelajar dan juga daripada segi penglibatan pelajar dalam perbincangan terbuka mengenai isu-isu semasa." Sekarang ideanya ialah mahu meningkatkan mutu kualiti universiti tempatan, dan ada kemungkinan pada beliau perkara itu boleh dicapai dengan memberi saingan dari pihak yang bukan bumi.

Inilah keterbukaan idea Khalid, dan ia hanya sekadar idea. Namun idea ini telah ditolak dan diasak terutama oleh siswa UiTM yang sanggup berdemo hingga ke pejabat MB sekaligus mengeruhkan suasana dan menegangkan lagi salah faham rakyat. Harusnya tindakan awal adalah dengan cara penuh profesional dan tidak hanya membarakan semangat kemelayuan sahaja. Tindakan menghantar memorandum mungkin tepat akan tetapi ia tidak memadai jika tidak dibawa hujah intelek dan fakta dan data bagi melahirkan rasa kesal pada kenyataan Khalid.

Di sini mereka perlu membuktikan bahawa UiTM telah gemilang tanpa adanya kaum bukan bumiputera. Hali ini adalah sepatutnya menjadi keutamaan dihebahkan kepada umum dan bukan dengan penafian cadangan itu semata-mata. Kesimpulannya dari hal itu, Khalid memberi idea yang mungkin bernas atau tidak, bukannnya hak melayu sudah mahu dirampas.

UiTM melahirkan lembu-lembu UMNO?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulasan di atas memang bernas !

Mula2 memang saya fikir mahu menulis tajuk seperti ini, akan tetapi saya memilih teknik 3 + 1 dalam usaha membuka hati warga UiTM ke arah sesuatu yg lebih baik.

Saya lihat dlm laman gamis pun begitu juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan