Follow je lah..


Khamis, 5 Februari 2009

Argh..Perak Di Rampas!


Keadaan menjadi kucar-kacir dan semuanya kerana tindakan yang tidak profesional Barisan Nasional yang menjadi perampas dan lagi sangat dahagakan kuasa. Semuanya adalah satu konspirasi besar dan konspirasi ini telah menyebabkan institusi Raja diseret sama ke kancah politik mereka.

Jika mengamati kronologi peristiwa ini, ia sangat dirancang rapi oleh mastermind mereka. Secara ringkasnya, dua Adun X-PKR dahulu berhadapan dengan kes di mahkamah. Rentetan itu, BN mengambil peluang kelemahan kepimpinan ini dengan memasang pancing untuk memancing Adun tersebut. Apabila lemah mental dan lemah pegangan, sedikit demi sedikit dan lama kelamaan Adun tersebut berjaya dipengaruhi.

Selepas itu hadir pula satu sandiwara dari Adun Bota. Kononnya ingin bersama rakyat dalam Pakatan Rakyat tetapi amat memalukan dengan tindakannya yang jelas tiada bermaruah! Ini kerana, mulanya dari parti BN, masuk kepada parti PKR, dan kini masuk ke BN semula. Tanpa ada rasa bersalah beliau sesuka hati menukar parti.

Tajol Rosli pula meletak jawatan ekoran Adun Bota yang masuk PKR. Tindakannya itu sebenarnya hanya mahu memberi laluan kepada Najib supaya dapat berkuasa kepada jentera BN Perak disamping beliau dapat memberi perhatian penuh untuk misi merampas Perak. Apabila 'umpan mengena' lalu terus mereka mengisytiharkan bahawa: BN adalah kerajaan baru di Perak. Satu rampasan.

Masalah ini mesti diselesaikan dengan perundangan dan tidak memadai dengan hanya budi bicara dan pertimbangan dari Sultan Perak. Ingatlah, sepandai-pandai tupai meLOMPAT, akhirnya jatuh ke tanah jua.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belajar sejarah beb..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan