Follow je lah..


Ahad, 8 Februari 2009

Apabila Muka Sudah Dipijak

Kemarahan dan ketidakpuashatian adalah sesuatu yang lahir dari hati. Akan tetapi, dari hati akan terbitlah tindakan dan perilaku yang akan menzahirkan mesej tersebut. Perasaan manusia sentiasa inginkan kebenaran dan menjadi fitrah. Marah juga adalah satu fitrah yang mana terdapat pada semua lubuk hati anak Adam. Marahkan sahaja asal kena pada tempatnya.

Masih lagi disekitar Perak, apabila timbul reaksi kebencian dengan cara tindakan BN menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah. Lantas rakyat bangkit. Percaturan Najib buat masa ini mungkin mengena dan berjaya, tetapi ketahuilah Najib, bahawa rakyat sudah muak dan benci, bagi merka pijak sahaja gambar muka Najib.

Oleh sebab itulah, apabila kesalahan itu cuba dihiaskan menjadi kebenaran, salah tetap salah. Najib menerima mesej hebat dari rakyat berkaitan warna politik yang sedang dilakukannya. Pada jamuan raya Tahun Baru Cina di Ipoh, kelibat Najib tidak kelihatan kerana bersorok dari bertemu rakyat. Alasannya keselamatannya tidak terjamin oleh polis.

Pijak gambar itu tidaklah lagi seteruk sepasang kasut dilemparkan ke muka seperti apa yang telah berlaku di Iraq sebelum ini. Menurut berita, wartawan yang melontar kasut ke arah Bush itu telah pun mati. Tindakan semacam itu mungkin adil pada nilaian warga Iraq demi mahu mengajar seorang pemimpin yang zalim iaitu Bush. Namun untuk Najib, memadailah beliau dipandang rendah oleh rakyat yang mana kelak akan dibawa-bawa sehingga menjadi Perdana Menteri.

Perak sekarang ada dua MB, antara dua itu hanya satu sahaja di hati rakyat. Zambry, MB tidak sah ini menjadikan aktiviti pertamanya iaitu dengan makan Yee Sang. Inilah cara dia pada kotak pemikiran dia untuk mengembalikan kestabilan negeri seperti yang dia katakan.. Tetapi Nizar, MB dihati rakyat ini, setelah dilantik 10 bulan yang lalu, menghimpunkan rakyat bersamanya untuk melahirkan rasa bersyukur pada Ilahi.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan