Follow je lah..


Selasa, 10 Februari 2009

Dua Bukit Dua Pilihanraya

Bukit Gantang menjadi saksi dan Bukit Selambau menjadi bukti. Di situlah akan berlakunya dua buah pilihanraya masing-masing di peringkat Parlimen dan Negeri. Pertembungan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dijangka tidak akan terhenti malah makin menjadi-jadi.

Pilihanraya yang lalu, di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Sejak dari itulah pergolakan dalam politik terus hangat dan diperkatakan seolah tanpa ada sebarang tempoh rehat antara isu-isu yang berlaku. Dan isu Perak yang terbaru ini semakin mendapat perhatian ramai.

Kehilangan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang (Perak), Roslan Shaharum umpama hilangnya sebutir permata. Sifatnya yang disenangi ramai serta merendah diri memberi satu kehebatan kepada Allahyarham. Namun 'pemergiaan'nya meninggalkan kita adalah lebih layak agar beliau tenang berada di sisi ALLAH yang Maha Esa. Dalam PRU yang lalu, prestasi yang baik telah beliau tunjukkan oleh itu harapan kemenangan seolah terasa.

Sementara itu di Kedah, Arumugam iaitu Adun Bukit Selambau akhirnya mengundur dari dunia politik yang sangat mencabarnya yang mana menurut beliau beliau diugut dan sebagainya untuk melompat parti. Budaya ugutan dan rasuah tidak sahaja merosakkan ahli UMNO tetapi tetap juga meghantui sebilangan kecil ahli Parlimen atau Adun dari Pakatan Rakyat. Beliau yang melepaskan jawatannya itu menguatkan lagi bukti bahawa memang ada satu perancangan yang tersembunyi untuk menggoyahkan kesatuan Pakatan Rakyat dengan menggangu gugat kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam masa kurang dari dua bulan, rakyat Perak terutama dibawah Parlimen Bukit Gantang akan mengundi. Jika Pakatan Rakyat menang, jelas membuktikan Pakatan Rakyat masih diterima oleh rakyat Perak dan satu mesej tersirat bahawa Nizar masih layak sebagai MB Perak. Namun sebaliknya (Nauzubillah), andai kemenangan dirampas oleh BN, BN akan terus angkuh dan bangga kononnya rakyat sudah boleh menerima mereka.

Inilah dua buah bukit, bakal memberi tamparan hebat kepada semua peringkat dari rakyat sehinggalah institusi Raja. Perjuangan tidak akan ternoktah. Mereka merancang, dan ALLAH juga merancang. ALLAH lah sebaik-baik perancangannya. Pasti akhirnya, kebenaran akan jua terpancar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan