Follow je lah..


Sabtu, 4 April 2009

Plan Najib Pun Bermula


Bermula dengan angkat sumpah dan telah pun mendapat perkenan dari YDP Agong maka temetrai satu lagi seejarah negara iaitu terangkatnya Najib menjadi Perdana Menteri yang ke-Enam. Perkara ini telah menidakkan tindakan dan anggapan bahawa Najib tidak mungkin menjadi PM Malaysia sekalipun terdapat pelbagai cerita mengenainya.

Sebagai seorang yang mempunyai pengaruh yang kukuh dalam negara, beliau mendapat kesempatan ini. Kekuasaan akan bertambah dan kekebalan semakin kuat. Najib mempunyai agenda dan idea tersendiri dalam menongkah karier politiknya dan membentuk negara.

Antara menyelamatkan karier dan mewarnai negara adalah dua cabang yang berbeza. Jika Pak Lah, peralihan kuasa ini melenyapkan karier politiknya dan selepas ini warna negara harapannya tidak sama seperti pemerintahan Abdullah yang mana mungkin lebih baik. Najib, kini bergelar Perdana Menteri. Beliau sering dilihat seorang yang bijak dalam mencaturkan politik dan kuasa.

Plan awalnya yang amat dialukan dan satu kemenangan dan kemaqbulan doa rakyat, 13 tahanan ISA dibebas dan media pembangkang diberi kebenaran. Tambahnya pula akta yang menakutkan itu (ISA) akan dikaji semula. Ini kemenangan rakyat dan juga cara terbaik untuk menambat hati rakyat. Pada awalnya, Najib berjaya menambat hati rakyat.

Kejujuran Najib tidak mampu dipersoal lagi buat masa ini kerana beliau masih belum menempuhi waktu matang seorang PM. Perubahan yang beliau mahu kejarkan sedikit demi sedikit akan kelihatan. Ini akan disusuli dengan muka kabinet baru dan dasar yang banyak lagi diperkenalkan.

Pertembungan Anwar dan Najib akan lebih serius. Senario yang berbeza antara dua pihak adalah cabaran. Titik kelemahan Najib mungkin terdedah andai ada orang seperti Anwar dan sebagainya yang cukup peka dan aktif dalam politik nasional terus memainkan peranan mereka. Apapun ceritanya, pilihan raya 7 April ini suatu pungutan suara rakyat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan