Sebuah motor honda cup, berhenti betul-betul dihadapan bilik hotel yang saya tinggal. Nampak sahaja dari cermin tingkap ini dan saya hanya menganggap itu perkara biasa apabila sebuah motor berhenti.
Selang beberapa minit saya turun ke bawah kerana ingin keluar mengambil angin. Saya berselisih dengan seorang lelaki yang memakai topi keledar walaupun berada di dalam bangunan hotel yang saya duduk itu.
Nampak ada seorang perempuan disisinya. Jelas saya nampak mukanya dan saya dapat membaca air mukanya itu..lalu hati saya terdetik.."tak macam orang dah kawin, check in hotel sehelai sepinggang je!"...saya terus blah namun dalam hati penuh tanda tanya dan gundah gulana.
Seingat saya ada pada satu sabda Nabi Muhammad tidak sempurna iman seseorang itu sehingga kita mencintai baginda melebihi kepada cinta yang lain. Cinta ini didasari oleh tauhid dan keimanan dan bukan kepada hawa nafsu cinta yang akhirnya merana diri.
Susah nak cari insan yang seperti ini. Bercinta dgn seseorang yang tak pernah kita lihat. Tak pernah jua berbual dan bersua dengannya. Hanya mendengar dari mulut ke mulut cerita tentang dirinya.
Dia sangat mencintai kita. Pada saat nazaknya, masih terus mengingati kita dengan menyebut nama kita...dia itulah Rasulullah SAW, Nabi Muhammad, Nabi akhir zaman, penghulu semua Nabi. Salam Maulidur Rasul 1432H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan