Merujuk kepada sebuah berita, orang yang menggadai maruah dan merosakkan rumah tangga orang lain disifatkan oleh mufti Perak sebagai tidak berakal.
Tidak berakal atau dalam loghat utara " Tak dak akai" antara bahasa yang agak kasar. Manusia dibezakan dengan haiwan kerana adanya akal. Jika tiada akal, maka ia sama seperti haiwan.
Bagi pandangan saya, kes yang berlaku itu bukanlah kerana tak berakal, tetapi lebih kepada jahil. Bukanlah kita untuk menghukum pesalah itu tak berakal atau jahil tetapi yang lebih baik adalah cara kita membawa mereka yang dalam lembah dosa kepada kebenaran mesti betul.
Jahilnya dia kerana beberapa sebab. Mungkin sebab individu itu, keluarga, para pemimpin, dan termasuklah mufti itu sendiri.
Di akhirat nanti, orang yang bersalah akan ditanya kenapa kamu melakukan kesalahan itu..pada waktu itu juga pesalah-pesalah itu tidak mahu dirinya dihumban ke neraka seorang diri dan berusaha mencari salah orang lain yang menyebabkan dia dihumban ke neraka. Ini termasuklah ibu bapa, pemimpin, dan mufti yang mana mereka juga bertanggungjawab atas apa yang mereka pimpinkan itu.
Walaupun begitu, jika dakwah kita sudah disampaikan, dan pesalah itu tidak mahu mengikutnya maka kita sudah terlepas dari kesalahannya itu.
Tak berakal yang lebih besar lagi ialah mereka yang bukan sahaja menggadai maruah bahkan menggadai agama. Maruah yang sudah jatuh dalam sesetengah kes boleh diselindungi sebab mereka ada kuasa, tetapi mereka yang menggadai agama memang terang-terang kita boleh nampak.
Antara contoh menggadai agama ialah sanggup menjadikan agama sebagai tempat mencari keuntungan dunia. Kesalahan yang besar dilakukan oleh pemimpin yang zalim tidak pula ditegur malah sunyi sepi seperti tikus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan