Follow je lah..


Selasa, 10 Jun 2008

Tahi-tahi Universiti


Gejala universiti menjadi kambinghitam orang politik memang sudah diperkatakan. Daripada pembantu am sehinggalah kepada kepimpinan pentadbiran universiti bersentimenkan senario politik negara. Mahasiswa apatah pula.

Tidak dinafikan wujud usaha 'menyelamatkan' universiti oleh UMNO. Cerita mahasiswa yang telah dihidang dengan menu aturcara ala UMNO mungkin tiada kesudahan dicapai. Selagi mana kepimpinan universiti tidak jujur atas nama 'universiti' sebagai sebuah gudang ilmu ataupun menara gading, maka kelam kian bertambah.

Hakikatnya universiti adalah teras akademik. Tidak dinafikan juga universiti berhak memberi pandangan atau kritikan pada dasar negara. Hanya ada segelintir pak menteri dan pak bekas menteri yang berlatar politik berkecimpung untuk mentadbir dunia akademik.

Isu Sanusi Junid dipecat adalah antara karektornya. Ujar beliau beliau dipecat atas sebab yang tidak munasabah. Dolah menjadi suspek beliau mengapa dipecat. Maka kementerian menafikannya. Suka atau tidak, Sanusi perlu tahu, itulah resam politik UMNO. Teringat kata YB BN satu waktu dahulu "You tak suka, you get out!".

Keharmonian dan keilmuwan sentiasa dicalar oleh manusia yang seperti ini (bukan bermaksud Sanusi). Manusia yang porak perandakan universiti kerana sentimen politik. Dengan konsep sempit iaitu 'universiti kerajaan mesti sokong kerajaan' membantut perkembangan keintelektualan dari dalam universiti. Maruah universiti seolah ditelapak kaki.

Keilmuwan yang sentiasa berpanjikan kebenaran menjadi agenda utama universiti. Universiti bukanlah dipegang oleh pencatur-pencatur politik atau badutnya, tetapi universiti mesti dipimpin oleh mereka yang profesional dalam keilmuwan. Mereka yang pakar lagi arif dalam bidang ilmu dan benar-benar ikhlas menyunjung ilmu itulah yang harus diketengahkan menjadi nakhoda universiti-universiti.

Universiti tempatan, kembalilah ke landasan keintelektualan. Di sini kota yang kaya ilmu lagi kota yang mulia.

Isnin, 9 Jun 2008

Mogok Mesti Dijalankan


Kenaikan harga minyak tidak hanya dipandang sepi kerana tempiasnya mengena sesiapa sahaja. Sekarang barang-barang sudah naik harga dengan cepat dan kuasa membeli rakyat semakin terhad. Rakyat mula berfikir cara untuk berjimat cermat dan ada juga yang masih marah. Marah kepada Dolah kerana kenaikan harga ini.

Jika dilihat semula, pengumuman minyak adalah langsung tidak profesional. Dolah mengumumkan dalam jangka masa yang rapat antara waktu penguatkuasaannya. Maka rakyat terus menjadi hilang arah terpaksa mengisi tangki minyak dan meninggalkan kerja-kerja lain. Haruslah diketahui pada waktu petang hingga malam, bukan kerja rakyat untuk isi minyak semata-mata kerana banyak komitmen lain. Ada juga kerana beratur mengisi minyak, solat telah diabaikan.

Apabila pesta naik harga barang berlangsung selama 3 hari sejak pengumuman dibuat, barulah Dolah bersama kawan-kawannya mahu merencanakan bagaimana mengurangkan beban rakyat. Inilah satu tindakan yang lambat dan sepatutnya dibincang lebih awal sebelum kenaikan harga minyak. Jelas, menteri-menteri BN tidak terasa bebannya malah cadangan memotong elaun menteri dikira tidak rasional.

Berat tidak sama diukul, tetapi ringan sama dijinjing. Kerajaan mahu rakyat bertenang tetapi ketenangan tiada diarasai. Bahang panas bakaran minyak membakar suasana. Rakyat pasti akan berprotes dan itulah yang sedang direncanakan kni. Kenaikan harga minyak harus dibayar dengan cara ini. Mogok, mungkin salah satu caranya.

Negara-negara membangun rakyat mereka membangun juga akalnya. Tidak berdiam diri jika kepala sudah diketuk. Mogok-mogok yang agak kritikal yang mana pernah dijalankan di luar negara menjadi pemabngunan negara mampu terbantut. Mogok boleh dijalankan dengan cara semua orang tidak berkerja untuk satu atau dua hari. Tanda kita tidak setuju!

Ahad, 8 Jun 2008

16 September 2008

Ini bukanlah tarikh hari lahir atau ulangtahun. Tersebut ialah tarikh yang mana dipercayai beberapa YB BN melangkah keluar dari rumah bunglow (BN). Bilangan yang keluar ini besar dan impaknya mampu menukar sebuah kerajaan.

Nyata kerajaan sekarang sudah tidak popular lagi. Akan tetapi kuasa yang ada pada tangan mereka telah membenarkan mereka untuk terus berkuasa. Dalam kegagalan menangani isu seperti Batu Putih, Minyak, dan Harga Barang mencerminkan kelemahan pentadbiran.

Anwar sekali lagi mengetuk pintu rumah bunglow. Ketukan itu katanya telah dijawwab seperti mana perancangannya. Maka jika benar perkara ini berlaku, sekali lagi politik Malaysia dicorakkan.

Jika mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mesti dahulu menjadi ahli parlimen. Oleh itu, beliau telah berikrar, akan menjaya serta merelialisasikan agenda itu. Pastinya bagi Pakatan Rakyat, agenda rakyat adalah perkara utama dan barulah diikuti dengan matlamat peribadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan