Follow je lah..
Selasa, 14 April 2009
Ahad, 12 April 2009
Permulaan Yang Mengecewakan Bagi Najib
Nasib Si Perdana Menteri ku yang baru. Najib yang baru beberapa hari dilantik menjadi Perdana Menteri hari ini melalui hari-hari yang mencabar. Beliau dicabar dalam sektor ekonomi dan politik yang kian meruncing. Peralihan kuasa yang berlaku seumpama satu hantaran kerja Abdullah kepadanya untuk diselesaikan.
Beliau yang telah pun pulang dari Thailand melahirkan rasa kecewa kerana sidang ASEAN yang terpaksa dibatalkan. Baginya, ini adalah aktiviti luar negara pertama beliau sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. Semangat dan motivasi tinggi yang beliau bawa untuk ke sana sebagai membuktikan kesetiaan Malaysia, terbatal sama sekali.
Keadaan keselamatan yang tidak menentu telah menjadi sebab pembatalan sidang terbesar di rantau ini. Kesan pada Malaysia ialah, Najib tidak dapat membawa agenda negara dalam persidangan itu. Gelombang Thaksin di sana terlalu kuat sehingga benteng keselamatan Thailand runtuh.
Penyusunan anggota kabinet masih lagi terdengar suara-suara yang tidak berpuas hati. Keciciran Khairy Jamaludin meanggotai kabinet cukup mengecewakan sesetengah penyokongnya. Namun bagi Najib, Khairy tetap tidak layak menerajui saf kabinet pimpinannya. Cuma nasib sahaja Khairy yang menang dalam pemilihan ketua pemuda lalu menyebabkan karier politik KJ masih bernyawa.
Sama juga UMNO Perlis yang terkilan kerana tiada wakil dalam kabinet dan MIC yang tidak diletakkan wakil mereka pada menteri kanan kabinet Najib. Najib kecewa kerana tiada semangat perpaduan terhadapnya ditunjukkan kerana orang dalam parti itu sendiri yang mempersoal dan tidak berpuas hati. Masalah dalaman BN harus diselesaikan dahulu sebelum menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi sayang sudah terlambat, kerana hasrat 'mohon restu rakyat' mereka sudah tertutup oleh rakyat yang mereka perintah sendiri.

Thailand harus belajar dari Malaysia bagaimana mencegah dan melawan rusuhan atau demostrasi kerana FRU kita akhir-akhir ini sangat mahir dalam bidang ini.Kekalahan merampas Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang dahulunya milik BN masih belum terubat lagi kekecewaannya. Perubahan yang mahu dibawa UMNO masih lagi tidak memberi tampak dan kesan drastik. Gula-gula BN masih belum dapat memaniskan lagi para pengundi terhadap persepsi mereka kepada BN. Inilah hadiah dari jentera UMNO dan BN kepada Presiden UMNO dan BN baru mereka, iaitu sebuah kekecewaan.
Penyusunan anggota kabinet masih lagi terdengar suara-suara yang tidak berpuas hati. Keciciran Khairy Jamaludin meanggotai kabinet cukup mengecewakan sesetengah penyokongnya. Namun bagi Najib, Khairy tetap tidak layak menerajui saf kabinet pimpinannya. Cuma nasib sahaja Khairy yang menang dalam pemilihan ketua pemuda lalu menyebabkan karier politik KJ masih bernyawa.
Sama juga UMNO Perlis yang terkilan kerana tiada wakil dalam kabinet dan MIC yang tidak diletakkan wakil mereka pada menteri kanan kabinet Najib. Najib kecewa kerana tiada semangat perpaduan terhadapnya ditunjukkan kerana orang dalam parti itu sendiri yang mempersoal dan tidak berpuas hati. Masalah dalaman BN harus diselesaikan dahulu sebelum menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi sayang sudah terlambat, kerana hasrat 'mohon restu rakyat' mereka sudah tertutup oleh rakyat yang mereka perintah sendiri.
Jumaat, 10 April 2009
Rempah Ratus Di Dalam Kabinet
Najib sebagai kepalanya. Kepala dalam pentadbiran dasar negara yang terdiri daripada menteri dan para timbalan yang lain. Sebagai kepala, seluruh anggota akan hanya mengikuti kepala, kerana kepala adalah anggota utama dalam sebuah jasad.
Pemilihan Najib dalam membentuk kabinetnya adalah seumpama sebuah percaturan. Hanya menyusun orang-orang tertentu untuk diletakkan ke dalam suatu pos tertentu. Samada terbukti mereka berjaya atau tidak, sebab itulah Najib membina paradigma baru dan mementingkan prestasi. Jika beliau memantau prestasi menterinya secara peribadi dan langsung, rakyat sudah lama menghitung prestasi peribadi dan langsung Perdana Menteri itu.
Prestasi pertama sudah jatuh dengan kalahnya BN dalam pilihanraya kecil. Signal ini cukup jelas kepada Najib, dan beliau juga tidak menjawab kelemahan yang dikaitkan dalam pentadbirannya. Prestasi peribadi pula berkaitan pembunuhan Altantuya dimana pada hari yang sama beliau mengumumkan senarai kabinet, kedua polis yang dikambinghitamkan menerima hukuman mati. Adapun usaha pembangkang untuk bertanya dan mengetahui hal itu dalam persidangan Parlimen, mereka telah dikenakan tindakan!
Mengapa harus Mahathir sekali lagi mencampuri atau sibuk-sibuk nak komen urusan negara dan kerajaan? Bukankah lelaki tua itu telah mencampuri urusan Abdullah dahulu. Proses pemilihan kuasa ini menjadi suatu perhatian Mahathir dan semua komen dan kritikannya disegarkan oleh media. Bahkan, Abdullah juga adalah bekas Perdana Menteri, tetapi Abdullah diketepikan dalam liputan media setelah meletak jawatan. Perlantikan Mukhriz menjadi Timbalan Menteri mengukuhkan lagi hujah ini.
Kementerian yang kritikal seperti KDN, Pertahanan, dan Kewangan dikawal ketat oleh Najib. Kawalannya ialah agar kepentingannya dan negara dijaga supaya beliau boleh menjadi PM yang berkuasa penuh. Menteri KDN atau ISA iaitu Hishamuddin suatu yang rakyat dapat tidak masuk akal. Isu PPSMI yang masih belum selesai oleh Hishamuddin adalah tamparan buat KDN menghadapi cara kerjanya itu. Zahid Hamidi akan memakai pakaian celoreng dan memegang senapang. Zahid naik pangkat, menjawat jawatan yang popular dan ada askar yang setia.
Tema 'Rakyat didahulukan' menjadi tanda tanya. Ada menteri yang telah kalah dalam pilihanraya bagaimana boleh diangkat menjadi menteri lagi. Nampaknya pilihan Najib diutamakan dan kemudian barulah rakyat. Jika orang yang telah ditolak oleh rakyat menjadi menteri kepada rakyat juga, kenalah menteri itu tebalkan muka.
BN jangan sesekali menggunakan perkataan 'Rakyat' kepada kabinet dan dalam apa jua usahanya. Rakyat telah berpakat menjadi Pakatan Rakyat. Jika BN benar-benar merakyatkan partinya, mana mungkin kalah dalam PRK yang lalu. Rakyat mahukan 'good governence' yang beriman, berakhlak, dan berkebolehan serta berfikiran tinggi.

Langgan:
Catatan (Atom)
Bacalah juga:
-
Satu sudah menjadi fobia dikalangan rakyat masa kini. Mereka sudah tidak boleh lagi mendengar 'satu' kerana 1 Malaysia cukup menakut...
-
"Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahk...
-
Dolah harapnya bukan sahaja tidak pekak, tetapi harus tidak buta. Dengan telinga Dolah mendengar dan dengan mata Dolah perlu melihat kepada ...