Follow je lah..
Sabtu, 17 Mei 2008
Jumaat, 16 Mei 2008
Giliran Dia Pula
Dalam Akhbar Utusan, berita bertarikh 8 Mei 2o08, gambar ini dipaparkan. Gambar yang menunjukkan seorang ahli UMNO yang taat menurut perintah Presidennya untuk membuat laporan polis berhubung isu Karpal menghina Sultan. Beliau diikuti dengan beberapa orang UMNO lain bersungguh-sungguh menurut perintah untuk membuat laporan dan tidak melupakan kepada wartawan agar hadir membuat liputan besar. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur.Adnan, bekas Menteri Pelancongan dan juga ahli Parlimen Putrajaya tahu akan dirinya. Hari ini mukanya keluar lagi dalam akhbar, tetapi bukan lagi Utusan, iaitu New Straits Times:

Dia terlibat dalam kes Lingam. Dia akan disiasat. Masakan dia tidak tahu hal ini ketika membuat laporan polis berkaitan kes Karpal. Tetapi kerana disuruh membuat laporan polis maka buat-buat tebal muka atau muka tembok. Hari ini benarlah seluruh Malaysia tahu ceritanya. Berdasarkan satu sumber, akhbar itu disaman.
Paku dulang paku sepih, mengata orang dia yang...
UMNO memang suka begitu, cakap berdegar-degar sahaja tetapi cermin dirilah dahulu.
Ini Bukan Tentera Islam
(youtube di bawah telah di 'band' sejak 9.00 pagi hari ini)
Bukan tentera Islam lagi tetapi mungkin tentera beragama Islam sahaja. Islam di mata tetapi di hati Tuhan yang menilainya. Manusia diberi akal dan maruah untuk menjaga setinggi dengan ketinggian Islam.
"Ini adalah soal maruah seorang manusia. Menteri pertahanan sendiripun tentunya tidak mahu kepalanya dipijak-pijak begitu," kata Saifuddin, Ahli Parlimen Machang.
Apabila ditanya kepada Najib akan hal itu, tetapi malang tiada jawapan.
Sekarang bagaimanakah kita ingin memohon kemenangan di sisi ALLAH jika ditakdirkan peperangan berlaku kerana amalan Islam itu telah dialpakan. Islam yang membela agama, jiwa, akal, dan keturunan (lima prinsip Maqasid Syariah).
Beginilah jika tidak ditanam sedalam-dalamnya benih iman ke dalam hati setiap tentera.Apabila ditanam benih iman tu, ia akan bercambah menjadi pohon yang bermanfaat untuk hidupan serta memberi teduhan.
Walaubagaimanpun, kta tunggu apa kata tokoh-tokoh ulama' dalam hal ini. Apakah latihan ini latihan yang halal? Lihat sahaja, auratnya sudah dibuka.
Langgan:
Catatan (Atom)
Bacalah juga:
-
Satu sudah menjadi fobia dikalangan rakyat masa kini. Mereka sudah tidak boleh lagi mendengar 'satu' kerana 1 Malaysia cukup menakut...
-
Menjadi teka teki samada yang Osama ini adalah 'mitos' rekaan Amerika atau benar. Jika lakonan, mereka semua adalah pelakon yang bai...
-
Rasanya gambar ini pemimpin bersama rakyat yang dibenteng polis. Macam mana rakyat nak jumpa bertanya khabar dan menceritakan masalah... Tap...

