Follow je lah..


Khamis, 18 Mac 2010

Gempak La Orang Asli Kita


Elok sahaja disumpit mereka yang mahu mencuri satu-satu harta pusaka orang asli, iaitu tanah. Mereka bukanlah kaum yang tak tahu dunia luar, malah mereka juga tahu siapa Shafie Apdal. Elok sumpit saja!

Apa yang menarik mereka datang dari hulu negara ke Putrajaya yang konon sebuah bandar pentadbiran baru dengan berpakaian tradisi mereka. Ini memang tandanya mereka sudah terbakar!! sebab mahu datang macam pahlawan ajak berjumpa depan-depan.

Tapi macam biasa, mana ada BN berani jumpa face to face dengan rakyat yang terhimpit sebegini melainkan hantar wakil. Apalah sangat wakil tu..kami bukan undi wakil untuk masuk parlimen.

(*gambar dari malaysiakini)

Isnin, 8 Mac 2010

Berita Lucah Dari Berita Harian

Malas nak cakap lah..macam dah takde berita lain dekat Malaysia ni yang boleh tulis atau hebahkan.

Setakat nak kata orang tu tak pakai coli atau tak pakai seluar dalam tak perlulah diletakkan dalam berita. Jatuhlah peradaban pemikiran bangsa.

Rais Yatim perlu buat garis berita..sekurang-kurangnya setelah menjadi lidah BN jangan pula menjadi lidah kedengkelan dalam industri kewartawanan.

Sila klik sini untuk lihat berita lucah itu.

Bruni tak pakai coli tarik perhatian

Selasa, 2 Mac 2010

Menteri Tak Pernah Pergi Pasar Beli Ikan


Sekarang ikan sudah kurang, angkara kerajaan BN. Macam-macam dieksperimentasi kan makanan rakyat. Orang kampung tak tahu apa itu 'insulansi' , yang dia tahu harga ikan dah naik angkara kerja orang yang tak pernah pergi ikan beli pasar.

Kalau ada pun menteri turun pasar ada lah, tu pun jenguk2 tengok harga sahaja..Mereka tak beli, mereka tahu apabila tiba waktu makan atau jamuan jom pergi makan.

Hal ini perlu dikaji semula..jangan ada udang disebalik batu..atau..baling batu sorok tangan.

Makanan rakyat adalah kebajikan yang utama dan jangan pula itu juga mahu dijadikan isu. Noh Omar selalu pergi beli ikan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan