Pernahkah anda mengalami kegagalan...bukankah kegagalan itu menyebabkan anda berasa kecewa? Apa tidaknya, anda telah berusaha sedaya upaya tetapi hasilnya adalah kegagalan.
Bermulalah dari kegagalan untuk kita lebih berjaya. Ya, kita sepatutnya sedih sekiranya kita gagal. Akan tetapi dimanakah berakhirnya sebuah kesedihan itu? Jiwa yang selalu dihimpit kesedihan kerana kegagalan akan menyukarkan lagi kita untuk terus bangkit dari sebuah kegagalan.
Sesungguhnya, kegagalan yang kita terima adalah sebuah ketentuan yang paling layak bagi kita. Beriman kepada Qada' dan Qadar adalah rukun iman yang keenam. Oleh itu kita harus yakin dengan ketentuan atau keputusan kegagalan yang telah kita terima. ALLAH mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Semoga dengan ujian seumpama ini akan memberi kita ketenangan. Ketenangan yang datang dari keimanan kita kepada Qada` dan Qadar. Bina semula kekuatan dalam diri dengan menyiasat punca kegagalan dan memperbaiki kelemahan kita.
Sebenarnya, kejayaan perlu menempuh pelbagai liku dan onak duri. Teruskan usaha dan usahlah patah ke belakang. Kita akan berjaya. InsyaALLAH.
Follow je lah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bacalah juga:
-
Satu sudah menjadi fobia dikalangan rakyat masa kini. Mereka sudah tidak boleh lagi mendengar 'satu' kerana 1 Malaysia cukup menakut...
-
Israel ini satu bangsa yang degil. Biarpun seluruh dunia Islam mengecam, mengutuk, membantah akan tindakan kezaliman mereka kepada umat Isl...
-
Mula rasa tekanan dengan kenaikan yang tidak peri kemanusiaan oleh kerajaan BN. Minyak RON95 yang digunakan oleh semua rakyat miskin turut d...


1 ulasan:
"nak tanak kita kna cuba arah positif. kehidupan.. kalo tak positif susah la"
i got this msg..
Catat Ulasan