Follow je lah..


Selasa, 12 Februari 2008

Siapakah Kita Hamba ALLAH?


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat."

(Surah Al-Mu'minun: 12-16)


Kita yang diciptakan dari tiada kepada ada. Kemudian kita menjadi seketul daging yang lemah dan dhaif. Mempunyai mata tetapi tidak lagi celik dan mempunyai tulang tetapi tidak lagi kukuh malah rapuh. Sentiasa mengharap makanan dari ibu yang tercinta melalui hanya saluran tali pusat. Apabila cukup masa, kita diterjemahkan kepada bentuk manusia. Dilengkapi dengan cukup sifat dan organ supaya dapat hidup kelak setelah dilahirkan. Untuk kita berjalan, berlari, belajar, bermain, dan berbagai lagi.

Maka bermulalah siri kehidupan kita dalam pentas dunia yang sementara ini. Tahukah kerana sementaralah manusia lupa kepada yang kekal dan lebih malang lagi lupa kepada sejarah lalu bagaimana ia diciptakan oleh ALLAH. Semasa kita dilahirkan disambut dengan kegembiraan oleh semua ahli keluarga. Kata Imam Ghazali, janganlah pula ketika mati kita menangis lagi dan disamping ahli keluarga yang turut jua menangis. Kita menangis kerana dosa yang dilakukan dan ahli keluarga menangis kerana tiada sebarang harta dapat diwarisi daripada kita. Lahirnya seorang hamba ALLAH yang lemah dan sentiasa memerlukan bantuan dari sesiapa sahaja. Sehinggalah kita sudah besar dewasa dan dapat berfikir serta mengkaji baik dan buruk.

Ada juga yang angkuh dan sombong kepada ALLAH tatkala mereka dewasa. Jika tidak diizinkannya hidup semasa kecil sehingga sekarang pasti ia sudah lenyap di muka bumi ini. Tetapi akan ada yang berterangan mengingkari perintahNYA. Apakah hamba layak melanggar perintah? Dan akan ada yang lebih kuat lagi untuk menentang perintahNYA.

Sebuah cerita erti hidup manusia yang sedang anda cari dan sedang miliki. Anda bertuah kerana masih bernafas di alam dunia ini sehinggalah kini anda berjaya. Memiliki kehidupan bukanlah sesuatu yang murah,tetapi berharga yang tiada taranya. Pasti, kita akan pulang jua akhir nanti.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan