Follow je lah..


Jumaat, 7 Mac 2008

Esok Kita Ubah

Cukuplah. Cukuplah segala temberang dari SPR dan BN. Padan muka jugalah buat Rashid Pengerusi SPR yang rumahnya dilemparkan cat merah. Cukuplah BN yang telah memerintah negara dengan korupnya dari segala segi dengan 1001 masalah. Tidak cukupkah lagi segala harta kami yang telah anda gunakan untuk kepentingan sendiri? Sekiranya anda terus rakus dan tamak, masanya sudah tidak lama. Rakyat sekarang tertekan. Namun tekanan ini adalah tekanan positif sebagai lambang perpaduan rakyat. Melayu, Cina, India, dan bangsa lain di Malaysia bersama berpegangan tangan membawa agenda perubahan.

Bukanlah seperti perpaduan yang digembar-gembur BN, hanya lakonan yang boleh dibikin. Mudah sahaja pembikinannya, wajibkan rakyat sertai ceramah mereka , sediakan bas percuma, panggil media televisyen rakamkan yang ramai-ramai orang berkumpul, pemimpin BN salam dengan pemimpin bangsa lain, dan bergelak tawa sedikit adalah satu lakonan semata-mata. Betapa bosannya melihat BN yang banyak cakap tetapi tidak jujur dan korup.

Rakyat perlukan pemimpin yang adil bukan hanya yang selamat, aman dan makmur. Keadilan adalah perkara asas dalam semua perkara. Selamat mungkin selamat, tetapi keselamatan yang diberikan mungkin tidak adil. Manifesto BN pada masa ini terus dilihat lesu dan lemah seperti Abdullah@Dolah. Disamping itu, pemimpin BN memanglah bacul dan hanya suka berpencak silat di dalam kubu sahaja. Apabila diajak berlawan, mereka lari. Dolah, Najib, Khairy dan yang lain lagi adalah bacul, apabila diajak berdebat mereka cabut. Adakah ini pemimpin sebenar yang kita mahukan? Pemimipin bacul, sikap seorang bacul amatlah membahayakan negara. Boleh jadi jika berlaku peperangan, merekalah dahululah yang lari tinggalkan rakyat.

Apabila BN telah kalah teruk dalam kempennya, setelah mereka di'boo' oleh rakyat semasa kempen mereka, BN terdesak. BN lagi terdesak dengan kes orang kuat calon BN yang mencabul puteri UMNO. BN terdesak apabila rahsia peribadi pemimpin mereka dibongkar, akhirnya BN terpaksa mengotorkan lagi PRU-12 ini dengan macam-macam perkara. Apabila dakwat kuku dimansuhkan. BN senyap. Senyap mereka bererti redha mereka. Dalam senyap-senyap, lebih menakutkan lagi mereka menghantrar 60 000 ekor hantu memasuki Kelantan untuk mengundi BN. Inilah hantu yang akan dilaknat oleh ALLAH kerana berusaha untuk menjatuhkan daulah ISLAM di Kelantan. Hantu ini adalah hantu yang diizinkan oleh SPR.

Sehubungan itu, hantu-hantu laknat ini mendapat jaminan keselamatan pula dari PDRM yang bersekongkol dengan BN. Polis berkata, mereka akan memastikan pengundi layak datang mengundi kerana mereka kononnya layak mengundi. 'Citizen arrest' yang halal di dalam perlembagaan cuba diharamkan pula oleh polis atas kehendak BN. Namun kuasa rakyat lebih berhak. Kita akan bertindak untuk menggagalkan rancangan kotor BN bagi pilihanraya esok setelah dilihat SPR 'mati' dalam menjadi badan yang dihormati. Ingin mengadu kepada SPR, SPR tipu, ingin mengadu kepada polis, polis berkomplot, ingin mengadu kepada media, media putar belit, maka rakyat akan bangkit dan bertidak sendiri.

Perubahan dan perubahan dan itulah yang kita hendaki di sini. Kita mahukan pemimpin yang jujur dan amanah, minyak yang murah, pendidikan dan rawatan hospital percuma. Maka kita akan memastikan BA menang besar dalam PRU-12 ini sebagai lambang perubahan mood rakyat. Kita boleh menang dengan bergaya, usaha-solat-doa-tawakkal adalah rantaian yang dipakai oleh semua agen perubahan. Kita merubah dari yang telah terlalu teruk kepada yang lebih sempurna. Dolah lemah, kita ubah. Esok adalah 'Harapan Baru' untuk Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan