Sudah beberapa kali dilihat Parti Gerakan terasa hati atau makan hati dengan sikap orang Melayu UMNO. Pernah ketika dahulu tersinggung dengan sikap pemuda UMNO dan hari ini UMNO Pulau Pinang pula yang menghiris perasaan mereka terutama bagi pucuk pimpinan parti itu, Koh Tsu Koon.
Ada orang yang sahaja membuat kontreversi dan menyentuh sentimen perkauman. Orang itulah yang sudah diketahi sikap dan perangainya iaitu Ahmad Ismail. Pada awalnya kenyataan beliau bersifat peribadi tetapi apabila disokong oleh UMNO Pulau Pinang, maka hal ini sudah tidak bersifat peribadi lagi. Sentimen yang dimainkan ini merupakan sentimen hasil dari cerminan para ahli UMNO Pulau Pinang.
Terlajak perlahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sikap double-standard Abdullah dan Najib dalam hal ini cukup jelas. Sungguhpun kenyataan mereka bercanggah dengan dasar UMNO manakala kepimpinan teritnggi UMNO tidak mentokong kenyataan seperti itu. Ahmad Ismail dianggap tidak berdosa, dan masih boleh bersalaman dengan Abdullah.
Bayangkan, jika kenyataan ini disuarakan oleh pembangkang, pasti dan pasti pembangkang itu akan ditahan oleh polis. Pimpinan UMNO akan mengambil peluang ini untuk mengutuk sekuat-kuatnya kepada kenyataan seperti itu.
Propaganda ini adalah kemelut dalaman BN sebenarnya. Parti kompenen BN sudah berat untuk meyakinkan diri mereka dengan masa hadapan UMNO seterusnya. Penegerusi Gerakan Wilayah, Datuk Dr Tan Kee Kwong sudahpun berhijrah ke Parti Keadilan Rakyat. Koh Tsu Koon apa lagi, Gerakan bukan "Pak Turut" dan jangan teragak-agak untuk kelar dari BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan