Follow je lah..


Sabtu, 31 Januari 2009

Hidayah Tidak Mengenal Sesiapa

Itulah hidayah (petunjuk) yang tidak mengenal siapa dia. Tidak kira dari apa bangsa dan di mana asalnya, sesiapa yang berusaha, pasti berjaya. Kejayaan sebenar ialah memperoleh satu anugerah yang paling berharga dalam kehidupan, hidayah ALLAH.

Sejarah telah mengingatkan kita, seorang pembunuh anak telah menjadi seorang Khalifah yang paling disegani apabila menerima hidayah dari ALLAH. Sesungguhnya hidayahlah yang mampu membawa angin perubahan hakiki bagi semua insan.




Gambar di atas ialah mereka yang datang dari sebuah dunia penuh mencabar, Dunia Rockers. Dengan beridentiti rambut panjang, seluar jeans yang ketat, mereka menyanyi kagu irama rock kapak, itulah rock! Namun, bagi mereka bergelar seorang rockers, belum lagi memuaskan keinginan yang dicari-cari selama ini. Kerana mereka mencari cahaya, cahaya mulia dari ALLAH.

Atas usaha para pendakwah, dan doa kita, ALLAH telah membuka tirai hati mereka untuk menerima kehadiran cahaya Islam buat diri mereka. Tanpa ada rasa malu dan takut, perubahan kearah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Mereka mula mengenal iman, Islam, dan taqwa dan betapa berharganya menjadikan taqwa sebagai bekalan ke akhirat.

Akhil Hayy, dahulunya dari kumpulan D'riyadh, Radhi dahulunya dari kumpulan rock Melissa yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila', dan Amy dari kumpulan Search yang pernah menggemparkan dunia industri muzik melayu, semuanya kembali ke arah fitrah manusiawi yang dahagakan kepada rahmat Ilahi.

Benarlah, ALLAH sahaja yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Mereka menemuinya dan kita pula jangan sesekali mencicirkan hidayah yang telah kita miliki di mana-mana persimpangan dunia. Dengan hidayah itulah, kita ditunjuk ke sebuah jalan yang lurus seperti yang termaktub dalam surah Al-Fatihah. Tuhan, peliharalah hidayah kami.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan