Follow je lah..


Selasa, 17 Februari 2009

Elizabert, Mari Bersama Islam...

"Malu" itulah rasa yang paling tepat buat Elizabert Wong ketika ini. Lebih-lebih lagi beliau seorang Adun Bukit Lanjan, wakil rakyat PKR. Sekali beliau leka dan tersilap, maka pengajaran dan ujian yang hebat menghimpit beliau sekarang.

Gambar yang memalukan itu telah digembar-gemburkan. Ada yang telah melihat dan ada yang tidak. Lantaran itu komen dan kutukan bersilih ganti terhadapnya. Istilah 'bogel' menjadi kata-kata paling hangat mengaitkan beliau dan harga dirinya.

Perkataan itu benar-benar menghantuinya di mana sahaja beliau pergi. Imaginasi negatif mudah sahaja tercetus di minda apabila batang tubuhnya terlihat. Kemana hendak disorokkan lagi diri daripada mata-mata yang jahat, andai sebenarnya beliau tidak dimaskudkan 'bogel' sebegitu.

Penganiyaan adalah kezaliman. Orang yang dizalimi doanya maqbul sekalipun dia itu bukan dari kalangan muslim. Jelas Elizabert katanya beliau dianiya dan dicabul! Keadilan semestinya hendaklah berbalik kepada beliau andai beliau benar mengatakan sedemikian.

Pakatan Rakyat berhadapan dengan serangan segenap penjuru. Pantang sahaja ada peluang, musuh akan menyerang. Kes sepertinya mesti mendapat pembelaan dan tindakan me'rehat'kan beliau dari bertugas dianggap bertepatan agar situasi aib dan tegang dapat ditenangkan.

Sebahagian besar tertarik dengan cerita ini dan ada sebahagian kecil yang gembira. Gembira dapat menjatuhkan air muka seseorang dan menjaja maruah kaum Hawa. Geng-geng yang bertanggungjawab ini tidak akan lepas dari kesalahan mereka selamanya.

Untuk memadam semua gambar yang tersebar adalah mustahil dilakukan. Tetapi haruslah diingatkan gambar itu bukanlah sesuatu hidangan yang melazatkan tetapi adalah satu kekejian. Elizabert tidak boleh mengundur masa membaiki keadaan, tetapi beliau masih ada ruang untuk membaki dirinya dan masa depan. Bagaimana?

Disinilah datangnya Islam membawa penyelesaian. Islamlah kamu, maka sejahteralah kamu. Islam untuk Elizabert bakal membersihkan namanya kerana ia akan menyucikan kamu semula seperti kain yang putih. Cukuplah ALLAH bagimu untuk memelihara diri dan maruahmu andai Islam bertakhta di hatimu. Semoga ujian yang berat untuknya ini akan membuka hidayah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan